Wednesday, December 2, 2009

# 123 - satu dua tiga

hye, peeps!

tengok tengok! entri ke 123. cantik je nombor. da lame tak update blog. nampak tak spider web dengan labah² yang dah lapan puloh tiga tahun tak makan tuh? tak nampak?! cuba tengok betul² :) kalau tak nampak juga, sila refresh page kamu ye. ahaks!

selepas ditolak tambah dan dikuasaduakan, aku kembali dengan penampilan baru. *ecece* aku rasa aku kena berubah untuk kebaikan blog terchenta ini. heh. aku nak readers enjoy bila baca blog ni. *macamlah banyak readers aku* ah, tak kisahlah. janji aku pun terhibur nak lepak kat sini. dah lama aku tak datang berehat kat sini. tak ada feel nak blogwalking pun. sebab tu traffic dengan blog counter tak bergerak-gerak. T__T dah la lama tak update.

ok ok. mulai entri ini, aku rasa aku nak ubah corak penulisan aku. aku tak nak tulis blog macam skema jawapan karangan SPM lagi. jangan salah anggap pula. aku masih pencinta bahasa dan tetap akan suka belajar bahasa sampai bila², tak kisahlah bahasa apa pun. aku hanya nak ubah sikit je, biar nampak santai bila korang baca kan? bukan apa, mungkin ada readers yang rasa bosan bila baca ayat² skema dan bahasa aras tinggi yang aku guna. ahaks! jadi, aku kena tukar tune untuk ikut selera korang. puas hati?

oh oh. kalau ada pakcik², makcik², cikgu² atau lecturers yang baca blog ini, saya mohon maaf banyak² sekiranya bahasa yang saya gunakan kurang menyenangkan mata. anak muda ni masih belajar dan kalau ada salah silap, harap dapat beri teguran :)

kepada bloggers and readers, SILA BERI PENDAPAT MEMBINA *bukan menghina* tentang blog ni okayy. nyatakan di comment box. pendapat anda amat dihargai :)

lagi 4 hari, cuti sem akan berakhir. tak dapat nak update lagi. rasanya banyak problem yang aku kena hadap untuk minggu pertama. aku tengah tunggu result change of programme :( entah bila nak keluar, aku pun tak tahu. and aku pun dah tak ada perasaan lagi nak tahu result COP tu. heh. insyaAllah, kalau ada rezeki, dapatlah aku tukar course. aku kena reschedule timetable juga. haih >.<" aku memang tak suka buat kerja last minute ni. *study suka pula last minute* hik3.

cakap pasal study, tiba² aku teringat yang result exam keluar hari ni. T__T terus check student portal. result release after 4.00 pm nanti. huh?! bikin nervous saja. i've no prediction at all untuk result kali ni. semacam tak memuaskan saja. risaulah pula >.<" tunggu sajalah petang nanti. malam mungkin? tak berani oh!

hek3. sangat malas nak kemas barang² untuk sem baru. tak ada mood. tak ready. tak ada semangat. *AMARAN: jangan tiru sikap ini!* aku masih nak main game kat facebook yang best tu. giat bermain sampai terlupa mission nak belajar Photoshop. apa nak jadilah..

gambar ihsan Pakcik Google

semalam dah dapat makan Pizza Hut kegemaran. melayang RM20. kalau nak tunggu ada orang belanja, haih. sampai sudah tak dapat makan :( oh oh. ada lasagna sekali. shedapp oh!

eh eh. perut laparlah. makan jom~

notahati: nak join blogger gathering. siapa boleh angkut aku? ngahaha :) malu tapi mahu :P

8 wut say u?!:

Nadiene said...

aik! same la kite suke makan lagsania!

Anonymous said...

jangan ko guna bahasa tamil lak
sekeh ko
haha

.idahassan. said...

fiD;
same eh? boleh la belanja mkn sekali :)

.idahassan. said...

Fatt Chin Choy;
hik3.of course lah.
nt aku pun xfhm >.<"

.Cik Nana. said...

jom makan KFC nnt nak x ida??hee..
kite g JJ wangsa maju..
jom??

Nes Zinatulhayah said...

salam ida...zaty rasa penulisan ida baguslah, menjaga bahasa betul...bukan senang nak jumpa 0rang macam ni sekrang taw...

tapi, apa2 yg anda buat saya akan s0k0ng k...=)

change pr0g? pe maksudnye tu?
xphmla...=0

.idahassan. said...

.Cik Nana.

boleh2. Nana belanja :)
mkn free mst lg shedapp!~
hik3 >.<"

.idahassan. said...

zinatulhayah89;

wslm :)
thanks for support Zaty..
jgn puji lbh2. segan~

Ida kan apply nk tkr ke ICT.
xtahu result lg neh.
ble la nk keluar >.<"

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner