Sunday, September 27, 2009

# 109 - AIDILFITRI (part II)

Assalamualaikum, semua!

nampak tak habuk yang melekat-lekat kat depan skrin korang? penuh sawang. boleh tolong lapkan? hohohoho! lamanya tak update blog ni. sangat sibuk beraya tak ingat dunia ;) maklumlah saudara-mara ramai. hak3.

belum pernah dalam sejarah keluarga aku buat open house besar-besaran untuk raya. tiba² timbul plan pulak nak buat open house. selalunya, kami sediakan makanan dan jemput saudara terdekat dan jiran tetangga sahaja. kali ini ada rezeki lebih, dapatlah jemput kawan² abah dan mama, sekali dengan kawan² sekolah aku dan adik².

last minute preparation. faham² ajalah. sangat kelam kabut. maaf kalau ada yang tak dapat jemputan. pagi sebelum open house baru nak sms kawan², jemput ke rumah. rumah pun tak sempat dikemas bersih. ala kadar. main focus pada menu open house. takut tak cukup untuk tetamu.

kami masak sendiri. no catering service. haha ;) sangat puas hati bila ramai puji kelazatan air tangan bonda. *ecece* banyak juga menunya. jom layan gambar!

MENU OPEN HOUSE;

Nasi Impit
Kuah Kacang
Rendang Ayam
Mee Kari
Bihun Goreng
Buah Tembikai Susu
Puding Roti
Koktail Mix Fruit
Dadih
Air Oren Sunquick
+ Kuih Raya +

majlis mula jam 2.00 petang tapi pukul 11.00 pagi, saudara-mara dah sampai. tuan rumah pun belum mandi. makanan pun belum ready lagi. wahaha ;) terkejut menyambut tetamu tapi masih boleh tersenyum. maka, bersama-samalah kami menyediakan hidangan. seronok weh >.<"

alhamdulillah. tahun ini, aku dapat berkumpul dengan kawan² sekolah rendah. dah besar panjang semua. kawan² adik aku konvoi dengan motor. penuh laman rumah. kawan² aku escort dengan kereta. meriah gle!


thanks pada semua yang datang memeriahkan open house. insyaAllah. tahun depan, boleh buat open house lagi. semoga rezeki kami bertambah baik. dapatlah menjamu semua makan.


petang ini aku akan pulang beraya ke kampus! yeah ;) Taman Ilmu dan Budi. *yo lah tu* nak sambut hari raya dengan roommates tercinta dan kawan² semua. nak tuntut duit raya gak. haha ;) siaplah korang. aku datang, weh!

bye².

Thursday, September 17, 2009

# 107 - e-kad raya

NOTIS:
blog Melodies of Heart akan ditinggalkan untuk tempoh seminggu. tiada post baru yang akan ditulis berikutan ketiadaan hubungan internet. semua comment, shout out akan dibalas setelah tamat tempoh tersebut. segala rungutan tidak akan dilayan. harap maklum. hehe ;)

assalamualaikum, semua!

rasanya, ini entry terakhir sebelum raya. insyaAllah, esok malam (Jumaat) atau pagi Sabtu, aku sekeluarga akan pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor. *laa, Ida ni Jawa rupanya! haha ;) * doakan perjalanan kami semua selamat. ameen.

dalam kesempatan waktu yang ada, aku nak menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada kalian terutamanya kepada sahabat² terdekat. maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati dan sebagainya. minta halalkan makan dan minum aku ye ;) *erk, hutang ada ke?*

kad raya ini khas untuk semua follower blog, blogger setia yang selalu berkunjung, campusmate, rakan² Chesco, dan kamu! ya, kamulah ;)

.AIDILFITRI 2007.
.gambar aku sekeluarga+atuk&nenek.
7 beradik (6 lelaki+1 perempuan)
tema warna: turquoise
*kalau tak boleh teka mana gambar aku, tak tahulah nak kata apa*

aku berbesar hati nak mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


notahati: siapa nak duit raya, sila datang ke rumah ;) tema warna kami tahun 2009? tunggu..

Wednesday, September 16, 2009

# 106 - khas untuk BFF

Scrap khas buat Nana dan Zati ;)


Harap korang suka. Nak scrap lagi! Jom join ;)

notahati: BFF (Hana, Wani, Azra, Shafa, Zetty, Sarah, Chesco), kalian tetap dekat di hati ;)

Tuesday, September 15, 2009

# 105 - scrapping lagi

assalamualaikum, semua!

first of all, wanna wish thanks to nescafe ais sebab sudi bagi tunjuk ajar pasal iklan nuffnang. tutorials yang ringkas dan sangat mudah difahami. aku dah cuba tapi kurang berjaya *sekali keluar poll da* hehe ;) insyaAllah, aku akan baiki balik. silalah lawat blog nescafe ais. *bro, promote neh* banyak tips berguna yang boleh dimanfaatkan bersama.

ok. tiada update beberapa hari ini. blog diketepikan seketika. fokus dan minat kini tertumpu pada digital scrapping sahaja. sangat teruja melihat quickpages yang cantik. hampir 150 quickpages dah didownload dan disimpan kemas dalam laptop. sangat cantik oke. tak tipu. rasa rugi kalau tak download semua.


digital scrapping. yeah! itulah minat aku sekarang. aku masih dalam proses belajar cara menggunakan Adobe Photoshop sendirian. terima kasih pada semua rakan blogger yang menyokong dan memberi pendapat. aku akan usaha lagi. hehe >.<" ok. preview di atas hanya untuk tatapan sahaja. ini antara scrapping kit yang aku dah download. dalam kit ni, ada layout pages, frames, ribbons, flowers dan banyak lagi aksesori lain. *aku tengok preview pun dah tertarik!*

aku dah jumpa beberapa blog digital scrapping. hasil seni empunya blog begitu kreatif. weyh, bilalah aku boleh design sendiri. aku kena juga belajar dan cuba design dalam minggu ni. dah nak raya. seminggu cuti dan kehidupan kampus kembali bermula.

haih. geram pula bila streamyx tiba² disconnected. wayarnya sedikit longgar. tergendala nak download scrap tools. saiz folder agak besar. bila connection putus, terpaksalah ulang semula. bila nak sudah downloadnya. dush! ouh, satu folder khas untuk scrapping dah diwujudkan. dah 2G ok. betapa banyak elements, freebies dan quickpages aku dah download. hehe ;) kegilaan melampau.

file yang aku download pun ada ragamnya. certain file dalam bentuk .rar selain .png *faham ke?*. so, aku terpaksalah mendownload software Winzip dulu sebelum dapat meng'extract' file² tu. leceh betul tapi tak apa. aku tak kisah. janji hati puas. haha ;)

to Zati dan rakan² blogger yang nak download page elements, freebies, quickpages;, dll. sila klik link di bawah. semoga berjaya!

Sunday, September 13, 2009

# 104 - first touch ;)

hip hip hooray!

finally, i manage to edit my lil bro's pics ;) hoyeah >.<"

so excited to see him in the frame.

wanna edit some more!

gambar Haziq di Air Terjun Sekayu, Terengganu.

aku sangat seronok. penat aku berbalas dengan senyuman. walaupun tak berapa kemas, tak cantik tapi aku puas hati. sekurang-kurangnya hajat aku kesampaian nak letak gambar adik aku. menarik bukan hobi baru aku ni? bagi sesiapa yang belum cuba, jom join. scrapping memang best!

sekarang, aku tengah cari background² lain yang cun. masih lagi download instant background aka quick page. beginner lah katakan. belum reti nak scrap sendiri lagi. T.T tak apa.

usaha sehingga berjaya, Ida!
keep learning!

welcome to my blog for the new followers. smkn brtmbh ;)

notahati: enjoy lagu raya Siti Nurhaliza.

Friday, September 11, 2009

# 103 - warkah istimewa Aidilfitri

assalamualaikum, semua!

diumumkan cuti semester bagi pelajar² UIAM sudah bermula!
..2 minggu..
dapatlah cuti lama sikit berbanding teman² yang lain sebab
kami TIADA cuti H1N1

hip hip hooray ;)

.SELAMAT BERCUTI.

hari ini aku sangat gembira menerima warkah istimewa Aidilfitri. bukan 1 tapi 2! hehe ;) ingat tak aku pernah hantar kad raya sebelum ni? kalau lupa, klik sini. tahun ni, aku berkesempatan mengirimkan 2 keping kad raya kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta isteri mereka. tiba² rasa berminat nak hantar kad raya. ni pertama kali aku hantar kad raya pada orang kenamaan.

bukan buang tabiat ye. idea tercetus masa aku belajar tentang panggilan kehormat dalam kelas BM. gelaran untuk orang²
kenamaan. Cikgu siap bawa balasan kad² raya daripada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. katanya, memang rutin untuk dia hantar kad setiap kali raya. serius. aku pun teringin nak memiliki kad raya macam tu. jadi, aku pun berniat nak hantar sekali untuk tahun ni. mana tahu dapat balasan. kalau bertuah lagi, mungkin dapat duit raya ke..kot kot lah.

aku beli 2 keping kad raya. saiz biasa. pastinya murah la kan, mengikut bajet aku
. macam ni la rupa kad tu. simple.

aku tak tulis apa² pun dalam kad tu. hanya nama dan alamat rumah. then, signature ringkas. untuk alamat, cikgu kata tak perlu poskod pun tak apa. posmen tahu. tapi aku berjaya dapatkan alamat penuh kat internet. aku taip cantik² dan print pada sampul. setem pun lekat sekali. esoknya, on the way nak pergi kelas, singgah pejabat pos dalam UIA. masukkan dalam peti pos. mudah je kan. aku hantar kad² ni dalam minggu pertama Ramadhan.


alhamdulillah. aku dapat balasannya. melompat aku bila dapat tahu. kad raya sampai ke rumah sebelum aku cuti. jadi, aku dapat tahu melalui SMS mama. dia tak percaya aku dapat kad raya daripada Perdana Menteri. bukan PM je, Agong sekali tu. hahaha ;) tumpang excited sekalilah.

satu impian dah tercapai hari ini. syukur. aku berdoa agar semua impian aku dapat aku kecapi. apa yang penting, usaha dan tindakan kita untuk merealisasikan impian itu. segalanya adalah kehendak kita tapi dengan ketentuan yang Maha Esa. kita yang mengubah nasib diri sendiri. bersama²lah kita memperbaiki diri untuk kemajuan.

ouh, inilah rupa kad² raya yang aku dapat. kad daripada Agong, berwarna
kuning keemasan. di dalamnya, ada gambar baginda dan permaisuri. ada tulisan Urusan Seri Paduka Baginda warna kuning pada sampul dengan jata negara kat belakang.

senang hati tengok gambar ni ;)
kad di bawah ni, daripada PM. warna biru.
ada logo 1 Malaysia.

klik untuk lebih jelas

notahati: cuti tak meriah tanpa adik
². korang, cepatlah balik..

psst: malam
² terakhir Ramadhan dah tiba. Lailatul Qadar yang dinanti..

Wednesday, September 9, 2009

# 102 - kelegaan berganda

.alhamdulillah. baru saja selesai hantar rayuan untuk biasiswa JPA. semoga berjaya usaha kali ini. semoga rayuan ini mendapat pertimbangan sewajarnya.

penatlah. sejak lepas SPM, dah puas mohon biasiswa tapi tak pernah dapat. aku akui result aku bukanlah bagus pun tapi tak salah mencuba. betul tak? bukan niat hati nak mengeluh tapi sekadar mengadu. *coretan ayat puitis

rasanya kebanyakan biasiswa aku dah mohon. Petronas, MARA, Felda, Yayasan Bank Rakyat, MNRB, HSBC, apa lagi..hah, semua aku pernah minta tapi tidak berjaya. PTPTN pun aku mohon tapi awal² lagi dah kena reject. bukan rezeki aku lagi.

tahniah pada kawan² yang dah belajar jauh di negara orang. juga pada kawan² yang berjaya dapat biasiswa. hargailah duit yang ada. gunakan duit tu sebaik-baiknya. aku gembira atas keberuntungan dan peluang yang korang dapat.

oke. ceriakan kembali diri kita. tak perlu nak sedih selamanya. setiap yang berlaku ada hikmahnya. apa yang pasti, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

tinggal sehari lagi sebelum cuti semester bermula. yeay! tak sabar. cuti selama 2 minggu. banyak aktiviti menarik dalam senarai. mood raya dah lama ada. serius, tak sabar nak pulang beraya di kampung. nak jumpa sanak-saudara, main bunga api, susun kuih raya dalam bekas, potong ketupat, hidang makanan..auuwww! *macam kau sorang je raya!

hehe ;) kenangan raya setiap tahun. korang pun mesti ada kan? apa lagi, ceritalah!

Saturday, September 5, 2009

# 101 - scrappin' temptation

.assalamualaikum.
hye, ladies!

exam is over!!! yeay ;)

huh?! lama sungguh tak dapat blogging. nak online pun susah, apatah lagi nak post entry. rindu sangat weh..tak tipu >.<"


apa khabar kawan² sekalian? macam mana puasa? harap semuanya sempurna. Ramadhan dah tiba ke pertengahan. alhamdulillah, masih penuh puasa aku. harap² dapatlah puasa penuh lagi tahun ini. tak payah
nak ganti. eh. tersasar daripada tajuk utama. actually, aku ada suatu minat baru yang mula menarik perhatian. dah lama sebenarnya tapi dek kerana tak ada ilmu dan bimbingan, minat ni tertangguh.

S.C.R.A.P.P.I.N.G

ouh. teringin sangat nak belajar scrapping. mengikut kamus, scrap maksudnya bahan buangan daripada kepingan² kecil yang digunakan semula. contohnya macam kolaj yang kita belajar dalam Pendidikan Seni. scrapping yang aku maksudkan sekarang lebih moden. kontemporari *ecece. kita boleh susun kepingan² kecil tadi menjadi sesuatu corak mengikut kreativiti; boleh jadi frame gambar, kad dan lain². mudah tapi rumit juga sebenarnya. kalau nak ready made pun ada. download je. alternatif untuk sesiapa yang masih baru macam aku.

download memang senang tapi kalau tak tahu nak edit gambar untuk disesuaikan pada scrap tadi pun, susah juga. tak berbaloi. itulah masalah utama aku sekarang. aku tak reti nak guna Adobe Photoshop.

cuba tengok gambar ni. sangat cantik oke. apa korang tak ada perasaan jeles ke? tak nak ke edit gambar adik korang kat situ? aku teringin, tahu tak? semakin lama aku tengok, semakin aku geram. aku geram sebab impian aku nak edit gambar tu tak tercapai. kenapa? sebab aku tak ada ilmu menggunakan Photoshop ni lah. haih T.T

teringin edit gambar aku!

banyak website yang sediakan scrapping tools. korang boleh tengok
di sini. klik untuk lihat free scrapping tools. ada lagi. sangat menarik. malangnya, aku tak dapat nak share macam mana cara scrapping ni lagi buat masa ni. aku kena belajar dulu.

kepada sesiapa yang tahu macam mana nak scrapping, sila beri tunjuk ajar. bimbingan anda sangat diperlukan. bantu tunaikan impian aku ;)

selamat mencuba!

Wednesday, September 2, 2009

# 100 - Examsss >.<"

Mid Sem Exams!


3 Sept. 2009 (Khamis)

Islam, Knowledge and Civilization Exam

11.30 am - 12.50 pm

4 Sept. 2009 (Jumaat)

Financial Accounting Fundamentals

2.45 - 5.00 pm

Principles & Pratices of Management

9.00 - 11.30 pm

notahati: Doakan perjuangan aku! Semoga berjaya dengan cemerlang, Ida ~

eh eh

post ke-100 lah! ;)

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner