...Bismillahirrahmanirrahim...
Malam tadi tak dapat tidur lena..perut tak sedap..kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Perut masih belum boleh menerima makanan2 pejal, pedas dan bersusu. Saya menjalani hari2 mendatang dengan penuh hati2..jaga pemakanan. Saya dah fobia muntah darah~ tak terdaya lagi rasanya nak melalui pengalaman yang sama. Apa2 pun, penyakit ni buat saya lebih kuat, lebih bersemangat penuh motivasi. Saya dah jumpa apa yang saya cari dan saya rasa Allah S.W.T telah makbulkan segala doa saya. Hikmah di sebalik segala penderitaan yang saya tanggung..terima kasih, ya Allah..
Suatu ketika dulu, saya didiagnosis dengan penyakit Schleroderma [radang sendi]..Saya tak pernah tahu pasal penyakit ni, tak pernah dengar pun..tapi, saya tak ada perasaan langsung. Apa yang saya tahu, saya kena makan ubat..simptom2 penyakit ni pula tak begitu ketara pada mulanya.. masa berlalu dan saya dapati fungsi tangan, sendi dan tubuh badan saya semakin terbatas. Kulit mula melepuh dan bertompok-tompok. Saya sedih sebab saya dah tak lincah macam dulu, tak cantik lagi macam kecik2 [hehe~]..tapi kesedihan saya tak begitu saya layan sebab zaman sekolah menengah yang sibuk buat saya lupa yang saya sebenarnya sakit. Ubat?! Semakin banyak tapi tak makan..[2 la pasal, degil..allergic pd perkataan ubat!!!]
Penyakit saya buat saya terpaksa bergantung pada orang lain untuk urus hidup saya..terima kasih pada semua sahabat2 yang pernah jadi teman sebilik..byk jasa kalian yang tak dapat saya balas. Tak tertulis nama mereka kat sini..terlalu ramai..

Saya ramai kawan tapi tak banyak memori bersama mereka sebab banyak masa saya di sekolah, saya habiskan dalam kelas..buat homework 24jam!!! Pergerakan penulisan saya yang sangat lambat menyebabkan banyak laporan, nota, latihan yang tertangguh..alhamdulillah, semua orang sekeliling faham situasi saya. Saya rapat dengan warden2, guru2, dan semua staff sekolah..saya mudah berurusan dengan mereka..
Saya dah banyak kali masuk wad sebenarnya..tapi inilah kali pertama, saya masuk ICU!!! tak pernah terlintas dalam fikiran nak tinggal dalam ICU..kritikal sungguh keadaan saya masa tu..hampir 3 hari muntah darah berterusan, saya mengalah..badan dah lemah..makanan masuk, muntah tak henti2..maha berat ujian Allah ini..saya fikir, umur saya tak panjang..segala wasiat dah saya titip..minta halal segala makan dan minum..fuhh~ Mama dan abah dah pucat lesi..adik2 hantar sms pd semua kawan mengatakan saya tenat. Pihak sekolah, pihak universiti, sanak saudara..semua dah dimaklumkan. Alhamdulillah, berkat salam dan doa drpd semua, saya masih bertahan..syukur pada Allah S.W.T.
Saya tak putus2 terima salam dan ziarah drpd teman2..terima kasih semua. Saya dapat tahu, pihak sekolah saya [Sekolah Tun Fatimah] ada mengadakan bacaan yaasin dan solat hajat buat saya. Terima kasih semua. Lebih mengejutkan, saya terima kunjungan drpd bekas pengetua STF, Pn. Halimah Shaaban dan rombongan dr STF..Pn. Saidah datang..Guru Fizik [En. Mat Kamil], guru Add Math [Cik Faridah], guru Agama [Ustzh Wan Mahanu] dan semua warden2 yang saya sayang datang..sekali lagi, syukur pada Allah S.W.T. Saya lebih bersemangat sekarang, self-confidence meningkat..sekarang, badan masih lemah..perut saya masih baru untuk proses makanan..saya kembali minum susu macam baby~ hehe!
Sebelum itu, saya nak ucap terima kasih yang tak terhingga [infiniti] pada:
DR. SHAHDAN SHAHID
DR. ISHAK MAS'UD
Staff Hosp. Pakar Al-islam [KBMC]
Abah dan Mama saya [En. Hassan&Pn. Zainon]
Adik2 saya [Amir, Hafiz, Rasyid, Aiman, Izzat, Haziq]
Sanak-saudara, Sepupu
Staffs&Lecturers IIUM Nilai
Warga Desa Tun [Sekolah Tun Fatimah,JB]
Sahabat2 sejati [SKSML, STF, CFSPJ, CFS Nilai, IIUM Gombak]
Chescorulez 0206
Warga kerja KWSP, Jalan Raja Laut
Semua yang mendoakan saya sepanjang saya sakit.
TERIMA KASIH atas segala doa, sokongan moral, nasihat dan buah tangan yang diberikan. Semoga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian semua dan mempermudah segala urusan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~
InsyaAllah, saya akan ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak pada 16 Dis 2008..Doakan pengajian saya. Semoga saya menjadi insan
CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG!!!