Duit raya yang saya terima langsung tak saya belanjakan. Selalunya saya simpan dalam Tabung Haji..memang menjadi rutin untuk saya dan adik2 menyimpan duit raya setiap tahun walaupun nilainya kecil..berbeza untuk tahun ni..alhamdulillah, tahun ni saya gabungkan duit raya+duit keuntungan penjualan topup+duit scholarship=RM1430!!! tak percaya saya..semua duit tadi saya masukkan ke dalam akaun SSPN yang baru saya buka Isnin lalu..saya mengimpikan untuk dapat penajaan biasiswa daripada mana2 organisasi untuk pembiayaan pengajian ijazah nanti..tapi saya mesti ada plan B, buka akaun SSPN untuk pinjaman PTPTN sekiranya tak dapat scholarship..hm, saya dengar ada berita tentang duit scholarship extra [scholarship pengajian asasi] yang masuk ke dalam akaun Bank Muamalat..wah!!! Saya belum semak lagi akaun saya..kalau betul, bolehlah saya simpan RM250 tu dalam Tabung Haji..hehe~

Bila dah jadi pelajar IPT ni, baru saya sedar bahawa duit simpanan sangat penting untuk menampung semua perbelanjaan makan minum, buku2, assignment, dll. Kita tak boleh nak harap pada duit parents je..that's why la saya jual topup sem akhir asasi dulu..untung mungkin tak banyak tapi saya puas..sekurang-kurangnya saya cuba bantu parents saya. Dalam masa 4 bulan lebih, saya dapat untung lebih RM100. Syukur..
Terima kasih, Mastereload!!!





