Tuesday, July 7, 2009

# 76 - berakhir sebuah penantian

bismillahirrahmanirrahim

setelah berhari² blog ni diprivatekan, akhirnya ia kembali bersama-sama penampilan baru. berkali² aku tukar layout ni. semua tak kena dengan citarasa. serius aku penat. hampir putus asa mungkin. bukan untuk terus bermain dengan coding² html yang pelik tapi kerana hilang semangat. kalau dulu, buka je blog ni aku dapat rasa ketenangan. aku suka tengok blog aku. layout warna lembut, widget² yang berfungsi dengan baik, tulisan yang berwarna-warni, gambar² yang tersusun. semua ini cukup untuk buat aku kagum dengan diri sendiri. aku buat blog bukan sekadar nak menulis, tapi aku belajar untuk ubah kod² html. walaupun masih di peringkat asas, sekurang-kurangnya aku belajar suatu ilmu yang baru.

sebenarnya banyak layout yang cantik dan mudah untuk digunakan. entah kenapa hati aku tak berkenan. mungkin semua tak menepati ciri² layout idaman aku. aku rasa simple je ciri² yang aku tetapkan:

1. background:
kalau boleh nak gelap.

2. sidebar:
aku tertarik dengan 3 column sidebars.
priority pada layout yang ada sidebar di bahagian kiri dan kanan. boleh letak banyak widget.


3. warna:
mahu colourful.
membangkitkan mood dan suasana ceria.


4. konsep:
layout mesti sesuai dengan nama blog 'Melodies of Heart'.


setelah beratus pencarian dan penilaian, inilah kesudahannya. suka atau tidak terpulang pada individu. aku selesa singgah di sini. berbeza dan unik. apa yang penting, aku berpuas hati dengan hasil kerja aku :)

**************************************

korang pernah rasa keliru?! keliru dengan diri sendiri. inilah dilema yang mengganggu aku. aku sedang cari diri aku yang sebenarnya. aku keliru. aku yang dulu dan aku yang sekarang berbeza. aku rasa kehilangan. ketidaksempurnaan. aku cari kenikmatan yang aku pernah rasa suatu ketika dulu. nikmat iman dan islam.

ya Allah, redhai ketulusan hati.
ya Allah, beri aku kesempatan.
ya Allah, aku sanggup berkorban.
demi rahmatMu, ya Allah..


**************************************

result dah keluar. sepatutnya aku gembira sebab inilah saat yang aku tunggu² sejak awal semester lagi. keputusan peperiksaan sem pertama untuk Ijazah Sarjana Muda. aku berkobar-kobar nak dapatkan 4.0 pointer untuk semester pendek ni. aku kerja keras dan belajar sungguh². aku bertapa dalam library seharian. walaupun balik rumah setiap minggu, aku tetap buka buku. aku prepare awal untuk final exam. akhirnya...

agak terkejut dengan keputusan yang keluar. sedikit sedih kerana tidak mencapai sasaran. mungkin harapan itu terlalu tinggi tapi aku meletak target berdasarkan kemampuan diri. ada keraguan dalam hati tentang pemarkahan sebab soalan agak mudah tapi ramai yang tidak score A. walaubagaimanapun, alhamdulillah, aku bersyukur dengan keputusan aku. mantapkan usaha pada sem depan.

p/s: sembuhkanlah penyakitku, ya Allah..

0 wut say u?!:

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner