Tuesday, November 24, 2009

# 122 - banjir oh >.<"

Selamat Pagi, semua!

Pagi ini aku bangun dengan penuh semangat. Berkobar-kobar aku nak tengok hasil tanaman FarmVille dalam Facebook. huh?! Addicted sudah. Malangnya, entah kenapa pagi ini streamyx buat hal pula. Aku tengok kelipan modem tak macam biasa. Send byte lebih banyak daripada Received Byte. Aku tahu something wrong somewhere tapi aku tak tahu nak buat apa. Internet masih boleh connected tapi slow connection. haih >.<" Merangkak-rangkak nak loading tapi masih boleh buka Gmail dan Blogger. Maka terhasillah entri ini di pagi hari :)

Semalam, aku baru berpeluang online semula setelah 2 hari berada di Terengganu. Aku ke MRSM Kuala Berang, menjemput adik yang bercuti akhir tahun. Barang² asrama dia mengalahkan orang pindah rumah. Kalau tahu daripada awal, aku pergi sana naik lori.

Aku memang dah plan awal untuk ikut abah pergi Terengganu sebab aku belum pernah sampai ke sekolah adik aku di Kuala Berang. Ada rezeki, bolehlah window shopping. *bukan ada duit pun! Sekurang-kurangnya dapatlah beli keropok losong dan keropok lekor kan. Itulah hasrat hati aku nak ikut sangat pergi ke sana.

Perjalanan terasa sangat lama. Hampir 8 jam oh! Sebelum ini, abah drive 5 jam saja. Mungkin faktor hujan sepanjang hari menyukarkan pemanduan. Aku terlupa sebenarnya yang negeri² pantai Timur sedang mengalami musim tengkujuh. Kebanyakan tempat hujan dan banjir tapi adik aku bagitahu Kuala Berang belum tak banjir. Kami sampai sana dalam pukul 7.00 malam, terus ke MRSM adik. Angkat semua barang ke dalam kereta dengan keadaan hujan. Masing² basah kuyup. Then, terus ke homestay untuk mandi dan solat sebelum keluar makan malam. Banyak restoran tutup sebab air dah mula naik. Alhamdulillah, masih ada satu dua kedai makan yang buka.

Hujan belum berhenti sepanjang malam. Kitorang sangat risau, takut kalau perjalanan pulang terkandas. Awal² pagi lagi kitorang dah bersiap nak balik. Cikgu MRSM bagitahu ada jalan yang dah ditutup disebabkan banjir. Kitorang terpaksa ambil laluan lain yang lebih jauh. Niat nak sarapan ditangguh dulu sebelum sampai ke Pasar Payang, Kuala Terengganu. Sempat beli keropok untuk dimakan sepanjang perjalanan.

Banyak tempat dah banjir. Air sungai dah sama paras dengan jalan raya. Ada tanah runtuh juga. Sangat menakutkan. Masa tu hanya berdoa supaya selamat sampai ke rumah. Aku tak boleh tidur lena sepanjang perjalanan. Risau sangat :(

Alhamdulillah, kitorang sampai di rumah hampir pukul 9.30 malam. Masing² dah letih. Aku pun penat dah menaip. Macam karangan da~ ok lah. Aku nak sarapan pagi.

notahati: kasihan tengok budak² SPM pergi sekolah hari Ahad dalam keadaan banjir. mereka sungguh bersemangat nak belajar. mungkin inilah faktor Terengganu cemerlang akademik UPSR beberapa tahun berturut-turut. *UPSR dan SPM ada kena-mengena ke? Apa² pun, aku kagum~

Monday, November 23, 2009

# 121 - thing to ponder

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semua :)

Hari ini aku nak berkongsi sesuatu dengan kalian. Aku pernah baca kata² ini dulu tapi belum pernah bagitahu pada kawan² yang lain. Harap kata² ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Kredit kepada Izzatul Nadzirah kerana kata² ini dipetik daripada blognya. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Tips from Syeikh Abdulkadir Al Jailani:-

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku”.

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku”.

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”.

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

notahati: Jangan memandang seseorang itu berdasarkan penampilan luarannya sahaja. Dia mungkin kelihatan buruk di pandangan mata tetapi mempunyai kecantikan hati dalam dirinya. Sentiasa cermin diri kita sebelum membuat perbandingan atau menilai orang lain. Setiap manusia punya kehebatan dan kelemahan. Ingatan dan pesanan buat diri dan sahabat.

Thursday, November 19, 2009

# 120 - FarmVille oh FarmVille



korang mesti ade Facebook kan? aku rasa kebanyakan kita tahu pasal addicted game ni. yes, FarmVille. actually, banyak lagi game yang ada dalam application Facebook ni termasuk Barn Buddy, Roller Coaster Kingdom, Cafe World, FishVille, etc. aku baru start main FarmVille 2 hari lepas. aku mungkin ketinggalan berbanding korang yang dah expert main game ni. memang aku sengaja tak main awal² sebab aku tahu aku akan addicted main game sampai tak ingat nak belajar. wahaha ;)

memandangkan aku dah mula bercuti, aku pun 'mengumpul pengalaman' nak main game FarmVille. ni game pertama aku. oh, sangat teruja melihat ladang kawan² aku yang penuh dengan tanaman dan ternakan. cantik dan tersusun. suka pula aku tengok gambar² di atas. kredit kepada kawan² aku. sorry aku rembat pinjam gambar ladang korang >.<" siapa suruh cantik sangat ;)

aku suka main game walaupun realitinya aku tak tahu bercucuk-tanam. aku rasa aku suka berniaga, berurusan dengan duit dan membeli-belah. dengan bercucuk-tanam, aku boleh jual hasil tanaman dan dapat duit. duit tu boleh dijadikan modal pusingan untuk beli benih pokok dan hiasan dalam ladang. wah! aku suka ;) *Aiman tak kisah :P

best oh! setiap jam, aku nak tengok ladang aku. dah berbuah ke pokok ceri dan pokok plum? ayam dan lembu dah berhasil ke? ada ciri² peladang berjaya, betul tak? ambil nilai² murni itu ye.

dari suatu sudut, aku nampak juga keburukan main game ni. cuba korang fikir, sebenarnya game ni direka supaya pengguna Facebook akan kekal menggunakan Facebook. kita akan melekat depan skrin sampai ke sudah. main tak ingat dunia. begitu mudah pemikiran kita dijajah bukan?

haih. aku pun dah dijajah sama. apa aku nak buat? aku dah addicted. tolong! pesan kepada diri sendiri dan kawan²: main biarlah berpada-pada.

notahati: siapa ada FarmVille. sila add aku jadi neighbor anda. jangan lupa giftSs aku okay *.~

Tuesday, November 17, 2009

# 119 - nothing else i can say

*klik untuk tumbesaran

.sudah puas aku memohon.
.aku pujuk aku rayu.
.penuh sabar aku tunggu.
.namun, penantianku hampa.
.yang tinggal hanya harapan palsu.
.aku masih mengharap.
.tetap setia di sini.
.jika kau ubah fikiran.

sindrom kecewa tak dapat scholar JPA :(
nampaknya biaya Pa&Ma lagi
mungkinkah aku kena mohon PTPTN lagi?
oh, kasihan melihat nasib diri T.T

Monday, November 16, 2009

# 118 - Semoga Berjaya!

assalamualaikum, semua!

aku amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa aku sudah selamat menduduki kertas peperiksaan terakhir bagi semester I 2009/2010. hoyeah ;) aku sangat senang hati ketika ini menikmati hari² cuti tanpa gangguan. banyak rancangan yang aku dah senaraikan. pastinya, kebanyakan aktiviti aku melibatkan penggunaan internet. oleh kerana berlaku perebutan kuasa terhadap penggunaan streamyx maka, aku perlu menggunakan peluang yang ada untuk melaksanakan rancangan tersebut.

minat aku untuk belajar Photoshop masih ada walaupun tak begitu membara macam dulu. belum ada mood lagi. feel nak blogging pun macam suam² kuku je cuti ni. apa pun, aku akan mula mencari dan memulakan pengembaraan pembacaan tutorial Photoshop. maklumlah, aku memang tak tahu sepatah pun tentang Photoshop. ada siapa² sudi nak ajar? anda amat dialu-alukan.

baiklah. dalam kita bersuka ria bercuti, kita harus mengingati mereka yang sedang berhempas-pulas memerah otak dan berpeluh-peluh berjuang di medan peperiksaan SPM. wahaha :) *gelak jahat*

aku ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada calon² peperiksaan SPM 2009 terutamanya adik aku, Hafiz (SMK Segambut Jaya) dan sepupu aku iaitu Naqib (MRSM Balik Pulau), Manja (SM Sains Sultan Abdul Halim), Nadia (SM Teknik). tidak dilupakan kepada semua pelajar Sekolah Tun Fatimah (0509). masanya telah tiba. sahutlah cabaran dan buktikan kemampuan. anda tentukannya. *ecece. macam iklan Super Brand pula*

gambar atas: Hafiz
gambar bawah: Naqib (tiga dari kiri)

aku doakan semoga Allah permudahkan perjalanan peperiksaan, semoga mendapat kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan, semoga berasa tenang, yakin dan lancar menjawab soalan dan semoga berjaya memperoleh keputusan yang diimpikan. ameen. usaha + doa +tawakal = kejayaan. insyaAllah.

notahati: aku rindu zaman sekolah. tak boleh lupa kenangan belajar untuk PMR dan SPM. pengalaman belajar sampai nak muntah. itulah tempat paling istimewa pada aku.

Friday, November 13, 2009

# 117 - i want a miracle

tinggal 1 kertas exam lagi
Financial Accounting hari Ahad
sangat tak sabar nak habiskan exam

ish. kesihatan masih tidak memuaskan.
aku rasa sangat tak selesa nak jawab exam.
secara jujurnya, aku rasa aku tidak dapat buat sehabis baik.
satu²nya sikap aku yang aku paling tak suka.
aku boleh menjadi putus asa sekelip mata
tanpa menghiraukan usaha yang aku dah korbankan sepanjang semester.
aku tahu kesudahannya bila aku hilang harapan.
aku benci situasi macam ini.

ya Allah, tolong berikan aku kesabaran dan kekuatan.
izinkan aku menikmati kejayaan dan kecemerlangan.
janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu.
...aku tak mampu lagi...
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner