Saturday, July 25, 2009

# 83 - netbook skin

Program menarik di UIAM sepanjang minggu ini ialah E-Fest. Festival yang dianjurkan oleh pelajar2 Econs dengan kerjasama dari pihak luar. Banyak gerai dibuka. Ada mini book fair, PC fair, bazaar, health care check up dan jualan aksesori. Aku rasa lebih tiga kali aku pergi sana. Hari pertama, aku bercadang nak beli buku teks di Book Fair; Accounting, Statistics dan Management. RM79+RM78+RM81= RM238. Terkejut dengar harga buku. Aku beli buku Management dulu. Ting! RM81 selamat dibelanjakan.

Destinasi seterusnya ialah PC Fair. Aku tengok ada antivirus. Sajalah tanya harga. *bukan nak beli pun sebenarnya* Buat muka ingin tahu sikit. Tup tup dapat CD antivirus free. CD trial je tapi free. Dengan kuasa pengguna bijak dan kemahiran pujuk rayu, aku berjaya dapat 2 CD. Tersenyum aku melihat promoter tu geleng kepala. Hehehe.

Aku tertarik dengan printer Canon. RM179. Kalau nak modified untuk jimatkan ink, kena tambah RM59. Aku hanya mampu tertarik sebab tak mampu nak beli. Setelah berkira-kira, kalau aku beli juga printer tu maknanya aku akan kebuluran sepanjang minggu. Kaki terus berjalan ke booth berikutnya. Alamak, ada skin laptop cantiklah.

Puas aku belek2 skin laptop tu. Aku ingat nak beli satu sebab tak pernah ada. Kesian netbook aku tak pakai baju. Dah dapat design menarik, baru aku tanya harga. RM25. Terkedu aku dengar. Letak balik skin tadi kat rak asal, terus beredar ke booth lain.

Mata menangkap satu set barangan bernilai RM25. Pakej untuk 3 item; LCD screen cleaner (spray), keyboard protective film dan cooling pad. Menarik. Disebabkan aku tiada semua barang yang dinyatakan maka, aku dengan nekadnya nak beli. Itu pun, setelah third taught on the second round. Ting Ting! Terbang lagi RM25.

Booth terakhir yang aku singgah pun jual skin laptop juga. Still RM25 tapi brand lain. First booth tadi jenama Hydraskin. Kali ni jenama Vege. Kat sini lebih banyak design yang sangat cantik dan colourful. only 2 copies for each design. Kakak yang jaga booth ni bagi good explaination on how to use the skin. Dia juga offer service untuk tampalkan laptop skin pada laptop. Tanpa ragu2, aku pun beli satu. Ting Ting Ting! RM25 lesap dari purse.

Aku pasang sendiri skin tu kat rumah. Puas aku adjust sana sini. Saiz netbook aku kecik so, kena potonglah. Aku ikut langkah2 yang ada pada casing skin. Slow and steady. Lihatlah hasilnya! Cantik tak??!

.sebelum.

.selepas.

nak tengok lebih banyak design; klik

www.vege.com.my

www.hydraskins.com

Ouh, lupa pula. Laptop ni dah dicuci dengan LCD screen cleaner dan dah pasang keyboard protective film. Berkilat dan bersih seperti baru keluar kilang. Woohoo! Dek kerana perasaan excited dan happy yang extreme, maka terhasillah entry yang sangat panjang ini. Nasib korang la ye. Yang penting, kita enjoy!

# 82 - pesta buah-buahan tempatan @ kenduri

Last week, aku sempat ke kenduri cukur jambul cicit Tok Lang, cucu kepada sepupu abah. Maksudnya, anak kepada dua pupu aku lah kan. *sila buat2 faham* Mula2 rasa agak malas nak pergi sebab petang tu aku nak kena balik kampus dan barang2 belum dikemas lagi. Kalau aku ikut pula, bertambahlah kerja. Nak kena gosok baju kurung dan tudung untuk ke kenduri, nak bersiap-siap bagai. Alahai. Betapa malasnya aku. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya aku ikut sebab aku yakin akan dapat makan tengah hari special. Kalau ada jodoh, dapat jumpa pakcik, makcik dan sepupu2 aku kalau diorang datang.

Macam biasa, ayat yang akan abah ulang, “Kalau nak ikut, buat cara nak ikut. Kalau nak tinggal, buat cara nak tinggal”. Maka aku dengan malasnya, pergi mandi dan bersiap-siap. Pukul 12 tengah hari kitorang pun sampai di Shah Alam. Majlis cukur jambul baru je selesai. Tak sempatlah nak join. Kami bersalaman dengan tuan rumah dan sepupu2 abah.

*terjah sampai ke belakang rumah*

Tiba2 ternampak Tok Lang, sedang mengopak durian. Tok Lang pun ajak makan sekali. Pucuk dicita, ulam mendatang. Favourite tu. Mana boleh tolak. Majlis kenduri dah bertukar jadi pesta buah-buahan tempatan kat belakang rumah. Mana taknya, bukan durian je, manggis ada, cempedak ada. Makcik2 kat dapur sibuk menggoreng cempedak. Begitu murah rezeki kami.

Lepas makan buah, Tok Lang ajak makan nasi pula. Sebenarnya aku dah kenyang makan buah2 tadi tapi melihat kepada menu yang agak menarik, aku pun nak jamah sikit. Selesai makan, baru teringat yang kitorang ni sebenarnya dijemput ke kenduri cukur jambul. Fokus sepatutnya pada baby yang diraikan. Kitorang pun masuk ke dalam rumah dan tengok ada buaian. Buaian sikit punya cantik. Class gitu. Aku pun sempatlah snap pic baby ni. Comel sungguh.

Friday, July 24, 2009

# 81 - PTPTN oh PTPTN

seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah keluar dari bilik menuju ke tempat perhentian bas. pukul 7.45 pagi, bas sampai. memang aku bercadang nak sampai awal kat Dewan Auditorium sebab aku tahu mesti ramai orang. sebelum tu, aku singgah dulu kat Student Activities Department (STAD) untuk dapatkan signature saksi penjamin. staff department tu senyum je tengok muka aku. ye la, pagi² buta dah terjah department diorang. "officer pun tak datang lagi, dik". ah, tak kisah la. aku tunggu gak. ade la dalam 10 minit, tiba² ade seorang *kakak yang tegur. "nak jumpa siapa ye?". aku pun senyum sambil jawab, "nak jumpa officer untuk dapatkan tandatangan pengesahan". "jom masuk bilik saya".*ingatkan kakak kerani tadi* alhamdulillah. ada jugak officer yang datang awal hari ini.

selesai satu kes. aku pun dah ready semua dokumen. lengkap rasanya; sijil² cukup. borang dah disahkan. setem hasil dah dimatikan (bercop). maka dengan bersemangatnya, aku terus ke Dewan Auditorium dan tiba sekitar jam 8.15 pagi. seperti yang diharapkan, aku dapat giliran awal dan dapat seat paling depan dalam dewan. giliran ke 6!!! sementara tu, sempat lagi semak borang sambil tengok borang orang sebelah. dewan dah mula penuh. jam 9 pagi, taklimat bermula. hanya taklimat ringkas. peringatan untuk pengesahan penjamin dan saksi, setem hasil, susun atur borang dan sijil sekali dengan perubahan maklumat. aku punya lengkap dah. dimaklumkan ada lebih 700 pemohon yang akan serah borang di UIA. pemohon dari kampus sekitar UIA juga akan datang hari ini.

tanpa buang masa, semakan dan penyerahan borang kepada wakil PTPTN pun mula. ada 6 orang pegawai pagi tu dengan seorang lagi ketua. maknanya ada 5 kaunter yang dibuka, dan 1 kaunter untuk pertanyaan. entah kenapa aku rasa tak sedap hati pula. borang orang sebelum aku kena reject! aduh. aku tak pasti kenapa. then, ada seorang lagi kena edit borang dia sebab guna pen biru. alahai. aku tengok kaunter pertanyaan dah mula sesak. aku dah kelam-kabut.

tiba giliran aku: 1008. aku pun pergilah ke kaunter 6. pegawai tu pun check sehelai demi sehelai. tiba² dia kata, "pegawai KWSP tak boleh sahkan borang". erk. aku dah terdiam. aku memang guna saksi pegawai KWSP sebagai saksi pelajar. aduh. aku tanya, "kenapa pula tak boleh?". pegawai tu jawab, "sebab KWSP ni bukan agensi penuh kerajaan". pastu, dia tanya ketua. ketua dia pun cakap tak boleh. dush. aku terdiam sebab memang sijil² aku pun disahkan oleh pegawai KWSP a.k.a ayah aku la.

lebih sengal lagi bila aku tanya pasal kursus aku yang tersilap tu. actually, bukan tersilap. memang aku yang klik kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat sebab aku dah apply kursus ni dari semester lepas lagi dengan harapan mendapat kelulusan dari pihak UIA sebelum aku mula semester baru. malangnya, borang aku belum diproses dan status aku masih sah sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan. maka, dengan automatiknya borang permohonan pinjaman PTPTN aku tidak sah dan diREJECT tanpa belas kasihan. ouh, betapa aku sedih time tu. tak tahu nak cakap macam mana lagi.

untuk menyedapkan hati lagi, aku tanya pada ketua pegawai tu, "kalau saya minta pengesahan dari pihak UIA yang menyatakan saya memang nak tukar kursus, boleh tak?". ketua tu cakap, "maaflah, dik. memang tak boleh nak tolong. lainlah kalau awak dah sah tukar kursus. awak kena mohon yang baru. ambil borang ni. maksudnya awak kena tolak dulu permohonan ni kemudian mohon yang baru". hmm. aku sedih gile!

aku nekad nak pergi Admission and Record Department (A&R) untuk tanya status permohonan tukar kursus tu. aku nak jumpa Sr. Khairunnisa tapi dia tengah oncall. dia minta nama dan matric no. aku kena tunggu kat luar. then, Sr. Khairunnisa call ke kaunter dan cakap dengan aku, "approved. cuba check surat kat rak kaunter". wah!!! aku kembali ceria. kalau dah approved, ada harapan untuk PTPTN. aku minta kakak yang jaga kaunter tolong cari surat aku. cari punya cari, surat aku takde. aku dah pelik, approved ke tak ni? kakak tu masuk dalam office, tanya pada Sr. Khairunnisa. tiba² dia keluar dan cakap, "borang awak belum proses". huh! harapan palsu. habis bila nak prosesnya?. semester depan la jawabnya.

aku tak faham macam mana diorang ni buat kerja. slow la *aku cuba mengawal diri daripada menggunakan bahasa² makian* tolonglah cepat sikit. aku bayar tau untuk tukar kursus ni. RM100 *duit abah. dari sem lepas lagi aku apply. sampai bila aku kena tunggu. kelewatan ni betul² membawa masalah kat aku. masalah subjek yang aku nak belajar. masalah kuliyyah jauh. masalah PTPTN. haih.

permohonan PTPTN kelompok 2 dah tutup. nak kena tunggu semester depan, baru boleh apply semula. JPA bila nak keluar keputusan??!

notahati: aku bosan menanti. penantian suatu penyeksaan!!!

Friday, July 17, 2009

# 80 - transport

.dis is my course schedule for current semester.
  • class starts at 10.00 am everyday
  • 5 subjects with 14 contact hours
  • evening class on Tuesday and Thursday only
  • NO class on Friday ;D
after a week adjusting myself to da schedule, i find dat i just cant bear da tiredness along da day. it's not about da class but its venue. Kuliyyah Economics and Management Sciences (KENMS) is about 20 minutes from my mahallah and it takes me about 30 minutes to walk with my condition. urrgghh! then, i get to rush up to Kuliyyah of Engineering for Islamic Worldview class within 10 minutes before da lecture start. and surely, i will have to carry all thick text books along da way. OMG! just cant imagine how chaos i will in da coming weeks.

i'm thinking of some solutions. i may ride on bus but yet i still have problems. i cant manage to get into bus with those books in my hands. perhaps i need to bring my school bag again. wooooh~
another thing, i need to be more careful. people might accidentally pull or hit me when da bus is full. ouh, how weak i am. lastly, i must aware to da time of bus arrival. i need to be punctual and wait patiently. if i'm late, prepare myself to walk.

next, i can ride a taxi BUT am i too rich to pay for da cost?! dis will be da last choice if i cant get da bus or i dont want to walk. if someone offers me to ride in his/her car, i'll SURELY agree without complain. however, none of my friends have a car yet.

p/s: i wish i get abah's approval to get a driving license. he's too worry to allow me driving by my own. for me, i dun think i'm brave enough but i really need a transport for da time being.

double p/s: when i will get approval to change to ICT?

triple p/s: i want to buy new text books. still considering bout da price.


last p/s: my interest to blogging has fade away. it full of craps lately. plus, i dun have many followers anyway. why dont i say goodbye...

Wednesday, July 15, 2009

# 79 - campus life

wah!!! rindunye kat blog ni. lama tak jengah ke sini. maklumlah, sibuk dengan campus life yang baru. betul, tak tipu. lagipun, ada sedikit masalah dengan wireless connection. susah betul nak online sekarang. maaflah kalau ada comment yang lambat berbalas ye.

hari ini masuk hari ke tiga kelas bermula. alhamdulillah, segalanya nampak lancar. semester ini, aku ambil 5 subjek dengan 14 credit hours. rasa macam sikit sahaja berbanding dengan kawan² yang lain. diorang ambil banyak subjek sebab nak selesaikan kuliyyah required courses supaya boleh buat major degree. aku? masih menanti permohonan untuk tukar ke bidang ICT diluluskan. maka, aku hanya mengambil subjek² yang mesti diambil oleh kedua-dua program iaitu ENM dan ICT sebagai langkah selamat. subjek² bertuah yang menjadi pilihan adalah;

Foundation Accounting Fundamentals (ACC 1001)

Principles and Practices of Management (MGT 2010)

Statistical Methods (ECON 1140)

Islam, Knowledge and Civilization (UNGS 2040)

Bahasa Melayu Komunikasi (LM 2015)

Sebenarnya aku ingat nak tambah beberapa subjek lagi tapi kebanyakan section closed. perlu add subjek secara manual. seperti prosedur biasa, kaedah ini memerlukan kesungguhan di mana aku kena ambil borang dari department yang berbeza mengikut subjek. kemudian, aku perlu mendapatkan tandatangan lecturer yang berkenaan sebagai tanda persetujuan aku diterima masuk ke section tersebut. akhir sekali, dapatkan pengesahan daripada Head of Department. walaubagaimanapun, kesungguhan itu belum ada. nak kena bertapa dululah nampaknya.

masalah lain yang menyerabutkan kepala ketika ini ialah buku² teks. aku berkira-kira nak beli buku teks edisi baru tapi aku rasa macam membazir pula sebab masih boleh pinjam atau beli second-hand book daripada kawan². mungkin buku itu edisi lama tapi tetap boleh digunakan. lecturers pun tak kisah guna buku yang mana asalkan boleh dirujuk. entahlah. aku dilema. kalau boleh, aku prefer beli buku sendiri sebab boleh tulis atau highlight mengikut rasa hati sendiri. aku tahu, buku itu mahal dan tak berbaloi kalau nak guna satu semester je. maka, aku decide untuk jual buku itu akhir semester ini. mesti ada yang nak belikan? aku yakin, buku itu masih dalam keadaan baik kesudahannya.

isu PTPTN. ini pun satu hal juga. alhamdulillah, permohonan pinjaman dah pun lulus tetapi aku belum buat keputusan nak terima atau tolak tawaran ini. masih menanti tawaran daripada JPA dan biasiswa yang lain. kalau boleh, aku nak elak berhutang dengan PTPTN. mengikut pandangan kawan², terima dulu tawaran PTPTN. kalau bertuah dapat biasiswa JPA, pihak JPA akan bayar jumlah pinjaman daripada PTPTN. aku fikir elok juga kalau macam tu. apa yang penting, baca segala syarat² yang termaktub dalam perjanjian sebelum tandatangan apa² kontrak. hm..bila boleh semak status permohonan biasiswa JPA? sebulan selepas tarikh tutup.

setakat hari ini, kebanyakan kelas dah pun mula kecuali kelas UNGS dan BM. Lecturers belum masuk mengajar. alhamdulillah, aku bersyukur. bagi subjek² core courses, aku dapat lecturers tempatan, maksudnya orang Malaysia. hanya seorang saja lecturer asing. Sir Osman AbdulKerim untuk subjek Management. dia seorang lecturer part-time yang sedang buat phD. harap² aku dapat sesuaikan diri dengan suasana baru ini. classmates pula ramai orang baru dan masih dalam proses suai kenal.

paling best untuk semester ini ialah kawan². kami memang pantang jumpa, mesti nak bergambar;D

.dinner at Hafsa Cafe.
leftside: Ida, Fizah, Wani
rightside: Umai, Hana, Nana


.lunch at Evoke Cafe.
leftside: Zati and Ida
rightside: Nana and Imah


OKlah. nak bloghoping. bye².

hug and kiss,


Friday, July 10, 2009

# 78 - bandgirl @ PKBML?

bismillahirrahmanirrahim

Salam hari Jumaat, semua!

sebelum mula bercerita apa², aku nak ucap sesuatu terlebih dahulu.
sila beri perhatian penuh. fokus okay???

Ucapan ini khas buat Abah.
*bagi chance la letak picha ensem sket*
- NOT available-
HAHAHA
Abah,

Wish you ALL THE BEST for today's interview ya!!! i noe you'll beat the rest.
insyaAllah, you'll get wut you want as you had worked hard for it all this while.
you deserve it. may Allah bless you. GOOD LUCK ;))


p/s: abah, can i apply for additional allowance now??! HAHAHAHA
notahati:
abah ada interview untuk naik pangkatlah.
mari berdoa bersama² untuk kejayaan Abah ye, kawan².


okay. only 2 days left before next semester begin. totally not prepare yet. baju² belum dikemas, buku² belum berusik. plus, lots of things i need to buy. must have perhaps. ouh, i'm juz to lazy to start packing and get everythin' done. plis² help me ;D

ouh, baru saje tonton video dari blog Raja Arina Safra. ape lagi kalo bukan marching band. how i miss the old days when i was at teen ages in STF. although i'm not a band girl, i proud to admit dat i love to see their performance. ada tarian lagi auww.

it's somethin' to be proud of to be a bandgirl. masa aku baru masuk ke STF dulu, aku sangat kagum melihat mereka dengan uniform yang smart dan topi yang ada bulu ayam warna kuning tu. pergh! mantap. tambah pula bila tengok mereka berjalan dengan instrument masing². tegak je jalan dalam barisan.

betapa aku teringin nak masuk band masa tu tetapi like the old man said; no pain no gain. aku rasa aku tak mampu nak jadi seorang bandgirl. sesi latihan yang padat petang dan malam, kena denda lagi..tak sanggup. tahniah pada mereka yang berjaya melepasi halangan² mencabar. aku tabik! jom layan video ini.


lagi satu badan beruniform yang berjaya di STF ialah Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut PKBM (L). masa aku junior dulu, aku pernah admire seorang kakak ini. dia batch 9903. aku rasa tahun inilah marching paling smart sekali selain Chesco. *ecece, aku puji ni* walaupun diorang berjemur tengah panas, kulit gelap tapi diorang tetap maintain cun. badan slim je. marching sangat smart. rentak seragam. perempuan pun tahu berkawad okayy!

sama macam bandgirls. kadet juga perlu stamina yang tinggi dan komitmen yang penuh. mereka punya latihan kawad setiap hari. push up. star jump. byk lagi..bukan mudah untuk jadi seorang kadet. ada ujian kelayakan ye, kawan². kalau tidak mengikut standard, tak boleh masuk. persatuan ini hanya terbuka untuk tingkatan 4 dan 5 sahaja. ouh, mari layan video mereka.




hug and kiss,

# 77 - final touch

yeay²!!!
mission accomplished.
finally, i got to change my blog layout again. finished. malas dah nak tukar lagi. penatlah.

"tade siapa pun yang suruh kau tukar layout berkali-kali, Ida. kau yang mengade-ngade nak ubah sana sini. padan muka."

aku pun tapaham kenapa aku sangat beriya-iya nak tukar layout yang baru kali ini. mungkin nak dapatkan inspirasi setiap kali menulis blog. maklumlah, semester baru dah nak mula. jadi, aku perlukan semangat dan suasana yang baru.

*1st layout yang menarik perhatian*

"...tapi kenapa mesti pilih pink?! tade warna lain ke hape? bukan kau minat warna-warni ke?..."

haa..ini lagi satu dilema. seboleh-bolehnya aku cuba untuk elak dari pilih layout pink tapi semakin aku lari, semakin banyak pulak layout pink yang aku jumpa. aku cuba oke. sebelum ini pun, aku guna layout music bar yang colourful tu. tapi, setelah banyak kekurangan yang dihadapi, maka aku bertekad untuk tetap tukar layout yang baru. lebih malang lagi, bila aku pilih layout pink ini untuk tontonan umum. bagi mereka yang geli-geleman dengan warna pink, alergik atau apa jua perkataan yang sewaktu dengannya, redha je la ye. cuba sesuaikan diri dengan keadaan. apa yang penting, selesa.

tetap tapuas hati?!
hah. nak kena tembak sedas dua?!
rungutan anda tidak akan dilayan. dush!


Dear Srikandis,

We have confirmed the dates for the above. Pls war2kan to ur batch e-group.

Tentative programme:

11th July:
Sat am - travelling, own transport. Check in Seri Malaysia.
3-5pm - unmasking the mind to school players, runners; ie sports girls.
3-5pm - dialogue with STF executives.
6.30pm - dinner with STFians.


12th July:
8-10am - motivational talk by kak Fatanah.
11-1pm - break-ups for career talks. {we need volunteers: doctors, engineers, businesswomen, architects, lawyers, etc. the more the merrier.}
1.30pm - lunch with STFians
4-5pm - games: STF vs Srikandis.
>6pm - own time.

Pls war2kan to all srikandis. Galakkan participation.
Any queries, pls call;

SK72 CikNa - 012 229 3562
SK74 Dalina - 019 330 3154
SK90 Harsa - 012 282 1553
SK74 Wardah - 019 318 5870

Rgds,
SK72 Mek Yam Jusoh, 019 288 3300

*SK - srikandi. refers to alumni, girls' of STF

notahati: ouh, rindunya nak balik STF. aku yakin ramai Chesco yang akan turun JB dis weekend. i dun think i can join u guys :(

Tuesday, July 7, 2009

# 76 - berakhir sebuah penantian

bismillahirrahmanirrahim

setelah berhari² blog ni diprivatekan, akhirnya ia kembali bersama-sama penampilan baru. berkali² aku tukar layout ni. semua tak kena dengan citarasa. serius aku penat. hampir putus asa mungkin. bukan untuk terus bermain dengan coding² html yang pelik tapi kerana hilang semangat. kalau dulu, buka je blog ni aku dapat rasa ketenangan. aku suka tengok blog aku. layout warna lembut, widget² yang berfungsi dengan baik, tulisan yang berwarna-warni, gambar² yang tersusun. semua ini cukup untuk buat aku kagum dengan diri sendiri. aku buat blog bukan sekadar nak menulis, tapi aku belajar untuk ubah kod² html. walaupun masih di peringkat asas, sekurang-kurangnya aku belajar suatu ilmu yang baru.

sebenarnya banyak layout yang cantik dan mudah untuk digunakan. entah kenapa hati aku tak berkenan. mungkin semua tak menepati ciri² layout idaman aku. aku rasa simple je ciri² yang aku tetapkan:

1. background:
kalau boleh nak gelap.

2. sidebar:
aku tertarik dengan 3 column sidebars.
priority pada layout yang ada sidebar di bahagian kiri dan kanan. boleh letak banyak widget.


3. warna:
mahu colourful.
membangkitkan mood dan suasana ceria.


4. konsep:
layout mesti sesuai dengan nama blog 'Melodies of Heart'.


setelah beratus pencarian dan penilaian, inilah kesudahannya. suka atau tidak terpulang pada individu. aku selesa singgah di sini. berbeza dan unik. apa yang penting, aku berpuas hati dengan hasil kerja aku :)

**************************************

korang pernah rasa keliru?! keliru dengan diri sendiri. inilah dilema yang mengganggu aku. aku sedang cari diri aku yang sebenarnya. aku keliru. aku yang dulu dan aku yang sekarang berbeza. aku rasa kehilangan. ketidaksempurnaan. aku cari kenikmatan yang aku pernah rasa suatu ketika dulu. nikmat iman dan islam.

ya Allah, redhai ketulusan hati.
ya Allah, beri aku kesempatan.
ya Allah, aku sanggup berkorban.
demi rahmatMu, ya Allah..


**************************************

result dah keluar. sepatutnya aku gembira sebab inilah saat yang aku tunggu² sejak awal semester lagi. keputusan peperiksaan sem pertama untuk Ijazah Sarjana Muda. aku berkobar-kobar nak dapatkan 4.0 pointer untuk semester pendek ni. aku kerja keras dan belajar sungguh². aku bertapa dalam library seharian. walaupun balik rumah setiap minggu, aku tetap buka buku. aku prepare awal untuk final exam. akhirnya...

agak terkejut dengan keputusan yang keluar. sedikit sedih kerana tidak mencapai sasaran. mungkin harapan itu terlalu tinggi tapi aku meletak target berdasarkan kemampuan diri. ada keraguan dalam hati tentang pemarkahan sebab soalan agak mudah tapi ramai yang tidak score A. walaubagaimanapun, alhamdulillah, aku bersyukur dengan keputusan aku. mantapkan usaha pada sem depan.

p/s: sembuhkanlah penyakitku, ya Allah..
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner