Saturday, August 8, 2009

# 89 - 1 Malaysia

assalamualaikum, semua!

hari ini aku nak terangkan kepada korang semua tentang konsep 1Malaysia. sebenarnya, aku pun kurang arif dan masih lagi mencuba untuk memahami konsep ini. gara² aku tulis 'salam 1 Malaysia' dalam entri sebelum ini, ada pula yang berminat nak tahu lebih lanjut.

"Ida, macam mana sebenarnya konsep 1 Malaysia ni?"

"apa yang kau faham dengan konsep 1Malaysia? cuba kongsi sikit.."


dush! kena ketuk sekali. huahuahua. tapi takpe. inilah proses pembelajaran namanya ya, kawan². rasanya kalau cikgu tak suruh buat karangan bertajuk 1Malaysia atau lecturer tak minta buat assignment berkaitan konsep ini, memang kita tak teringin langsung nak cari. nak faham pun, rasa macam tak berbaloi. tak mungkin masuk examlah soalan macam ini..ye ke? sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, kita mesti ambil tahu perkembangan semasa. ya, kita ada agenda yang lebih penting nak ditunaikan tapi apalah salahnya kita tingkatkan sedikit ilmu dan pengetahuan umum.
kitalah generasi yang bakal memimpin negara!

eh eh. ini dah macam ucapan bakal presiden plak.
maaf ye, excited nak belajar bersama-sama.
jom pakat baca! ;) baca sampai habis tau.


1 MALAYSIA
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/
Disediakan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu:

  • budaya kecemerlangan
  • ketabahan
  • rendah hati
  • penerimaan
  • kesetiaan
  • meritokrasi
  • pendidikan
  • integiti

1Malaysia:

'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Semoga segala maklumat ini memberi manfaat kepada semua. Tahniah buat mereka yang selesai membaca. Mungkin masih kurang jelas tapi sekurang-kurangnya dapatlah sedikit info yang penting atau pandangan umum tentang konsep ini. Semoga segala agenda negara terlaksana dan membawa impak positif kepada rakyat.

notahati; dah lama tak buat esei Bahasa Melayu. rindunya >.<"

2 wut say u?!:

.Cik Nana. said...

waa..konsep 1 malaysia..rajin ida post camnih..
thanks thanks..
satu info yg menarik~

.idahassan. said...

hehe ;)
ade gk yg ske post mcm ni
thanks for support
nt tggu post merdeka plak yea
HAHAHA

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner