Last week, aku sempat ke kenduri cukur jambul cicit Tok Lang, cucu kepada sepupu abah. Maksudnya, anak kepada dua pupu aku lah kan. *sila buat2 faham* Mula2 rasa agak malas nak pergi sebab petang tu aku nak kena balik kampus dan barang2 belum dikemas lagi. Kalau aku ikut pula, bertambahlah kerja. Nak kena gosok baju kurung dan tudung untuk ke kenduri, nak bersiap-siap bagai. Alahai. Betapa malasnya aku. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya aku ikut sebab aku yakin akan dapat makan tengah hari special. Kalau ada jodoh, dapat jumpa pakcik, makcik dan sepupu2 aku kalau diorang datang.
Macam biasa, ayat yang akan abah ulang, “Kalau nak ikut, buat cara nak ikut. Kalau nak tinggal, buat cara nak tinggal”. Maka aku dengan malasnya, pergi mandi dan bersiap-siap. Pukul 12 tengah hari kitorang pun sampai di Shah Alam. Majlis cukur jambul baru je selesai. Tak sempatlah nak join. Kami bersalaman dengan tuan rumah dan sepupu2 abah.
*terjah sampai ke belakang rumah*
Tiba2 ternampak Tok Lang, sedang mengopak durian. Tok Lang pun ajak makan sekali. Pucuk dicita, ulam mendatang. Favourite tu. Mana boleh tolak. Majlis kenduri dah bertukar jadi pesta buah-buahan tempatan kat belakang rumah. Mana taknya, bukan durian je, manggis ada, cempedak ada. Makcik2 kat dapur sibuk menggoreng cempedak. Begitu murah rezeki kami.
Lepas makan buah, Tok Lang ajak makan nasi pula. Sebenarnya aku dah kenyang makan buah2 tadi tapi melihat kepada menu yang agak menarik, aku pun nak jamah sikit. Selesai makan, baru teringat yang kitorang ni sebenarnya dijemput ke kenduri cukur jambul. Fokus sepatutnya pada baby yang diraikan. Kitorang pun masuk ke dalam rumah dan tengok ada buaian. Buaian sikit punya cantik. Class gitu. Aku pun sempatlah snap pic baby ni. Comel sungguh.






0 wut say u?!:
Post a Comment