
pernah lihat wang kertas RM50 ni? wang kertas ni edisi khas sempena Sukan Komanwel 1998. wang kertas ni hanya dikeluarkan untuk koleksi sahaja. seingat aku, abah pernah bawa balik 2 keping, Bank Negara bagi. teruja tengok sebab cantik. warna emas. masa tu, umur baru 11 tahun. maklumlah, tak pernah merasa pegang duit besar. kalau dapat RM5 pun, dah ucap terima kasih beratus kali sambil tersengih-sengih.
eh eh. kita nak kaji wang kertas baru kan? haa. inilah rupa wang kertas RM50 siri keempat.
klik untuk lihat lebih jelas
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.
Reka bentuk baru wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat.

- Ciri keselamatan dipertingkat bagi reka bentuk baru wang kertas RM50 termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah yang menggantikan benang keselamatan sedia ada dan tertanam di dalam kertas.
- Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan.
- Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau dan sebaliknya.
menarik bukan? tidak?! ah. tak kisahlah. janji aku puas hati sebab ada benda yang boleh aku kongsi dalam blog ini. aku pasti ada kawan² lain yang terlepas pandang isu ini.
ouh ya. memandangkan wang kertas ini masih baru, ada segelintir peniaga yang belum dapat terima penggunaannya, terutama orang Indonesia. kurang pendedahan agaknya diorang ini. kita pula dianggap penipu, mencipta wang kertas baru. hahaha ;) maafkan je la.






0 wut say u?!:
Post a Comment