Showing posts with label touching. Show all posts
Showing posts with label touching. Show all posts

Tuesday, November 25, 2008

# 12 - ~Sakit Adalah Tanda Cinta~

Semua orang tidak mahu ditimpa sakit dan keuzuran. Manusia sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk memastikan diri dan keluarga mereka sentiasa sihat. Bagi sesetengah manusia menganggap sakit adalah suatu yang amat buruk dan bencana dalam kehidupan.
Islam sendiri menganjurkan supaya kita berusaha dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialami dengan pelbagai rawatan dan perubatan asalkan tidak sampai melanggar batas akidah dan syariah.
Dalam masa yang sama, sebenarnya apabila seseorang ditimpa kesusahan berupa kesakitan, kegelisahan dan sebagainya, itu merupakan ujian dari Allah S.W.T untuk menilai setakat manakah hamba-Nya sabar menghadapinya.
Suatu hari seorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan mengadu; Ya Rasulullah, telah habis hartaku namun masih sakit tubuhku.
Maka Nabi bersabda;
"Sesungguhnya Allah S.W.T jika cinta dan sayang kepada hamba-Nya, diuji dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah S.W.T memberinya kesabaran."
Oleh itu, berbahagialah kepada sesiapa yang terpilih. Sesungguhnya Allah S.W.T amat cinta dan sayang pada kamu. Terimalah ujian Allah S.W.T ni dengan sabar dan redha. Yakinlah! Allah S.W.T sedang mengangkat darjatmu.

Tuesday, October 28, 2008

# 4 - "Papa tak pernah malu!!!"

"Papa tak pernah malu!!!"..itulah luahan hati seorang ayah kepada anak perempuan remajanya, Ellen. Anak gadis itu memarahi ayahnya kerana mengekori pergerakannya. Ellen yang ponteng sekolah itu pergi ke bahagian kosmetik dalam sebuah pasaraya lalu mencuri beberapa peralatan make-up..ayah Ellen yang menyedari perbuatan anaknya bertindak membuka beg Ellen, mengeluarkan semua alat kosmetik tadi dan membayar harga barang2 tersebut sebelum pengawal menahan anaknya di pintu keluar pasaraya. Ellen berasa malu apabila tindakannya 'kantoi' lalu berlari keluar dari pasaraya tersebut.

Ellen sangat marah pada ayahnya. "Saya malu! Ayah tahu tak?!!".

"Papa tak pernah malu!!!",balas ayahnya.

"Ketika kamu berusia 9 tahun, kamu merengek nak buang air kecil di tempat awam..semua orang pandang papa, tapi papa tak pernah malu!!!"

"Ketika kamu berusia 11 tahun, kamu datang bulan pertama kali, papa pergi ke kedai untuk belikan kamu pad..tuan kedai tersengih melihat papa, tapi papa tak pernah malu!!!" dan

"Ketika kamu berusia 12 tahun, kamu minta papa belikan pakaian dalam. Orang sekeliling mengata papa ni gila seks, tapi papa tak pernah malu!!!..Semua yang papa lakukan untuk kamu."

Ellen yang terkedu mendengar jawapan itu menangis lalu pergi meninggalkan ayahnya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya"

hm, drama ni saya tonton malam tadi..Chinese drama, PAPA LOVES ME..TV3. Best!!! Banyak pengajaran drpd drama ni..tersentuh hati saya. Saya memang rapat dengan ayah, sebab tu kalau tonton kisah yang berkait dengan ayah ni..saya mudah menangis. Saya sayang ayah saya! Dia adalah idola saya. Terlalu banyak jasa ayah pada saya dan saya rasa saya tak mampu nak balas semuanya..~

p/s: Rindu nk tulis blog..3 hari ni, adik2 banyak guna laptop..tak bagi chance langsung! Asyik main chess je..nak guna laptop pun, kena booking~ huh..drpd semalam nak tulis cerita ni..
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner