Showing posts with label thankful. Show all posts
Showing posts with label thankful. Show all posts

Wednesday, December 10, 2008

# 16 - ~iT's t!M3 t0 uPloAd~

- a month in hospital -

Kampong Baru Medical Centre
a.k.a
Hospital Pakar Al-islam
[i'm not sure why the alphabet 'i' there is written in lower case]
HOSPITAL MESRA IBADAH

Favourite milk through tube: NuTRIflex lipid peri

*SD: Soft Diet

Kenangan bersama Dr. Ishak Mas'ud dan Sister Mastura

Ustazah Siti Nur Haizan: Terima kasih atas segala nasihat

Fisioterapist: Kak Fatma

on9 from ward [RM5/day]

Special thanks to Auntie Zuraidah for the special gift!

love to surf!

~break for minutes, get to physio~

happy (n_N),

a dream come true!



~so sweet~

Sunday, December 7, 2008

# 15 - Kembali Menulis

...Bismillahirrahmanirrahim...
Hr ni sy keluar dp wad untuk kali ke-3..alhamdulillah, sy ceria. xsbr nk berhari raya di rumah..walaupun sedikit terkilan sebab x dpt pulang ke kampung, sekurang-kurangnya sy x beraya di dalam wad..kesian pula pd mama dan abah serta adik2 nanti..
Apa yang penting, sy kne jaga makan!!! Kadang2 sy rse sy mkn sket je tp perut sy tetap x dpt hadam dgn baik..tp xpe..sy perlu belajar..mkn semula:D
Lme x menulis, akhirnya sy berpeluang mencoret kata..tiada cerita menarik cuma x sabar nak tunggu sembelihan lembu di taman perumahan sy esok hr..sy ambil 1 bhgn lembu utk Majlis Korban tahun ni..rezeki lbh sket thn ni..jd, apa salahnya sy beramal jariah sket..rezeki dp Allah S.W.T.
Alhamdulillah, hr ni juga sy dpt HP br!!! Mgkn bukan idaman utama sy [W910i] tapi sy puas hati dengan K660i warna hijau yg baru sy miliki..terima kasih ya Allah..atas segala nikmat yang Engkau kurniakan pada hambaMu..
haa..hr ni juga hari wukuf..sy sempat dan berpeluang mengaji [baca yaasin] dan solat taubat dan hajat sebentar td..sebelum makan, sebelum tulis blog..hehe~ Abah selalu pesan "Tunaikan hak Allah S.W.T terlebih dahulu, dan Allah S.W.T akan tunaikan hak kita"
Sy buka fs hari ni dan dapati ada pics sy bersama ex-roommate di Nilai yg br dtg ziarah mggu lps..terima kasih atas hadiah sehelai tudung yg diberikan..insyaAllah, jika berkesempatan, akan sy upload pics yg sy sempat save..suka sgt..tudung 2 sgt selesa dan mudah dipakai..walaupun sedikit besar tp sy nmpk cute gk..huhu~

Tuesday, November 25, 2008

# 13 - ~ R.U.T.I.N di H.O.S.P.I.T.A.L ~

Alhamdulillah, hr ini hr kedua sy dapat on9 dr dlm wad~ Sekurang-kurangnya terisi juga masa saya. Pagi ini shj, sy dah taip 3 posts utk blog..rindu blog sy! Walaupun kena bayar deposit RM20 utk wireless [RM5/hr]..sy xkesah. Seharian sy melekat dgn laptop! haha (n_N)

Sy nak cerita rutin harian sy dlm wad..

5.30am - Mandi
6.00am - Solat Subuh dan baca yaasin
6.30am - Baca majalah, mula tonton MHI
7.30am - Fisioterapi [kayuh basikal, latihan pernafasan&gerakan otot]

8.00am - Bersiap, menunggu kedatangan Dr. Shahdan&Dr. Ishak
10.30am - Pergi bilik fisio [jalan2 keluar dr bilik, naik tangga]
11.15am - Aktiviti sendiri [msg, baca majalah, komik, on9]
1.00pm - Solat Zohor&Asar [jama' taqdim]
2.00pm - Menunggu tetamu [jika ada]
7.00pm - Solat Maghrib&Isyak [jama' taqdim]
- Bacaan Ma'thurat
8.00pm - Menunggu tetamu [jika ada]
9.00pm - Tonton
TV@on9
12.00pm - Tidur

p/s: TERIMA KASIH pada semua rakan2 yg dtg melawat dan menghadiahkan majalah, komik, coklat dan lain2. Thanks juge pd nurse yg bg pinjam novel..hehe~

IMPORTANT!!!!

ALHAMDULILLAH, sy menerima kunjungan selama 10minit oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri sewaktu dalam wad 202, KBMC~ Beliau yg kebetulan menziarahi ayahandanya berbesar hati melawat saya. Sempat juga bergambar dan mendapatkan tandatangan beliau. Seronok! Gambar masih belum boleh diupload. May be next time..

# 12 - ~Sakit Adalah Tanda Cinta~

Semua orang tidak mahu ditimpa sakit dan keuzuran. Manusia sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk memastikan diri dan keluarga mereka sentiasa sihat. Bagi sesetengah manusia menganggap sakit adalah suatu yang amat buruk dan bencana dalam kehidupan.
Islam sendiri menganjurkan supaya kita berusaha dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialami dengan pelbagai rawatan dan perubatan asalkan tidak sampai melanggar batas akidah dan syariah.
Dalam masa yang sama, sebenarnya apabila seseorang ditimpa kesusahan berupa kesakitan, kegelisahan dan sebagainya, itu merupakan ujian dari Allah S.W.T untuk menilai setakat manakah hamba-Nya sabar menghadapinya.
Suatu hari seorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan mengadu; Ya Rasulullah, telah habis hartaku namun masih sakit tubuhku.
Maka Nabi bersabda;
"Sesungguhnya Allah S.W.T jika cinta dan sayang kepada hamba-Nya, diuji dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah S.W.T memberinya kesabaran."
Oleh itu, berbahagialah kepada sesiapa yang terpilih. Sesungguhnya Allah S.W.T amat cinta dan sayang pada kamu. Terimalah ujian Allah S.W.T ni dengan sabar dan redha. Yakinlah! Allah S.W.T sedang mengangkat darjatmu.

Thursday, November 13, 2008

# 9 - ...masa untuk berubah!...

hm, dah 3 hari saya keluar dr wad..masih byk salam dan ucapan takziah dp sahabat2 yang saya terima..kunjungan juga tak putus2..alhamdulillah..

banyak perubahan dalam kehidupan saya sekeluarga terjadi lepas saya keluar dp wad..1st of all, break1st..family saya akan breakfirst sama2..make sure semua org makan pagi..kalau dulu, siapa nak makan, makan...siapa nak tidur, terpulang~

pas2, setiap 2 jam sekali..saya akan makan lagi..so, adik2 akan teman saya makan sekali..hee~ makan je..lepas keluar dr wad, doktor pesan perut saya tak boleh kosong..mesti makan..buat masa ni, perut saya hanya boleh terima bubur nasi, roti, biskut dan susu..itu je la menu harian saya..kdg2, saya makan sikit roti canai..nak rasa juga~ hwa(n_n)

kami juga akan berusaha untuk solat berjemaah di rumah..kalau mama dan abah tak ade, saya solat jemaah dengan adik2..best~ Saya bersyukur mempunyai adik2 yang ringan tulang dan suka membantu..sebut je nama, pasti mereka tolong..alhamdulillah..adik2 saya 6 orang lelaki tapi kami rapat sebab jarak umur yang dekat..masa kecik2 dulu, gaduh tu perkara biasa la..berebut itu dan ini..berkat didikan dan asuhan mama dan abah, kami jadi orang berguna.

hari ni, kami gotong-royong mengemas rumah! fuhh~ dah lama tinggal rumah sejak masuk wad, rumah bersepah macam tongkang-pecah! jangan risau, adik2 ada~ hehe(*-N)

insyaAllah, jika diizinkan Allah S.W.T, rakan2 nak datang hari Sabtu..mereka tak sempat ziarah saya di wad tempoh hari, jadi mereka nak singgah ke rumah..hm, nak jamu makan apa ye?! tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah..jadi, kita perlu layan tetamu dengan baik dan istimewa..

Tuesday, October 28, 2008

# 4 - "Papa tak pernah malu!!!"

"Papa tak pernah malu!!!"..itulah luahan hati seorang ayah kepada anak perempuan remajanya, Ellen. Anak gadis itu memarahi ayahnya kerana mengekori pergerakannya. Ellen yang ponteng sekolah itu pergi ke bahagian kosmetik dalam sebuah pasaraya lalu mencuri beberapa peralatan make-up..ayah Ellen yang menyedari perbuatan anaknya bertindak membuka beg Ellen, mengeluarkan semua alat kosmetik tadi dan membayar harga barang2 tersebut sebelum pengawal menahan anaknya di pintu keluar pasaraya. Ellen berasa malu apabila tindakannya 'kantoi' lalu berlari keluar dari pasaraya tersebut.

Ellen sangat marah pada ayahnya. "Saya malu! Ayah tahu tak?!!".

"Papa tak pernah malu!!!",balas ayahnya.

"Ketika kamu berusia 9 tahun, kamu merengek nak buang air kecil di tempat awam..semua orang pandang papa, tapi papa tak pernah malu!!!"

"Ketika kamu berusia 11 tahun, kamu datang bulan pertama kali, papa pergi ke kedai untuk belikan kamu pad..tuan kedai tersengih melihat papa, tapi papa tak pernah malu!!!" dan

"Ketika kamu berusia 12 tahun, kamu minta papa belikan pakaian dalam. Orang sekeliling mengata papa ni gila seks, tapi papa tak pernah malu!!!..Semua yang papa lakukan untuk kamu."

Ellen yang terkedu mendengar jawapan itu menangis lalu pergi meninggalkan ayahnya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya"

hm, drama ni saya tonton malam tadi..Chinese drama, PAPA LOVES ME..TV3. Best!!! Banyak pengajaran drpd drama ni..tersentuh hati saya. Saya memang rapat dengan ayah, sebab tu kalau tonton kisah yang berkait dengan ayah ni..saya mudah menangis. Saya sayang ayah saya! Dia adalah idola saya. Terlalu banyak jasa ayah pada saya dan saya rasa saya tak mampu nak balas semuanya..~

p/s: Rindu nk tulis blog..3 hari ni, adik2 banyak guna laptop..tak bagi chance langsung! Asyik main chess je..nak guna laptop pun, kena booking~ huh..drpd semalam nak tulis cerita ni..
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner