Monday, December 15, 2008

# 20 - .n.o.t.i.t.l.e.

...bismillahirrahmanirrahim...

hr ni 15 Dis 2008..actually, esok i'm supposed to register at UIAM..what to do~ i need to defer my study for a semester..quite unhappy news but that's opportunity cost..i've to forgone a choice..just for my sake,rite~ to all my dearest friends [Hana, Husna, Hazwani, Aisyah, etc], best wishes to all of you. GOOD LUCK!!! see you next semester in Gombak, insyaAllah. juz wanna write my chat wif my abah:


Abah: Dah makan dah?

Me: Dah..makan nasi gn ikan keli.

Abah: Macam mana hari ni, ok?!

Me: ok. rse cm nk reg kt Gombak esok..[smiling]
Abah: [smiling]

i'll be going to main campus by Thursday to settle up my case..the deferment. b4 that, i need to meet Dr. Jalil at Ampang Puteri Specialist Hospital, discussing 'bout my plastic surgery. hope dat everythin' will be alrite.


Hana and Me


~when pink angles fly down~

'three of us'
miss 'em much!

*Wani, sorry dun have any of your pic~

now, i'm searching for full time job from home..anyone can suggest an idea?! haha~ not really consider 'bout da income..juz figure out what i'm gonna to do along my break..4 months to go..la la la~

my parents now busy searching for a maid to babysit me rite now..my siblings and me..hehehe~ pray to get a kind and good one..long time without maid in da house..it's all because of me..

Saturday, December 13, 2008

# 19 - ~ walk as far as u can! ~

aduh~ sakit kaki saya hari ni..dr pg smpai ptg brjalan je..selesai je break1st, around 9am..sy dan abah berkejar ke Ampang Puteri Specialist Hospital..actually, kami dijanjikan utk bertemu dgn plastic surgeon, Dato Dr. Jalil to discuss about my fingers operation but some how, we're introduced to Dato Dr. Biduwiah, a dermatologist. I taught I've met her b4 at KBMC. Dr. Bidu told us that Dr. Jalil was not around and asked us to come again by Thursday. ouh, what a waste of time..xpe la..


then, we proceed to KBMC..I'm planning to get the tube out of my neck..after a week at home without have any vomit or diarhea [i'm not sure whether the spelling is correct] , I think that I'm ready [not admit to hospital again] but Dr. Shahdan doesn't allow me to do so..pity on me~ terpaksa la balik dgn tiub ni lg..hmm..


In other scene, we told him that we've go to Ampang Puteri..what a surprised!!! Dr. Shahdan replied: "Spe suruh awak pegi sne hr ni? Kn sy suruh pegi hari Selasa. Jumpa saya di sana. Kita akan jumpa Dr. Jalil sama2,"..hehe~ that means 'saya dan abah saya' dh salah terima arahan. so, blame on *us~ yeke?! ahaha..but then, we're informed that Dr. Jalil only have clinic on Thursday. Again, the appoinment postponed from Tuesday to Thursday..


Settle with all kinda mess, I'm trying to persuade abah to drive us to KLCC..niat di hati nak pegi PC Fair..terkilan sbb xdpt pegi yg dlu..so, pujuk2 dpt pegi..hehe~ Memikirkan orang yg ramai kt sne..kami plan utk naik train..parking kt LRT Kampong Baru, kami start jalan to KLCC..after arrival..a long way into KLCC is waiting for us..to my surprised, rpenye building between Suria KLCC and KL Conventional Centre tu separate..mak aih..menapak la saya ke sne..xkn nak patah balik..adeyh~


Byk gk la kami berhenti berehat..penat tau! Dah lme x jln jauh cm2 since discharge from hospital..byk hall provided for PIKOM PC Fair dis year..after masuk the 1st hall, my heart said, "ni je ke?! penat je dtg!"..rpenye keluar dr 1st hall, ada laluan ke 2nd hall dan seterusnya..visitors mmg dh ditetapkan akan melalui semua hall yg ada..xbleh pilih2 hall dan xakan ade jalan keluar melalui hall2 tgh..aduh! pengsan mcm ni..nk xnak kne la jln smpai hall terakhir..hall ke-6!!! keluar2, xde kerusi..nk duduk xbleh..kami berehat jap sbb hujan kt luar. so, xbleh nak ke Suria KLCC. Kami tgk ramai org masuk 1 pintu ni..then, ktorg pn ikut..rupanya ada food court! Surau pun ada..so, ktorg pn sggh makan dan solat. Ada jalan menuju ke Suria KLCC [lorong bawah tanah]..apelagi, walk.walk.walk.walk as far as u can..


Sekali lagi, my journey repeated..journey from Suria KLCC to Kampong Baru LRT Station~ b4 naik kete, smpt beli keropok RM2 kt sorg makcik kt situ..haaaa.....the end.

Friday, December 12, 2008

# 18 - .:: ReMiNdEr 0f ImAm Al-gHaZaLi ::.


Suatu hari..
Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya


Imam Al-Ghazali : ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? '
Murid 1 : ' Orang tua '
Murid 2 : ' Guru '
Murid 3 : ' Teman '

Imam Al-Ghazali : " Semua jawapan itu benar,
tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
SebabItalic itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati "
(Surah Ali-Imran :185)

Imam Al-Ghazali : ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? '

Murid 1 : ' Negeri Cina '
Murid 2 : ' Bulan '
Murid 3 : ' Matahari '
Murid 4 : ' Bintang-bintang '

Iman Al-Ghazali : " Semua jawapan itu benar,
tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita..
tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. "


Iman Al-Ghazali : " Apa yang paling besar di dunia ini? "

Murid 1 : ' Gunung '
Murid 2 : ' Matahari '
Murid 3 : ' Bumi '

Imam Al-Ghazali : " Semua jawapan itu benar,
tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A'raf: 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. "


Imam Al-Ghazali : " Apa yang paling berat di dunia? "

Murid 1 : ' Baja '
Murid 2 : ' Besi '
Murid 3 : ' Gajah '

Imam Al-Ghazali : " Semua itu benar,
tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. "


Imam Al-Ghazali : " Apa yang paling ringan di dunia ini? "

Murid 1 : ' Kapas '
Murid 2 : ' Angin '
Murid 3 : ' Debu '
Murid 4 : ' Daun-daun '

Imam Al-Ghazali : " Semua jawapan kamu itu benar,
tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Al-Ghazali : " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid-murid dengan serentak menjawab : ' Pedang '

Imam Al-Ghazali : " Itu benar,
tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Thursday, December 11, 2008

# 17 - ~m0rE pIcS t0 gO!!!~




A big thank for the cute scarf! i'm luvin' it~

miss them much!!! say cheese~

1..2..3..click!

Wednesday, December 10, 2008

# 16 - ~iT's t!M3 t0 uPloAd~

- a month in hospital -

Kampong Baru Medical Centre
a.k.a
Hospital Pakar Al-islam
[i'm not sure why the alphabet 'i' there is written in lower case]
HOSPITAL MESRA IBADAH

Favourite milk through tube: NuTRIflex lipid peri

*SD: Soft Diet

Kenangan bersama Dr. Ishak Mas'ud dan Sister Mastura

Ustazah Siti Nur Haizan: Terima kasih atas segala nasihat

Fisioterapist: Kak Fatma

on9 from ward [RM5/day]

Special thanks to Auntie Zuraidah for the special gift!

love to surf!

~break for minutes, get to physio~

happy (n_N),

a dream come true!



~so sweet~

Sunday, December 7, 2008

# 15 - Kembali Menulis

...Bismillahirrahmanirrahim...
Hr ni sy keluar dp wad untuk kali ke-3..alhamdulillah, sy ceria. xsbr nk berhari raya di rumah..walaupun sedikit terkilan sebab x dpt pulang ke kampung, sekurang-kurangnya sy x beraya di dalam wad..kesian pula pd mama dan abah serta adik2 nanti..
Apa yang penting, sy kne jaga makan!!! Kadang2 sy rse sy mkn sket je tp perut sy tetap x dpt hadam dgn baik..tp xpe..sy perlu belajar..mkn semula:D
Lme x menulis, akhirnya sy berpeluang mencoret kata..tiada cerita menarik cuma x sabar nak tunggu sembelihan lembu di taman perumahan sy esok hr..sy ambil 1 bhgn lembu utk Majlis Korban tahun ni..rezeki lbh sket thn ni..jd, apa salahnya sy beramal jariah sket..rezeki dp Allah S.W.T.
Alhamdulillah, hr ni juga sy dpt HP br!!! Mgkn bukan idaman utama sy [W910i] tapi sy puas hati dengan K660i warna hijau yg baru sy miliki..terima kasih ya Allah..atas segala nikmat yang Engkau kurniakan pada hambaMu..
haa..hr ni juga hari wukuf..sy sempat dan berpeluang mengaji [baca yaasin] dan solat taubat dan hajat sebentar td..sebelum makan, sebelum tulis blog..hehe~ Abah selalu pesan "Tunaikan hak Allah S.W.T terlebih dahulu, dan Allah S.W.T akan tunaikan hak kita"
Sy buka fs hari ni dan dapati ada pics sy bersama ex-roommate di Nilai yg br dtg ziarah mggu lps..terima kasih atas hadiah sehelai tudung yg diberikan..insyaAllah, jika berkesempatan, akan sy upload pics yg sy sempat save..suka sgt..tudung 2 sgt selesa dan mudah dipakai..walaupun sedikit besar tp sy nmpk cute gk..huhu~

Friday, November 28, 2008

# 14 - [ s+E+d+I+h=SEDIH ]

Pagi ni, sy rse sedih..nangis skejap td..memikirkan masa depan..smlm, dh bleh mkn bubur tp hr ni sy mengalami cirit-birit semula..ujian Allah S.W.T. Sy redha..apa yg merungsingkan sy pg ni ialah apa makanan yg bleh sy ambil sepanjang hr selain susu Ensure dan kuih tepung pelita?! Susu lipid yg saya ambil sblm ini melalui tiub di leher dh pn Dr. hentikan..nak lihat bagaimana prestasi tubuh dgn tenaga dp mknn..huh~ apa yg sy tulis ni..ntah..hati sy cemas, fikiran sy celaru! Sy berdoa ptg ni dh bleh keluar dr wad..nmpknya kne tangguh dlu..mgkn Sabtu?! ouh, tidak! mgkn hgga sy betul2 dh bleh mkn..xbleh jd ni..kne tny pakar pemakanan@dietition..bantu sy!
i2 sje utk pg ni, xbyk cerita lg nk tulis..xde mood..perut x sedap~ Maaf.

Tuesday, November 25, 2008

# 13 - ~ R.U.T.I.N di H.O.S.P.I.T.A.L ~

Alhamdulillah, hr ini hr kedua sy dapat on9 dr dlm wad~ Sekurang-kurangnya terisi juga masa saya. Pagi ini shj, sy dah taip 3 posts utk blog..rindu blog sy! Walaupun kena bayar deposit RM20 utk wireless [RM5/hr]..sy xkesah. Seharian sy melekat dgn laptop! haha (n_N)

Sy nak cerita rutin harian sy dlm wad..

5.30am - Mandi
6.00am - Solat Subuh dan baca yaasin
6.30am - Baca majalah, mula tonton MHI
7.30am - Fisioterapi [kayuh basikal, latihan pernafasan&gerakan otot]

8.00am - Bersiap, menunggu kedatangan Dr. Shahdan&Dr. Ishak
10.30am - Pergi bilik fisio [jalan2 keluar dr bilik, naik tangga]
11.15am - Aktiviti sendiri [msg, baca majalah, komik, on9]
1.00pm - Solat Zohor&Asar [jama' taqdim]
2.00pm - Menunggu tetamu [jika ada]
7.00pm - Solat Maghrib&Isyak [jama' taqdim]
- Bacaan Ma'thurat
8.00pm - Menunggu tetamu [jika ada]
9.00pm - Tonton
TV@on9
12.00pm - Tidur

p/s: TERIMA KASIH pada semua rakan2 yg dtg melawat dan menghadiahkan majalah, komik, coklat dan lain2. Thanks juge pd nurse yg bg pinjam novel..hehe~

IMPORTANT!!!!

ALHAMDULILLAH, sy menerima kunjungan selama 10minit oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri sewaktu dalam wad 202, KBMC~ Beliau yg kebetulan menziarahi ayahandanya berbesar hati melawat saya. Sempat juga bergambar dan mendapatkan tandatangan beliau. Seronok! Gambar masih belum boleh diupload. May be next time..

# 12 - ~Sakit Adalah Tanda Cinta~

Semua orang tidak mahu ditimpa sakit dan keuzuran. Manusia sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk memastikan diri dan keluarga mereka sentiasa sihat. Bagi sesetengah manusia menganggap sakit adalah suatu yang amat buruk dan bencana dalam kehidupan.
Islam sendiri menganjurkan supaya kita berusaha dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialami dengan pelbagai rawatan dan perubatan asalkan tidak sampai melanggar batas akidah dan syariah.
Dalam masa yang sama, sebenarnya apabila seseorang ditimpa kesusahan berupa kesakitan, kegelisahan dan sebagainya, itu merupakan ujian dari Allah S.W.T untuk menilai setakat manakah hamba-Nya sabar menghadapinya.
Suatu hari seorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan mengadu; Ya Rasulullah, telah habis hartaku namun masih sakit tubuhku.
Maka Nabi bersabda;
"Sesungguhnya Allah S.W.T jika cinta dan sayang kepada hamba-Nya, diuji dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah S.W.T memberinya kesabaran."
Oleh itu, berbahagialah kepada sesiapa yang terpilih. Sesungguhnya Allah S.W.T amat cinta dan sayang pada kamu. Terimalah ujian Allah S.W.T ni dengan sabar dan redha. Yakinlah! Allah S.W.T sedang mengangkat darjatmu.

# 11 - ~Sakit Adalah Penghapus Dosa~

...Bismillahirrahmanirrahim...

Kita adalah manusia yng memiliki 1001 kelemahan dan sering melakukan dosa. Sudah pasti kita akan dibalas dengan pembalasan yang dahsyat di akhirat sekiranya kita tidak memohon ampun kepada Allah S.W.T di dunia.

Fikirkanlah! Kalau kita membilang segala dosa-dosa yang kita lakukan, sudah pasti tidak terhitung banyaknya. Dosa-dosa yang banyak itu kalau tidak diampunkan Allah S.W.T, adakah lagi harapan kita untuk menikmati syurga yang disediakan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh?! Oleh itu, kita kena sentiasa dan setiap masa bertaubat kepada Allah S.W.T supaya segala dosa kita dihapuskan.

Penghapusan dosa oleh Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk termasuk ditimpakan ujian dalam kehidupan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
"Seorang mukmin tidak ditimpa penyakit yang berterusan, sama ada keletihan, kesakitan dan kesedihan sehingga boleh menggelisahkannya kecuali bagi menghapuskan segala dosa-dosanya."

Thursday, November 13, 2008

# 10 - ~SONY ERICSSON [W910i]~

Setelah puas saya mencari, akhirnya saya jumpa model handphone yang saya berkenan..tapi, masalah besar sekarang..harganya! hwa~ saya tak kira..saya akan gunakan khidmat dan kepakaran abah saya untuk tawar harga mengikut budget saya~ hehe (n_n)..tak baik!

Tak sabar nak beli phone baru..phone lama saya dah rosak sikit, xbleh nak charge..kena tumpang charge bateri dalam phone adik..dia dah bising dah..ahaha~ alasan paling kuat untuk beli phone..ceh~

Saya guna duit sendiri ye..xde mintak dengan mama atau abah..saya bukan seorang anak yang suka susahkan ibu bapa..mungkin kadang2 ada permintaan saya yang kurang logik..nak makan pizza hari2..hehe~ tapi saya minta tolong belikan je..guna duit saya..ye ke?! kadang2 la..huhu!


Saya nak pilih warna marron ni..ade kaler hitam, chocolate, silver, pink!!! Semua nampak smart..cool stuff, superb! Saya suka SONY ERICSSON. Phone K310i saya skg masih saya guna untuk bisnes top up..mudah..key pad phone lembut. Saya beli K310i, RM310..awal tahun 2007..tak nak jual.




# 9 - ...masa untuk berubah!...

hm, dah 3 hari saya keluar dr wad..masih byk salam dan ucapan takziah dp sahabat2 yang saya terima..kunjungan juga tak putus2..alhamdulillah..

banyak perubahan dalam kehidupan saya sekeluarga terjadi lepas saya keluar dp wad..1st of all, break1st..family saya akan breakfirst sama2..make sure semua org makan pagi..kalau dulu, siapa nak makan, makan...siapa nak tidur, terpulang~

pas2, setiap 2 jam sekali..saya akan makan lagi..so, adik2 akan teman saya makan sekali..hee~ makan je..lepas keluar dr wad, doktor pesan perut saya tak boleh kosong..mesti makan..buat masa ni, perut saya hanya boleh terima bubur nasi, roti, biskut dan susu..itu je la menu harian saya..kdg2, saya makan sikit roti canai..nak rasa juga~ hwa(n_n)

kami juga akan berusaha untuk solat berjemaah di rumah..kalau mama dan abah tak ade, saya solat jemaah dengan adik2..best~ Saya bersyukur mempunyai adik2 yang ringan tulang dan suka membantu..sebut je nama, pasti mereka tolong..alhamdulillah..adik2 saya 6 orang lelaki tapi kami rapat sebab jarak umur yang dekat..masa kecik2 dulu, gaduh tu perkara biasa la..berebut itu dan ini..berkat didikan dan asuhan mama dan abah, kami jadi orang berguna.

hari ni, kami gotong-royong mengemas rumah! fuhh~ dah lama tinggal rumah sejak masuk wad, rumah bersepah macam tongkang-pecah! jangan risau, adik2 ada~ hehe(*-N)

insyaAllah, jika diizinkan Allah S.W.T, rakan2 nak datang hari Sabtu..mereka tak sempat ziarah saya di wad tempoh hari, jadi mereka nak singgah ke rumah..hm, nak jamu makan apa ye?! tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah..jadi, kita perlu layan tetamu dengan baik dan istimewa..

Wednesday, November 12, 2008

# 8 - + :: Peluang Kedua :: +

...Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi tak dapat tidur lena..perut tak sedap..kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Perut masih belum boleh menerima makanan2 pejal, pedas dan bersusu. Saya menjalani hari2 mendatang dengan penuh hati2..jaga pemakanan. Saya dah fobia muntah darah~ tak terdaya lagi rasanya nak melalui pengalaman yang sama. Apa2 pun, penyakit ni buat saya lebih kuat, lebih bersemangat penuh motivasi. Saya dah jumpa apa yang saya cari dan saya rasa Allah S.W.T telah makbulkan segala doa saya. Hikmah di sebalik segala penderitaan yang saya tanggung..terima kasih, ya Allah..

Suatu ketika dulu, saya didiagnosis dengan penyakit Schleroderma [radang sendi]..Saya tak pernah tahu pasal penyakit ni, tak pernah dengar pun..tapi, saya tak ada perasaan langsung. Apa yang saya tahu, saya kena makan ubat..simptom2 penyakit ni pula tak begitu ketara pada mulanya.. masa berlalu dan saya dapati fungsi tangan, sendi dan tubuh badan saya semakin terbatas. Kulit mula melepuh dan bertompok-tompok. Saya sedih sebab saya dah tak lincah macam dulu, tak cantik lagi macam kecik2 [hehe~]..tapi kesedihan saya tak begitu saya layan sebab zaman sekolah menengah yang sibuk buat saya lupa yang saya sebenarnya sakit. Ubat?! Semakin banyak tapi tak makan..[2 la pasal, degil..allergic pd perkataan ubat!!!]

Penyakit saya buat saya terpaksa bergantung pada orang lain untuk urus hidup saya..terima kasih pada semua sahabat2 yang pernah jadi teman sebilik..byk jasa kalian yang tak dapat saya balas. Tak tertulis nama mereka kat sini..terlalu ramai..


Saya ramai kawan tapi tak banyak memori bersama mereka sebab banyak masa saya di sekolah, saya habiskan dalam kelas..buat homework 24jam!!! Pergerakan penulisan saya yang sangat lambat menyebabkan banyak laporan, nota, latihan yang tertangguh..alhamdulillah, semua orang sekeliling faham situasi saya. Saya rapat dengan warden2, guru2, dan semua staff sekolah..saya mudah berurusan dengan mereka..
Saya dah banyak kali masuk wad sebenarnya..tapi inilah kali pertama, saya masuk ICU!!! tak pernah terlintas dalam fikiran nak tinggal dalam ICU..kritikal sungguh keadaan saya masa tu..hampir 3 hari muntah darah berterusan, saya mengalah..badan dah lemah..makanan masuk, muntah tak henti2..maha berat ujian Allah ini..saya fikir, umur saya tak panjang..segala wasiat dah saya titip..minta halal segala makan dan minum..fuhh~ Mama dan abah dah pucat lesi..adik2 hantar sms pd semua kawan mengatakan saya tenat. Pihak sekolah, pihak universiti, sanak saudara..semua dah dimaklumkan. Alhamdulillah, berkat salam dan doa drpd semua, saya masih bertahan..syukur pada Allah S.W.T.
Saya tak putus2 terima salam dan ziarah drpd teman2..terima kasih semua. Saya dapat tahu, pihak sekolah saya [Sekolah Tun Fatimah] ada mengadakan bacaan yaasin dan solat hajat buat saya. Terima kasih semua. Lebih mengejutkan, saya terima kunjungan drpd bekas pengetua STF, Pn. Halimah Shaaban dan rombongan dr STF..Pn. Saidah datang..Guru Fizik [En. Mat Kamil], guru Add Math [Cik Faridah], guru Agama [Ustzh Wan Mahanu] dan semua warden2 yang saya sayang datang..sekali lagi, syukur pada Allah S.W.T. Saya lebih bersemangat sekarang, self-confidence meningkat..sekarang, badan masih lemah..perut saya masih baru untuk proses makanan..saya kembali minum susu macam baby~ hehe!
Sebelum itu, saya nak ucap terima kasih yang tak terhingga [infiniti] pada:
DR. SHAHDAN SHAHID
DR. ISHAK MAS'UD
Staff Hosp. Pakar Al-islam [KBMC]
Abah dan Mama saya [En. Hassan&Pn. Zainon]
Adik2 saya [Amir, Hafiz, Rasyid, Aiman, Izzat, Haziq]
Sanak-saudara, Sepupu
Staffs&Lecturers IIUM Nilai
Warga Desa Tun [Sekolah Tun Fatimah,JB]
Sahabat2 sejati [SKSML, STF, CFSPJ, CFS Nilai, IIUM Gombak]
Chescorulez 0206
Warga kerja KWSP, Jalan Raja Laut
Semua yang mendoakan saya sepanjang saya sakit.
TERIMA KASIH atas segala doa, sokongan moral, nasihat dan buah tangan yang diberikan. Semoga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian semua dan mempermudah segala urusan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~

InsyaAllah, saya akan ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak pada 16 Dis 2008..Doakan pengajian saya. Semoga saya menjadi insan

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG!!!

Wednesday, October 29, 2008

# 6 - Native Deen - Not Afraid to Stand Alone

NOT AFRAID TO STAND ALONE

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high


Single mother raising her children
And now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart


Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love-
They brought her in -told her shes the 1 pick-
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend


I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high


I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high


Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know..when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour..


One day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing..her strength I get stronger
They can break my will no longer


You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause..

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more..


Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high


I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

# 5 - Personaliti Diri & Bulan Kelahiran

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumah tangga.
* Punya bakat seni dalam bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Terlalu mengikut selera atau perasaan.


Tuesday, October 28, 2008

# 4 - "Papa tak pernah malu!!!"

"Papa tak pernah malu!!!"..itulah luahan hati seorang ayah kepada anak perempuan remajanya, Ellen. Anak gadis itu memarahi ayahnya kerana mengekori pergerakannya. Ellen yang ponteng sekolah itu pergi ke bahagian kosmetik dalam sebuah pasaraya lalu mencuri beberapa peralatan make-up..ayah Ellen yang menyedari perbuatan anaknya bertindak membuka beg Ellen, mengeluarkan semua alat kosmetik tadi dan membayar harga barang2 tersebut sebelum pengawal menahan anaknya di pintu keluar pasaraya. Ellen berasa malu apabila tindakannya 'kantoi' lalu berlari keluar dari pasaraya tersebut.

Ellen sangat marah pada ayahnya. "Saya malu! Ayah tahu tak?!!".

"Papa tak pernah malu!!!",balas ayahnya.

"Ketika kamu berusia 9 tahun, kamu merengek nak buang air kecil di tempat awam..semua orang pandang papa, tapi papa tak pernah malu!!!"

"Ketika kamu berusia 11 tahun, kamu datang bulan pertama kali, papa pergi ke kedai untuk belikan kamu pad..tuan kedai tersengih melihat papa, tapi papa tak pernah malu!!!" dan

"Ketika kamu berusia 12 tahun, kamu minta papa belikan pakaian dalam. Orang sekeliling mengata papa ni gila seks, tapi papa tak pernah malu!!!..Semua yang papa lakukan untuk kamu."

Ellen yang terkedu mendengar jawapan itu menangis lalu pergi meninggalkan ayahnya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya"

hm, drama ni saya tonton malam tadi..Chinese drama, PAPA LOVES ME..TV3. Best!!! Banyak pengajaran drpd drama ni..tersentuh hati saya. Saya memang rapat dengan ayah, sebab tu kalau tonton kisah yang berkait dengan ayah ni..saya mudah menangis. Saya sayang ayah saya! Dia adalah idola saya. Terlalu banyak jasa ayah pada saya dan saya rasa saya tak mampu nak balas semuanya..~

p/s: Rindu nk tulis blog..3 hari ni, adik2 banyak guna laptop..tak bagi chance langsung! Asyik main chess je..nak guna laptop pun, kena booking~ huh..drpd semalam nak tulis cerita ni..

Saturday, October 25, 2008

# 3 - Jalan2 Pergi Makan

haaa...kenyang betul! Alhamdulillah. Saya baru je balik drpd Restoran Perantau di Bangi. Makan malam bersama-sama keluarga Wak Zaharah [kakak kepada mama saya] dan seluruh adik-beradik saya..puas kami makan. hm, makan ramai2 memang best..penuh berselera la katakan..memandangkan semua ahli keluarga ada termasuk Amir [adik yang belajar di UiTM Sri Iskandar, Perak] yang jarang balik bercuti serta Hafiz dan Rasyid dr asrama, kami ambil keputusan untuk makan di luar. Kebetulan Wak Zaharah sekeluarga pun datang, suasana memang meriah..happening gile!!! Tambah gamat lagi bila perlawanan bola sepak pasukan Malaysia lawan Vietnam ditayangkan melalui skrin dalam restoran..fuuhhh~ tak tau nak cakap la..bisingnya..

Lepas makan, kami semua balik ke rumah..lepak sekejap, sambung tengok bola sepak..masih 0-0..adohai~ Abah dengan Wak Ajiz borak pasal kelayakan akademik untuk kemasukan ke matrikulasi@program asasi universiti..bukan untuk saya tapi untuk Amin [sepupu saya yang bakal menduduki SPM]. Wak Ajiz risau tentang result trial Amin yang mungkin belum stabil. Mengikut pemerhatian saya, Wak Ajiz sangat concern hal2 pendidikan terutama anak dia. Amin pada saya, seorang yang nerd..memang muka study la..tapi nampak stress sebab tekanan drpd ayah dia. Wak Ajiz expect Amin dapat the best result..it's common for a father to set up a target for his son but the level of expectation must based on his son's ability..kesian pada Amin. what ever it is, I wish all the best in SPM to Amin and pray that he will score with flying colours!
Finish each day and be done with it. You have done what you could. Some blunders and absurdities no doubt crept in;forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day;begin it well and serenelyand with too high a spiritto be encumbered with your old nonsense.

~Ralph Waldo Emerson~

# 2 - ~ Duit Raya ~

Sedar tak sedar kita dah pun masuk tarikh 25 Syawal..sekejap je masa berlalu. Aidilfitri tahun ni kurang meriah pada saya berbanding tahun2 lalu. Baru seminggu dua beraya, dah kena kembali ke UIA, Nilai untuk final exams. Potong mood raya je kn?! Saya hanya berpeluang beraya pada hujung minggu je..itu pun ikut parents ke open house staff sekerja dorg. Weekdays nak pergi beraya, semua orang kerja..hai~ ape bleh buat..walau apa pun, saya sangat bersyukur sebab duit raya saya banyak tahun ni..hehe~ Bukan mengharap sangat untuk dapat duit raya setiap kali Aidilfitri menjelma tapi alhamdulillah rezeki masih ada untuk saya..Saya dah boleh dikira besar [sebab umur pun dah 19 tahun!] tapi saya masih dapat duit raya..mungkin saya dan adik2 adalah cucu2 yang paling muda jadi kami masih layak untuk dapat duit raya..selagi belum kahwin! haha~ jangan jealous ye..lagi pun, susuk badan saya yang kecil ni kadang2 dapat menyembunyikan identiti saya..bolehlah menyibuk tadah tangan untuk duit raya..haha!

Duit raya yang saya terima langsung tak saya belanjakan. Selalunya saya simpan dalam Tabung Haji..memang menjadi rutin untuk saya dan adik2 menyimpan duit raya setiap tahun walaupun nilainya kecil..berbeza untuk tahun ni..alhamdulillah, tahun ni saya gabungkan duit raya+duit keuntungan penjualan topup+duit scholarship=RM1430!!! tak percaya saya..semua duit tadi saya masukkan ke dalam akaun SSPN yang baru saya buka Isnin lalu..saya mengimpikan untuk dapat penajaan biasiswa daripada mana2 organisasi untuk pembiayaan pengajian ijazah nanti..tapi saya mesti ada plan B, buka akaun SSPN untuk pinjaman PTPTN sekiranya tak dapat scholarship..hm, saya dengar ada berita tentang duit scholarship extra [scholarship pengajian asasi] yang masuk ke dalam akaun Bank Muamalat..wah!!! Saya belum semak lagi akaun saya..kalau betul, bolehlah saya simpan RM250 tu dalam Tabung Haji..hehe~

Bila dah jadi pelajar IPT ni, baru saya sedar bahawa duit simpanan sangat penting untuk menampung semua perbelanjaan makan minum, buku2, assignment, dll. Kita tak boleh nak harap pada duit parents je..that's why la saya jual topup sem akhir asasi dulu..untung mungkin tak banyak tapi saya puas..sekurang-kurangnya saya cuba bantu parents saya. Dalam masa 4 bulan lebih, saya dapat untung lebih RM100. Syukur..

Terima kasih, Mastereload!!!

Thursday, October 23, 2008

# 1 - Tulisan Pertama (n_*)

...Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali nak tulis blog buat hati saya terlalu keliru. Bukan sebab tak biasa menulis tapi begitu banyak perkara nak dikongsi dan diceritakan. Saya teruja nak memiliki blog sendiri..asyik baca blog orang je, saya pun nak berblogging juga. Niat di hati memang dah lama ada cuma belum ada masa lapang nak fokus pada blog.
Sekarang saya cuti 2 bulan. Inilah masa yang paling sesuai untuk saya mula menulis blog.
Saya mula kenal blog drpd seorg sahabat baik, Husna namanya. Nana [nickname] yang ajak saya tulis blog. URL blog Nana yang selalu saya lawat,
Blog Nana saya jadikan benchmark sbg permulaan untuk saya bina blog sendiri. Pada saya, blog Nana simple dan cantik..Nana selalu tulis tentang kisah harian dia..saya suka baca blog Nana. hehe:D
Terima kasih, Nana!
Saya tak sabar nak tunggu blog saya siap sepenuhnya. Saya nak edit template sedia ada mengikut citarasa saya. Saya juga nak tambah banyak gajet dalam blog saya ni tapi selalu ada masalah. Window blog asyik terpadam je kalau saya save atau tutup window lain. huh~ Walau macam mana sekalipun, saya tetap akan teruskan niat saya untuk bina blog idaman saya. Saya akan terus belajar.
~Tunggu tau~
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner