Semua orang tidak mahu ditimpa sakit dan keuzuran. Manusia sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk memastikan diri dan keluarga mereka sentiasa sihat. Bagi sesetengah manusia menganggap sakit adalah suatu yang amat buruk dan bencana dalam kehidupan.
Islam sendiri menganjurkan supaya kita berusaha dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dialami dengan pelbagai rawatan dan perubatan asalkan tidak sampai melanggar batas akidah dan syariah.
Dalam masa yang sama, sebenarnya apabila seseorang ditimpa kesusahan berupa kesakitan, kegelisahan dan sebagainya, itu merupakan ujian dari Allah S.W.T untuk menilai setakat manakah hamba-Nya sabar menghadapinya.
Suatu hari seorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan mengadu; Ya Rasulullah, telah habis hartaku namun masih sakit tubuhku.
Maka Nabi bersabda;
"Sesungguhnya Allah S.W.T jika cinta dan sayang kepada hamba-Nya, diuji dengan bala dan bila telah ditimpa bala maka Allah S.W.T memberinya kesabaran."
Oleh itu, berbahagialah kepada sesiapa yang terpilih. Sesungguhnya Allah S.W.T amat cinta dan sayang pada kamu. Terimalah ujian Allah S.W.T ni dengan sabar dan redha. Yakinlah! Allah S.W.T sedang mengangkat darjatmu.






0 wut say u?!:
Post a Comment