Thursday, August 27, 2009

# 99 - balik kampung!

assalamualaikum ;)

alhamdulillah. hari ini hari ke-7 umat Islam berpuasa. sekejap saja bukan? hmm, hanya tinggal beberapa jam je lagi nak berbuka. macam² menu ada dalam fikiran. walaupun dah seminggu puasa, belum sekali pun aku ke bazar membeli juadah berbuka. maklumlah, jarak hostel ke bazar agak jauh. tak larat kaki melangkah. maka, masakan di kafe jadi pilihan. kalau nak makan sedap, kena tunggu hujung minggu, bila balik rumah. hehe >.<"

tak banyak pilihan makanan kat kafe. apa boleh buat, terima seadanya. aku suka mula berbuka dengan kuih-muih yang manis tapi susah nak dapat kat kafe. aku sangat suka kuih sampan@pelita, kuih cara atau puding caramel ;D sedappp!
minggu ni, plan nak balik kampung. insyaAllah, lepas berbuka petang nanti. hmm. berat hati nak ikut. bukan apa, aku ada banyak assignment dan mid sem exams minggu depan. kalau balik kampung, masa terbazir sepanjang perjalanan. hari Sabtu, mesti keluar ke pekan Sabak Bernam. mesti punya la. kalau kaki nak jalan lagi jauh, boleh sampai Teluk Intan kot. tak pun, terus ke Ipoh melawat adik. belum pernah lagi berbuka dengan dia.

ishh!!! bilanya nak study? mana boleh buat latihan Accounting plak dalam kereta. assignment tu mana nak buat research lagi. bahan yang sedia ada sekarang belum cukup. mana ada coverage internet kat kampung. dush! baju belum dikemas lagi. malaslah. mood tak ada. Isnin cuti tapi still rasa tak cukup masa untuk revise nota. risau betul.

Mid Sem Exams!

3 Sept. 2009 (Khamis)
Islam, Knowledge and Civilization Exam
11.30 am - 12.50 pm

4 Sept. 2009 (Jumaat)
Financial Accounting Fundamentals
2.30 - 5.00 pm

Principles & Pratices of Management
9.00 - 11.30 pm

Assignments:

UNGS Case Study MGT BM (Pelan Perniagaan)

macam mana ni? tak apa. i think, do whatever i've planned. stick to it BUT dun missed everything. dah lama aku tak balik kampung. pasal study tu, pandai²lah. everything is possible if i want it to be. aku MESTI cari masa untuk belajar. kurangkan tidur!

yeay! at last, aku rasa excited nak balik kampung jumpa atuk dan nenek! relieve after writing here. ouh, rasa nak makan dodol la. boleh cari kat kampung ;) hooray!

gtg, peeps! packing my stuffs ~
.tatatititutu.

notahati: playlist baru.
tribute song: Ketika Cinta - Rabbani dan Siti Nurhaliza

1 wut say u?!:

Amidala said...

ida, bukak pose tu dah tuka sabtu pulak. datang taw. sorry i dnt haf ur num lah sayang :)

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner