Thursday, August 27, 2009

# 99 - balik kampung!

assalamualaikum ;)

alhamdulillah. hari ini hari ke-7 umat Islam berpuasa. sekejap saja bukan? hmm, hanya tinggal beberapa jam je lagi nak berbuka. macam² menu ada dalam fikiran. walaupun dah seminggu puasa, belum sekali pun aku ke bazar membeli juadah berbuka. maklumlah, jarak hostel ke bazar agak jauh. tak larat kaki melangkah. maka, masakan di kafe jadi pilihan. kalau nak makan sedap, kena tunggu hujung minggu, bila balik rumah. hehe >.<"

tak banyak pilihan makanan kat kafe. apa boleh buat, terima seadanya. aku suka mula berbuka dengan kuih-muih yang manis tapi susah nak dapat kat kafe. aku sangat suka kuih sampan@pelita, kuih cara atau puding caramel ;D sedappp!
minggu ni, plan nak balik kampung. insyaAllah, lepas berbuka petang nanti. hmm. berat hati nak ikut. bukan apa, aku ada banyak assignment dan mid sem exams minggu depan. kalau balik kampung, masa terbazir sepanjang perjalanan. hari Sabtu, mesti keluar ke pekan Sabak Bernam. mesti punya la. kalau kaki nak jalan lagi jauh, boleh sampai Teluk Intan kot. tak pun, terus ke Ipoh melawat adik. belum pernah lagi berbuka dengan dia.

ishh!!! bilanya nak study? mana boleh buat latihan Accounting plak dalam kereta. assignment tu mana nak buat research lagi. bahan yang sedia ada sekarang belum cukup. mana ada coverage internet kat kampung. dush! baju belum dikemas lagi. malaslah. mood tak ada. Isnin cuti tapi still rasa tak cukup masa untuk revise nota. risau betul.

Mid Sem Exams!

3 Sept. 2009 (Khamis)
Islam, Knowledge and Civilization Exam
11.30 am - 12.50 pm

4 Sept. 2009 (Jumaat)
Financial Accounting Fundamentals
2.30 - 5.00 pm

Principles & Pratices of Management
9.00 - 11.30 pm

Assignments:

UNGS Case Study MGT BM (Pelan Perniagaan)

macam mana ni? tak apa. i think, do whatever i've planned. stick to it BUT dun missed everything. dah lama aku tak balik kampung. pasal study tu, pandai²lah. everything is possible if i want it to be. aku MESTI cari masa untuk belajar. kurangkan tidur!

yeay! at last, aku rasa excited nak balik kampung jumpa atuk dan nenek! relieve after writing here. ouh, rasa nak makan dodol la. boleh cari kat kampung ;) hooray!

gtg, peeps! packing my stuffs ~
.tatatititutu.

notahati: playlist baru.
tribute song: Ketika Cinta - Rabbani dan Siti Nurhaliza

Tuesday, August 25, 2009

# 98 - dugaan Ramadhan

.Bismillahirrahmanirrahim.

pertama kali menjalani Ramadhan di UIAM, Gombak. ternyata sungguh meletihkan. maklumlah, kelas jauh berbatu-batu. alahai. lebih seksa kalau ada kelas petang. haih >.<"

itulah dugaan Ramadhan. tuntutan ibadah puasa tetap kita laksanakan walaupun kita belajar. ada ganjaran berganda bagi tiap² amalan yang kita kerjakan. maka, sabar ya, kawan². bersama-sama kita tingkatkan iman dan amal. selain dugaan menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang boleh membatalkan puasa, ada lagi satu dugaan yang aku selalu cuba nak elak. dugaan membeli-belah T.T

senang nak cari jubah kat UIA. jom singgah!

bazar! ;) banyak bazar kat UIAM ni. macam² ada~ yang paling aku suka, jualan baju raya+jubah $.$ setiap kali aku nak pergi kelas, aku kena lalu dekat Center. dan tiap² kali jugalah aku singgah kat tapak bazar baju ni. baju cantik². harga ada mahal, ada yang murah tapi boleh runding. adoi. masalahnya saiz. kadang², pusing berkali-kali..dah jumpa yang cantik+murah tapi tiada saiz!!! hua³ >.<"

.suka corak bunga ni.

hmmm. aku ada jumpa baju jubah untuk kanak² dan remaja. cantik. RM69. saiz XL. macam oke bila ukur kat badan. sekali bila cuba sarung, kainnya senteng. waaaa! aku dah bajet nak beli tadi. cuba cari saiz XXL untuk warna yang sama tapi tak ada. corak lain tak cun. ale², kempunan. terus pergi kelas.

baju idaman tapi tak ada stok saiz aku lagi T.T

kuih raya pun banyak. semua jenis pun ada. tapi aku nak dodol ;)
tak jumpa². beli je la nanti.

ouh, aku ada beli kad raya. 2 keping SAHAJA. untuk siapa? rahsiaaa..tak sabar nak hantar dan tunggu balasan. kena hantar awal².

notahati: apa tema warna baju raya tahun ni?

Saturday, August 22, 2009

# 97 - my first mask >.<"

demam kali kedua. baru balik dari klinik. dah 3 hari demam+selsema+batuk+sesak nafas. aduh. seksa sungguh. weekend plan semua tak jadi. ingat nak settlekan semua assignment by dis week and revise for the upcoming exams. its not planning to fail oke. kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan.

alhamdulillah. at least i'm not admitted to ward or get to quarantine.
i've got exam on Monday!
i hope i'll doing fine dat day. i MUST score! no matter what.

.UIA provides this septi-sol around the campus faculties aka kuliyyah.

friends,
i wish dat all of u are in the pink of health. do pray for our success.
~take care ya~


notahati: ya Allah, plis grant my wishes..

Friday, August 21, 2009

# 96 - Salam Ramadhan

~ pengumuman tarikh puasa ~
setiap tahun, kita semua akan tunggu beliau keluar di tv.
biasanya, pengumuman yang paling kita ternanti-nanti bila nak raya.


alhamdulillah. bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menjalani dan menikmati Ramadhan yang mulia. semoga iman semakin bertambah dengan amal sepanjang Ramadhan.

aku berdoa agar diberikan kesihatan yang baik.
semoga aku kuat dalam menghadapi hari² mendatang.

kawan²,
selamat berpuasa!


notahati: mid sem exams during Ramadhan. doakan agar diberi kemudahan dan kelancaran ;)

Monday, August 17, 2009

# 95 - Family Day

hye, peeps!

another update about my personal activities.
continue reading if u want or leave it if u've important thing to do.
hopefully, u won't >.<"

oke. last week, ada family day khas untuk keluarga Unit Bayaran, office abah.
the lucky spot was Port Dickson! there we go ;)

we set off around 2 o'clock and arrived PD at 3.15pm. as we can only check in at 4 pm, so we decided to have a tea break. alhamdulillah, ada pasar 'petang' *actually pasar malam ;) kitorang pun beli ayam goreng, buah² dan air tebu. wah! memang best sebab seberang jalan kawasan pasar tu, ada pantai. kitorang pun makan² sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik dan angin sepoi² bahasa.

habis makan, kitorang terus ke Apartment KWSP, PD. check-in jam 4.30 petang. again, we got a room viewing to the shore. nice view! ;)

program bermula jam 8 malam. ada ucapan perasmian oleh abah, barbeque dan games for both children and adults. it's really happening! i love the dinner with barbeque. there are lots of games for da nite.

teks ucapan dikarang bersama. ngeh³ ;I

pembakaran tertutup >.<"

tukar hadiah. bantal spongebob!
*ada yang dapat bantal botol susu!


games for kids: tiup belon+musical chair

games for super senior kids: musical chair+poisson box
*abang dan kakak ni dipasangkan untuk berlakon jadi suami isteri yang bergaduh ;)


dah puas main games, ada karaoke. masing² sibuk nak 'menyumbangkan' lagu. hohoho! memang gamatlah. semua lagu pun keluar malam tu. maklumlah, penyanyi ikut zaman. yang tua, nak lagu evergreen, yang muda nak lagu hits. layan je la ~

aktiviti hari Ahad bermula dengan senaman pagi. macam² aksi ada. janji bersenam. ouh, warna tema pilihan adalah warna oren.

lepas breakfirst, sambung games lagi. ada game rebut gula². Haziq pun sibuk nak gula² tapi dia kutip sebiji je, nak makan sendiri. budak² mana boleh tengok je kan. mesti dia nak kutip sama sampai tersepit celah² budak² lain yang berebut. yang lawaknya, dia boleh dapat hadiah untuk 'pengutip gula² paling sikit' padahal dia tak daftar pun. saje menyibuk! hahaha ;)

Haziq dan hadiahnya ;)

inilah rupanya bila bapak budak meniup tepung.

main baling belon berisi air! wahaha~

aktiviti terakhir sebelum lunch, sesi bergambar!

Friday, August 14, 2009

# 94 - tagged by Lala

tagged by Lala
*thanks!

1) Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
on my forehead

2) How did u feel when u woke up this morning?
sleepy+hungry+lazy >.<"

3) Who was the last person/people you took photo with?
Nana and Imah

4) Would you consider urself spoiled?
sometimes especially when it comes to presentation
*if last minute preparation


5) Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?
of course. my ex-SKSML buddies

6) Do you want someone to be dead?
huh?! definitely NOT.
*invoke dat everyone is doing fine and success

7) What does your last text message say?
You have reloaded RM5. Your new airtime balance for ... on 14/08/2009 is ... and valid until 09/03/2015

8) What are you thinking right now?
family day at PD. yeay! ;)

9) Do you want someone to be with you right now?
all of my family members

10) What was the time you went to bed last night?
12.30 midnite maybe

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
UIA bazaar. haha ;)

12) Is someone on your mind right now?
no one
*i'm really focus to answer dis tag

13) Who was the last person who text you?
Mama

14) TEN lucky person to do this quiz.

1. Husna Hashim
2. Zetty Illyani

3. Atiqah Mahyuddin

4. Iylia Afiqah

5. Alia Raihana

6. Sarah Nazirah

7. Hafeez

8. Hana

9. Shafareezwa

10. Syazana Nasrah


1) Who is no. 2 ? Having a relationship with?
my best friend. relationship?! idk.

2) Is no. 3 a male or a female?
certainly female

3) If no. 7 and no.1 get together, would it be a good?
why not?! opps! no comment ;)

4) What is no.1 studying about?
she is doing her Bachelor Degree of Economics and Management Sciences
*BACC, insyaAllah

5) When was the last time you chatted with them?

1. yesterday
2. a few months ago
3. dis week
4. long time no hear

5. dinner time at cafe

6. comment on her blog last week

7. we never chat before

8. dis evening

9. on SMS a day before

10. last semester
maybe

6) Is no. 4 single?
hurm?! Laiyern, plis answer it!

7) Say something about no. 6
happy-go-lucky-pinky-girl ^.*

8) What do you think about no. 3 & no. 5 being together?
they're already know each other

9) Describe no.9
...too much to describe...
needless to say, it worth to have a friend like her ;)

10) Do you like no. 8?
i did! bestmate ever ;)

11) How about no. 10?
a very cheerful person, a window-shopaholic
*hehe ;)

Thursday, August 13, 2009

# 93 - sweet escape to KLCC

hohoho ;)
aku sangat gembira

>.<"

dah lama tak hang out dengan kawan². rasanya after discharged daripada ward, sekali saja aku keluar. yes, birthday celebration for Wani ;) Happy Birthday, Wani! *special-late-wish from blog

memorable moment at Johny's Restaurant
"can u take our pic? my friend is going to London..."
hahaha ;)
every week aku balik rumah. dis time aku nak jalan². as all tutorials are done, why don't i reward myself, rite? plus, i dun have any evening class dat day and next morning class starts at 10am. so, lets enjoyed!

i was accompanied by Nana and Imah. Izzati can't join us as she had an important meeting. dun worry, dear. we can make it another time.

actually, it was Nana's plan. she really wanted to watch the 'Setem' movie. we decided to set off around 4pm, waiting for Rapid KL bus to Terminal Putra. then, we ride on the train to the KLCC. 8 stations before we reached there.

************************ change the tune plis ;) ************************

oke. kami singgah ke Kedai Rotiboy sebelum terus ke panggung. *eh, sebut betul² ye! sambil beratur membeli tiket wayang, kami melahap roti. hahaha ;) kantoi makan berdiri. maaf kerana berlaku kurang sopan. kebuluran melampau.

tiba², kami digemparkan dengan berita buruk di hadapan kaunter tiket! movie ini akan bermula jam 6.40 petang dan berakhir selepas hampir 2 jam. dush! kami terdiam. dilema seketika. kalau kami tonton, alamatnya tersadailah solat Maghrib. maka, tak boleh tonton!

kami berlalu pergi. sedih sangat masa tu. kami terus berjalan mencari surau untuk solat Asar. dalam pada itu, akal ligat berfikir. nafsu terus mendesak. hati kata jangan. selesai solat, kami nekad. nak tengok Setem! *jahat punya syaitan

betul. kami beratur sekali lagi. kami beli tiket. kami tonton wayang Setem. tapi...kami solat tau. kami tak kisah tak dapat tonton wayang tu sampai penghujung. kami tetap tunaikan kewajipan. apa yang penting, kepuasan. kami dapat buat apa yang kami nak tanpa abaikan tanggungjawab.

ouh, siapa dah tengok Setem! *sila angkat kening ;) best cerita ni. boleh bagi 7 bintang! kelakar sungguh sampai rasa nak bocor perut gelak. ada part aksi tembak-menembak. memang berderau rasanya. sound system panggung wayang yang bagus buatkan aksi tu sangat realistik. kredit kepada Afdlin Shauki.

lepas solat, kami bergegas pergi makan. lapar tau. kami pilih untuk makan di food court saja memandangkan nak jimat bajet. *tiada sponsor da >.<" menu bertuah adalah nasi ayam.

tak dapat window shopping T.T we're running out of time. kena balik kampus sebelum jam 12 tengah malam. bas Rapid KL yang terakhir jam 11 malam. malam ditemani hujan renyai. sedang tunggu bas, terjumpa campusmate yang lain. apa lagi. photography session! snap :)

dah nak kena picit pun boleh pose lagi. huh >.<"

notahati: rindu pada Chesco! tapi selalu tak dapat join gathering T.T

Sunday, August 9, 2009

# 90 - tagged by Izzati

tagged by Izzati
thanks, dear!

1. Name one person who made you laugh last night?
no one.

2. What were you doing at 0800?
day dreaming ;)

3. What were you doing 30 minutes ago?
dress up with crystal chain and bangle
*a gift from Sabah

4. What happened to you in 2006?
SPM 2006

5. What was the last thing you said out loud?
"hah?! nak ikut"

6. What color is your hairbrush?
brown

7. What was the last thing you paid for?
supper treat; roti canai+teh tarik
*ting!

8. What’s the weather like today?
nice weather

9. What’s the best ice-cream flavor?
sweet sour taste; lime or orange.

10. What excites you?
new widgets and photoshop tutorials
*i love it so much!

11. Do you want to cut your hair?
not at the moment. wanna keep it longer

12. Are you over the age of 25?
i look younger than my age
*due to my size

13. Do you talk a lot?
YES

14. Do you watch the O.C ?
nope

15. Do you know anyone named Steven?
nope again

16. Are you a jealous person?
yes, for positive improvement
*strive for excellence

17. Name a friend whose name starts with the letter ‘ A ‘?
Azra Farzana

18. Name a friend whose name starts with the letter ‘ K ‘?
Khairunnisa aka Nisa
*currently studying in University of South Australia (UniSA)

19. Who’s the first person on your received call list?
public phone number
*can't remember who

20. What does the last text message your received say?
Ida, tlg top up no ak RM10...

21. What was the last thing you ate?
supper; roti canai+teh tarik

22. Will you get married in the future?
insyaAllah

23. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
just a typical Malay movie but a special one
a tribute to Yasmin Ahmad

24. Is there anyone you like right now?
i dun think so

25. Are you currently depressed?
a lil bit
its already Sunday but my homework still on list

26. Anyone ever said you resemble a celebrity?
do i have a celebrity look?

27. What’s your main ringtone on your phone?
Dua Hati Menjadi Satu - Gita Gutawa and Dafi

28. What should you be doing right now?
sleep; its already past midnight

29. Why did you answer and post it?
coz i've been tagged

30. Tag 5 people who would do this survey.
anyone?!

Saturday, August 8, 2009

# 89 - 1 Malaysia

assalamualaikum, semua!

hari ini aku nak terangkan kepada korang semua tentang konsep 1Malaysia. sebenarnya, aku pun kurang arif dan masih lagi mencuba untuk memahami konsep ini. gara² aku tulis 'salam 1 Malaysia' dalam entri sebelum ini, ada pula yang berminat nak tahu lebih lanjut.

"Ida, macam mana sebenarnya konsep 1 Malaysia ni?"

"apa yang kau faham dengan konsep 1Malaysia? cuba kongsi sikit.."


dush! kena ketuk sekali. huahuahua. tapi takpe. inilah proses pembelajaran namanya ya, kawan². rasanya kalau cikgu tak suruh buat karangan bertajuk 1Malaysia atau lecturer tak minta buat assignment berkaitan konsep ini, memang kita tak teringin langsung nak cari. nak faham pun, rasa macam tak berbaloi. tak mungkin masuk examlah soalan macam ini..ye ke? sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, kita mesti ambil tahu perkembangan semasa. ya, kita ada agenda yang lebih penting nak ditunaikan tapi apalah salahnya kita tingkatkan sedikit ilmu dan pengetahuan umum.
kitalah generasi yang bakal memimpin negara!

eh eh. ini dah macam ucapan bakal presiden plak.
maaf ye, excited nak belajar bersama-sama.
jom pakat baca! ;) baca sampai habis tau.


1 MALAYSIA
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/
Disediakan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu:

  • budaya kecemerlangan
  • ketabahan
  • rendah hati
  • penerimaan
  • kesetiaan
  • meritokrasi
  • pendidikan
  • integiti

1Malaysia:

'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Semoga segala maklumat ini memberi manfaat kepada semua. Tahniah buat mereka yang selesai membaca. Mungkin masih kurang jelas tapi sekurang-kurangnya dapatlah sedikit info yang penting atau pandangan umum tentang konsep ini. Semoga segala agenda negara terlaksana dan membawa impak positif kepada rakyat.

notahati; dah lama tak buat esei Bahasa Melayu. rindunya >.<"

Friday, August 7, 2009

# 88 - mission accomplished > wishlist

hye, readers! salam 1 Malaysia ;)
wah! >.<" maaf ye. influensi drpd lecturer BM.


last week, problem pasal buku² semua dah settle. segala kerunsingan dan dilema aku hadapi dah berakhir. aku berjaya beli semua buku yang aku perlukan untuk semester ini. semua buku di bawah adalah ihsan duit biasiswa PAMA akulah. *Papa&Mama. Terima kasih buat abah sebab bagi duit untuk beli buku² ini! sebagai balasan, aku kena jaga buku² ini dengan baik. bagi kawan² yang mengenali aku, mesti korang tahu macam mana aku jaga barang² aku,kan? semestinya aku jaga tip top. nah! aku dah siap balut tau buku² ini supaya tak kotor, tak berlipat-lipat macam kertas bungkus nasi lemak. kemas je aku balut. ada 5 buku semuanya.


ouh, aku nak tanya pada kawan²lah.
apa pendapat korang kalau tengok buku tu cantik je?
apa maknanya?

haa..jawab². sila komen sedas dua.
mesti banyak idea² bernas korang, betul tak?

bukan ape, ada antara kawan² aku selalu kata,
"buku kau ni macam tak berusik je. baca ke tak ni?"


haha ;) kalau nak tahu baca atau tidak, kenalah selak helai demi helai buku aku. kalau nampak page tu berwarna-warni, highlight sana sini, siap ada footnote bagai..maknanya aku bacalah. tapi..

kalau tengok page tu bersih, suci lagi tidak berconteng-conteng, maka faham² sendirilah. bukan tak baca tau..belum khatam lagi namanya ya, kawan².

pada pendapat aku, aku lebih suka baca buku yang cantik sifatnya. maksudnya, buku tu dalam keadaan baik. kalau buku tu terlalu sarat dengan garisan², lakaran kreatif aka conteng sana sini, penuh dengan tatarias kesan pemadam lagi..memang aku tiada selera nak baca. maaflah wahai buku.

lagi satu, sudah menjadi tabiat aku kalau meminjam buku orang, aku akan jaga buku tu bagai menatang minyak yang penuh. *ecece. kalau nak tulis nota ke, minta izin dulu. bukan pakai conteng sesuka hati. aku pun tak faham. adakah sikap ini normal?

kalau orang lain pinjam buku aku pula, aku akan bagi tips² dan panduan² untuk menjaga buku² aku sebelum buku dipinjamkan. aku memang cerewet. jangan itu, jangan ini. kesian diorang, kan? kalau aku nampak sesiapa pun selak buku dengan ganas sampai helaian tu renyuk, hati aku memang menyirap. secara automatiknya, insan itu akan di'blacklisted' daripada senarai peminjam kehormat. kejam tak? hehe ;) fikirlah 8 kali sebelum minta pinjam buku dengan aku. aku tak kedekut tapi aku cerewet. semulajadi! *perfectionist

eh eh. tersasar dari matlamat. aku tanya pendapat korang, kan? bukan pendapat aku!

hah! inilah bilik idaman aku. penuh dengan teddy bears. tapi aku nak tema moden. sekali lagi, bilik idaman. aku belum ada bilik sendiri lagi. istilahnya saja 'bilik aku' tapi dalam bilik penuh dengan almari baju mama dan adik². huh?!

aku ingin privasi. countdown. mama dan abah nak tempah katil dan wardrobe baru. lokasi sasaran adalah bilik aku. aduh! penuh lagilah kain baju dalam bilik. aku nak hak milik penuh atas bilik aku. selamat berjuang!

aku selalu berangan-angan nak dapat tajaan Deco Bersama Eric! cantik woo..kalaulah aku berpeluang, mesti aku pilih bilik aku untuk make over. dapat perabot baru lagi. wah! >.<"

ini lakaran bilik aku. aku google tapi dapat gambar yang betul² kena dengan saiz bilik asal. bezanya, perabot. tiada meja belajar. tiada rak buku. kedudukan pintu, almari dan tingkap memang dah sama. sukalah lakaran ini. kemas dan ringkas.




harapan sajalah. tunggu aku ada duit sendiri nanti, aku beli rumah. kecik pun takpe. janji aku boleh ubah suai interior design rumah tu mengikut citarasa aku. oke. layan gambar lebih best!




korang suka warna apa, ya?

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner