Wednesday, July 15, 2009

# 79 - campus life

wah!!! rindunye kat blog ni. lama tak jengah ke sini. maklumlah, sibuk dengan campus life yang baru. betul, tak tipu. lagipun, ada sedikit masalah dengan wireless connection. susah betul nak online sekarang. maaflah kalau ada comment yang lambat berbalas ye.

hari ini masuk hari ke tiga kelas bermula. alhamdulillah, segalanya nampak lancar. semester ini, aku ambil 5 subjek dengan 14 credit hours. rasa macam sikit sahaja berbanding dengan kawan² yang lain. diorang ambil banyak subjek sebab nak selesaikan kuliyyah required courses supaya boleh buat major degree. aku? masih menanti permohonan untuk tukar ke bidang ICT diluluskan. maka, aku hanya mengambil subjek² yang mesti diambil oleh kedua-dua program iaitu ENM dan ICT sebagai langkah selamat. subjek² bertuah yang menjadi pilihan adalah;

Foundation Accounting Fundamentals (ACC 1001)

Principles and Practices of Management (MGT 2010)

Statistical Methods (ECON 1140)

Islam, Knowledge and Civilization (UNGS 2040)

Bahasa Melayu Komunikasi (LM 2015)

Sebenarnya aku ingat nak tambah beberapa subjek lagi tapi kebanyakan section closed. perlu add subjek secara manual. seperti prosedur biasa, kaedah ini memerlukan kesungguhan di mana aku kena ambil borang dari department yang berbeza mengikut subjek. kemudian, aku perlu mendapatkan tandatangan lecturer yang berkenaan sebagai tanda persetujuan aku diterima masuk ke section tersebut. akhir sekali, dapatkan pengesahan daripada Head of Department. walaubagaimanapun, kesungguhan itu belum ada. nak kena bertapa dululah nampaknya.

masalah lain yang menyerabutkan kepala ketika ini ialah buku² teks. aku berkira-kira nak beli buku teks edisi baru tapi aku rasa macam membazir pula sebab masih boleh pinjam atau beli second-hand book daripada kawan². mungkin buku itu edisi lama tapi tetap boleh digunakan. lecturers pun tak kisah guna buku yang mana asalkan boleh dirujuk. entahlah. aku dilema. kalau boleh, aku prefer beli buku sendiri sebab boleh tulis atau highlight mengikut rasa hati sendiri. aku tahu, buku itu mahal dan tak berbaloi kalau nak guna satu semester je. maka, aku decide untuk jual buku itu akhir semester ini. mesti ada yang nak belikan? aku yakin, buku itu masih dalam keadaan baik kesudahannya.

isu PTPTN. ini pun satu hal juga. alhamdulillah, permohonan pinjaman dah pun lulus tetapi aku belum buat keputusan nak terima atau tolak tawaran ini. masih menanti tawaran daripada JPA dan biasiswa yang lain. kalau boleh, aku nak elak berhutang dengan PTPTN. mengikut pandangan kawan², terima dulu tawaran PTPTN. kalau bertuah dapat biasiswa JPA, pihak JPA akan bayar jumlah pinjaman daripada PTPTN. aku fikir elok juga kalau macam tu. apa yang penting, baca segala syarat² yang termaktub dalam perjanjian sebelum tandatangan apa² kontrak. hm..bila boleh semak status permohonan biasiswa JPA? sebulan selepas tarikh tutup.

setakat hari ini, kebanyakan kelas dah pun mula kecuali kelas UNGS dan BM. Lecturers belum masuk mengajar. alhamdulillah, aku bersyukur. bagi subjek² core courses, aku dapat lecturers tempatan, maksudnya orang Malaysia. hanya seorang saja lecturer asing. Sir Osman AbdulKerim untuk subjek Management. dia seorang lecturer part-time yang sedang buat phD. harap² aku dapat sesuaikan diri dengan suasana baru ini. classmates pula ramai orang baru dan masih dalam proses suai kenal.

paling best untuk semester ini ialah kawan². kami memang pantang jumpa, mesti nak bergambar;D

.dinner at Hafsa Cafe.
leftside: Ida, Fizah, Wani
rightside: Umai, Hana, Nana


.lunch at Evoke Cafe.
leftside: Zati and Ida
rightside: Nana and Imah


OKlah. nak bloghoping. bye².

hug and kiss,


0 wut say u?!:

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner