juz got dis message through friendster email. i didn't noe who was da sender. no pic at all. he/she used "4" as nick. i tried to click and found dat "This user's profile is not available." huh?! and it's not a forward message. sumthing to be curious, rite?!
mybe it's juz a prank
ouh, such a sweet joke!
~ read to ponder ~
----------------------------------------------------------
Jika kamu memancing ikan
dan ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu
atau mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah dia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu
Jika kamu menadah air, biarlah berpada
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu
..mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain
jangan terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
..kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu,
..menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain
jangan terlalu mengejar kesempurnaan
kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
..kamu juga yang akan menyesal..
notakaki: ak yg perasan kot. what u think?!






3 wut say u?!:
ayat2 ni wat nana sedih la ieda..
huuu.banyak makna ayat2 tuh..
:)
Nana, we have a long way to go.
Let bygone be bygone.
Make it as an experience dat can bring u reminders. Allah knows da best!
btuL tue.. :)
btw ida..
sye copy that sentence.. & post it to my blog..
bleh??? :)
hope u dUn mind..
Post a Comment