Comfort on difficult days, smiles when sadness intrudes, rainbows to follow the clouds, laughter to kiss your lips, sunsets to warm your heart, hugs when spirits sag, beauty for your eyes to see, friendships to brighten your being, faith so that you can believe, confidence for when you doubt, courage to know yourself, patience to accept the truth, love to complete your life.
Fikirkanlah! Kalau kita membilang segala dosa-dosa yang kita lakukan, sudah pasti tidak terhitung banyaknya. Dosa-dosa yang banyak itu kalau tidak diampunkan Allah S.W.T, adakah lagi harapan kita untuk menikmati syurga yang disediakan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh?! Oleh itu, kita kena sentiasa dan setiap masa bertaubat kepada Allah S.W.T supaya segala dosa kita dihapuskan.
Setelah puas saya mencari, akhirnya saya jumpa model handphone yang saya berkenan..tapi, masalah besar sekarang..harganya! hwa~ saya tak kira..saya akan gunakan khidmat dan kepakaran abah saya untuk tawar harga mengikut budget saya~ hehe (n_n)..tak baik!

hm, dah 3 hari saya keluar dr wad..masih byk salam dan ucapan takziah dp sahabat2 yang saya terima..kunjungan juga tak putus2..alhamdulillah..
Malam tadi tak dapat tidur lena..perut tak sedap..kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Perut masih belum boleh menerima makanan2 pejal, pedas dan bersusu. Saya menjalani hari2 mendatang dengan penuh hati2..jaga pemakanan. Saya dah fobia muntah darah~ tak terdaya lagi rasanya nak melalui pengalaman yang sama. Apa2 pun, penyakit ni buat saya lebih kuat, lebih bersemangat penuh motivasi. Saya dah jumpa apa yang saya cari dan saya rasa Allah S.W.T telah makbulkan segala doa saya. Hikmah di sebalik segala penderitaan yang saya tanggung..terima kasih, ya Allah..
Suatu ketika dulu, saya didiagnosis dengan penyakit Schleroderma [radang sendi]..Saya tak pernah tahu pasal penyakit ni, tak pernah dengar pun..tapi, saya tak ada perasaan langsung. Apa yang saya tahu, saya kena makan ubat..simptom2 penyakit ni pula tak begitu ketara pada mulanya.. masa berlalu dan saya dapati fungsi tangan, sendi dan tubuh badan saya semakin terbatas. Kulit mula melepuh dan bertompok-tompok. Saya sedih sebab saya dah tak lincah macam dulu, tak cantik lagi macam kecik2 [hehe~]..tapi kesedihan saya tak begitu saya layan sebab zaman sekolah menengah yang sibuk buat saya lupa yang saya sebenarnya sakit. Ubat?! Semakin banyak tapi tak makan..[2 la pasal, degil..allergic pd perkataan ubat!!!]

InsyaAllah, saya akan ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak pada 16 Dis 2008..Doakan pengajian saya. Semoga saya menjadi insan
CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG!!!