Tuesday, November 25, 2008

# 11 - ~Sakit Adalah Penghapus Dosa~

...Bismillahirrahmanirrahim...

Kita adalah manusia yng memiliki 1001 kelemahan dan sering melakukan dosa. Sudah pasti kita akan dibalas dengan pembalasan yang dahsyat di akhirat sekiranya kita tidak memohon ampun kepada Allah S.W.T di dunia.

Fikirkanlah! Kalau kita membilang segala dosa-dosa yang kita lakukan, sudah pasti tidak terhitung banyaknya. Dosa-dosa yang banyak itu kalau tidak diampunkan Allah S.W.T, adakah lagi harapan kita untuk menikmati syurga yang disediakan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh?! Oleh itu, kita kena sentiasa dan setiap masa bertaubat kepada Allah S.W.T supaya segala dosa kita dihapuskan.

Penghapusan dosa oleh Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk termasuk ditimpakan ujian dalam kehidupan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
"Seorang mukmin tidak ditimpa penyakit yang berterusan, sama ada keletihan, kesakitan dan kesedihan sehingga boleh menggelisahkannya kecuali bagi menghapuskan segala dosa-dosanya."

0 wut say u?!:

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner