Friday, August 7, 2009

# 87 - apa kata survey ??!!!

ohoho!
apa kata survey ??!!!

anda nampak sesuatu yang baru?!
*baca ikut gaya kartun Diego Go*

ya! ada sesuatu yang baru ;)

anda tahu apa yang anda harus lakukan?!

ya! jawab survey.

bagus =)

to all readers, sila jawab poll di bahagian sebelah kanan blog oke
i juz wanna analyse da shortcomes of dis blog
need some changes n improvements
so, plis SUPPORT yep
ur effort is much appreciated!
thanks a lot

p/s: dun forget to fill in da FOLLOWER box!

Wednesday, August 5, 2009

# 86 - Nisfu Sya'aban

Malam ini, hari Rabu malam Khamis (iaitu sebaik saja masuk waktu Maghrib) tibalah hari yang dipanggil Nisfu Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, seterusnya berazam untuk memperbaiki diri untuk catatan yang baru.

Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 14 Syaaban. Pada waktu itu, mengikut perkitaan Islam, masuklah hari yang ke-15 Syaaban.

Berikut adalah antara amalan ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

Solat Sunat
Selepas solat Maghrib, dirikan solat sunat nisfu Syaaban 2 rakaat;
a) rakaat 1 - baca al-Fatihah & surah al-Qadr 1x
b) rakaat 2 - baca al-Fatihah & surah al-Ikhlas 3x

Baca Yasin
Membaca surah Yasin 3x selepas solat Maghrib;
a) selepas Yasin pertama - bacalah doa untuk memohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
b) selepas Yasin kedua - mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
c) Selepas Yasin ketiga - mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman serta memohon segala yang baik-baik.

Lain-Lain
a) Beristighfar 11x
b) Berselawat 11x
c) Baca doa nisfu Syaaban
d) Baca surah al-Ikhlas 1000x
e) Berpuasa pada siangnya

Renung²kan dan Selamat Beramal! ;)

Friday, July 31, 2009

# 85 - Wang Kertas RM50 Siri ke-4

gara² dah lama tak baca surat khabar, aku jadi kurang maklum dengan kewujudan wang kertas RM50 yang baru. maaf ye. agak ketinggalan sedikit. lagipun, wang kertas ini belum meluas lagi penggunaannya. rasanya, mungkin ada yang dah tahu tapi belum pernah melihat dan meneliti wang kertas baru ni. mari mengkaji!


pernah lihat wang kertas RM50 ni? wang kertas ni edisi khas sempena Sukan Komanwel 1998. wang kertas ni hanya dikeluarkan untuk koleksi sahaja. seingat aku, abah pernah bawa balik 2 keping, Bank Negara bagi. teruja tengok sebab cantik. warna emas. masa tu, umur baru 11 tahun. maklumlah, tak pernah merasa pegang duit besar. kalau dapat RM5 pun, dah ucap terima kasih beratus kali sambil tersengih-sengih.

eh eh. kita nak kaji wang kertas baru kan? haa. inilah rupa wang kertas RM50 siri keempat.

klik untuk lihat lebih jelas

Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

Reka bentuk baru wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Siri reka bentuk wang kertas RM50 sedia ada akan terus sah diperlakukan dan diedarkan bersama-sama wang kertas baru RM50 ini sehingga ia dikeluarkan daripada edaran secara berperingkat.

Wang kertas RM50 bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baru ini tidak mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Klik utk Penjelasan Lanjut

  • Ciri keselamatan dipertingkat bagi reka bentuk baru wang kertas RM50 termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah yang menggantikan benang keselamatan sedia ada dan tertanam di dalam kertas.
  • Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan.
  • Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau dan sebaliknya.

menarik bukan? tidak?! ah. tak kisahlah. janji aku puas hati sebab ada benda yang boleh aku kongsi dalam blog ini. aku pasti ada kawan² lain yang terlepas pandang isu ini.

ouh ya. memandangkan wang kertas ini masih baru, ada segelintir peniaga yang belum dapat terima penggunaannya, terutama orang Indonesia. kurang pendedahan agaknya diorang ini. kita pula dianggap penipu, mencipta wang kertas baru. hahaha ;) maafkan je la.

# 84 - influenza A (H1N1)

Sumber: http://h1n1.moh.gov.my/

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.


Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?


Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.

Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.


Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A (H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam, batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.


Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
  • Berehat dan meminum banyak air
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  • Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  • Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
  • Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan


Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.


Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A (H1N1).


Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.


Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A (H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.


Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Gel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

notahati: bila dah kena simptom², baru terhegeh-hegeh nak cari info psl influenza A (H1N1).

walaupun sakit, tetap nak pergi kelas. huhu.

kawan²ku, apa khabar kalian? jaga diri yep.

Saturday, July 25, 2009

# 83 - netbook skin

Program menarik di UIAM sepanjang minggu ini ialah E-Fest. Festival yang dianjurkan oleh pelajar2 Econs dengan kerjasama dari pihak luar. Banyak gerai dibuka. Ada mini book fair, PC fair, bazaar, health care check up dan jualan aksesori. Aku rasa lebih tiga kali aku pergi sana. Hari pertama, aku bercadang nak beli buku teks di Book Fair; Accounting, Statistics dan Management. RM79+RM78+RM81= RM238. Terkejut dengar harga buku. Aku beli buku Management dulu. Ting! RM81 selamat dibelanjakan.

Destinasi seterusnya ialah PC Fair. Aku tengok ada antivirus. Sajalah tanya harga. *bukan nak beli pun sebenarnya* Buat muka ingin tahu sikit. Tup tup dapat CD antivirus free. CD trial je tapi free. Dengan kuasa pengguna bijak dan kemahiran pujuk rayu, aku berjaya dapat 2 CD. Tersenyum aku melihat promoter tu geleng kepala. Hehehe.

Aku tertarik dengan printer Canon. RM179. Kalau nak modified untuk jimatkan ink, kena tambah RM59. Aku hanya mampu tertarik sebab tak mampu nak beli. Setelah berkira-kira, kalau aku beli juga printer tu maknanya aku akan kebuluran sepanjang minggu. Kaki terus berjalan ke booth berikutnya. Alamak, ada skin laptop cantiklah.

Puas aku belek2 skin laptop tu. Aku ingat nak beli satu sebab tak pernah ada. Kesian netbook aku tak pakai baju. Dah dapat design menarik, baru aku tanya harga. RM25. Terkedu aku dengar. Letak balik skin tadi kat rak asal, terus beredar ke booth lain.

Mata menangkap satu set barangan bernilai RM25. Pakej untuk 3 item; LCD screen cleaner (spray), keyboard protective film dan cooling pad. Menarik. Disebabkan aku tiada semua barang yang dinyatakan maka, aku dengan nekadnya nak beli. Itu pun, setelah third taught on the second round. Ting Ting! Terbang lagi RM25.

Booth terakhir yang aku singgah pun jual skin laptop juga. Still RM25 tapi brand lain. First booth tadi jenama Hydraskin. Kali ni jenama Vege. Kat sini lebih banyak design yang sangat cantik dan colourful. only 2 copies for each design. Kakak yang jaga booth ni bagi good explaination on how to use the skin. Dia juga offer service untuk tampalkan laptop skin pada laptop. Tanpa ragu2, aku pun beli satu. Ting Ting Ting! RM25 lesap dari purse.

Aku pasang sendiri skin tu kat rumah. Puas aku adjust sana sini. Saiz netbook aku kecik so, kena potonglah. Aku ikut langkah2 yang ada pada casing skin. Slow and steady. Lihatlah hasilnya! Cantik tak??!

.sebelum.

.selepas.

nak tengok lebih banyak design; klik

www.vege.com.my

www.hydraskins.com

Ouh, lupa pula. Laptop ni dah dicuci dengan LCD screen cleaner dan dah pasang keyboard protective film. Berkilat dan bersih seperti baru keluar kilang. Woohoo! Dek kerana perasaan excited dan happy yang extreme, maka terhasillah entry yang sangat panjang ini. Nasib korang la ye. Yang penting, kita enjoy!

# 82 - pesta buah-buahan tempatan @ kenduri

Last week, aku sempat ke kenduri cukur jambul cicit Tok Lang, cucu kepada sepupu abah. Maksudnya, anak kepada dua pupu aku lah kan. *sila buat2 faham* Mula2 rasa agak malas nak pergi sebab petang tu aku nak kena balik kampus dan barang2 belum dikemas lagi. Kalau aku ikut pula, bertambahlah kerja. Nak kena gosok baju kurung dan tudung untuk ke kenduri, nak bersiap-siap bagai. Alahai. Betapa malasnya aku. Tapi bila difikirkan semula, ada baiknya aku ikut sebab aku yakin akan dapat makan tengah hari special. Kalau ada jodoh, dapat jumpa pakcik, makcik dan sepupu2 aku kalau diorang datang.

Macam biasa, ayat yang akan abah ulang, “Kalau nak ikut, buat cara nak ikut. Kalau nak tinggal, buat cara nak tinggal”. Maka aku dengan malasnya, pergi mandi dan bersiap-siap. Pukul 12 tengah hari kitorang pun sampai di Shah Alam. Majlis cukur jambul baru je selesai. Tak sempatlah nak join. Kami bersalaman dengan tuan rumah dan sepupu2 abah.

*terjah sampai ke belakang rumah*

Tiba2 ternampak Tok Lang, sedang mengopak durian. Tok Lang pun ajak makan sekali. Pucuk dicita, ulam mendatang. Favourite tu. Mana boleh tolak. Majlis kenduri dah bertukar jadi pesta buah-buahan tempatan kat belakang rumah. Mana taknya, bukan durian je, manggis ada, cempedak ada. Makcik2 kat dapur sibuk menggoreng cempedak. Begitu murah rezeki kami.

Lepas makan buah, Tok Lang ajak makan nasi pula. Sebenarnya aku dah kenyang makan buah2 tadi tapi melihat kepada menu yang agak menarik, aku pun nak jamah sikit. Selesai makan, baru teringat yang kitorang ni sebenarnya dijemput ke kenduri cukur jambul. Fokus sepatutnya pada baby yang diraikan. Kitorang pun masuk ke dalam rumah dan tengok ada buaian. Buaian sikit punya cantik. Class gitu. Aku pun sempatlah snap pic baby ni. Comel sungguh.

Friday, July 24, 2009

# 81 - PTPTN oh PTPTN

seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah keluar dari bilik menuju ke tempat perhentian bas. pukul 7.45 pagi, bas sampai. memang aku bercadang nak sampai awal kat Dewan Auditorium sebab aku tahu mesti ramai orang. sebelum tu, aku singgah dulu kat Student Activities Department (STAD) untuk dapatkan signature saksi penjamin. staff department tu senyum je tengok muka aku. ye la, pagi² buta dah terjah department diorang. "officer pun tak datang lagi, dik". ah, tak kisah la. aku tunggu gak. ade la dalam 10 minit, tiba² ade seorang *kakak yang tegur. "nak jumpa siapa ye?". aku pun senyum sambil jawab, "nak jumpa officer untuk dapatkan tandatangan pengesahan". "jom masuk bilik saya".*ingatkan kakak kerani tadi* alhamdulillah. ada jugak officer yang datang awal hari ini.

selesai satu kes. aku pun dah ready semua dokumen. lengkap rasanya; sijil² cukup. borang dah disahkan. setem hasil dah dimatikan (bercop). maka dengan bersemangatnya, aku terus ke Dewan Auditorium dan tiba sekitar jam 8.15 pagi. seperti yang diharapkan, aku dapat giliran awal dan dapat seat paling depan dalam dewan. giliran ke 6!!! sementara tu, sempat lagi semak borang sambil tengok borang orang sebelah. dewan dah mula penuh. jam 9 pagi, taklimat bermula. hanya taklimat ringkas. peringatan untuk pengesahan penjamin dan saksi, setem hasil, susun atur borang dan sijil sekali dengan perubahan maklumat. aku punya lengkap dah. dimaklumkan ada lebih 700 pemohon yang akan serah borang di UIA. pemohon dari kampus sekitar UIA juga akan datang hari ini.

tanpa buang masa, semakan dan penyerahan borang kepada wakil PTPTN pun mula. ada 6 orang pegawai pagi tu dengan seorang lagi ketua. maknanya ada 5 kaunter yang dibuka, dan 1 kaunter untuk pertanyaan. entah kenapa aku rasa tak sedap hati pula. borang orang sebelum aku kena reject! aduh. aku tak pasti kenapa. then, ada seorang lagi kena edit borang dia sebab guna pen biru. alahai. aku tengok kaunter pertanyaan dah mula sesak. aku dah kelam-kabut.

tiba giliran aku: 1008. aku pun pergilah ke kaunter 6. pegawai tu pun check sehelai demi sehelai. tiba² dia kata, "pegawai KWSP tak boleh sahkan borang". erk. aku dah terdiam. aku memang guna saksi pegawai KWSP sebagai saksi pelajar. aduh. aku tanya, "kenapa pula tak boleh?". pegawai tu jawab, "sebab KWSP ni bukan agensi penuh kerajaan". pastu, dia tanya ketua. ketua dia pun cakap tak boleh. dush. aku terdiam sebab memang sijil² aku pun disahkan oleh pegawai KWSP a.k.a ayah aku la.

lebih sengal lagi bila aku tanya pasal kursus aku yang tersilap tu. actually, bukan tersilap. memang aku yang klik kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat sebab aku dah apply kursus ni dari semester lepas lagi dengan harapan mendapat kelulusan dari pihak UIA sebelum aku mula semester baru. malangnya, borang aku belum diproses dan status aku masih sah sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan. maka, dengan automatiknya borang permohonan pinjaman PTPTN aku tidak sah dan diREJECT tanpa belas kasihan. ouh, betapa aku sedih time tu. tak tahu nak cakap macam mana lagi.

untuk menyedapkan hati lagi, aku tanya pada ketua pegawai tu, "kalau saya minta pengesahan dari pihak UIA yang menyatakan saya memang nak tukar kursus, boleh tak?". ketua tu cakap, "maaflah, dik. memang tak boleh nak tolong. lainlah kalau awak dah sah tukar kursus. awak kena mohon yang baru. ambil borang ni. maksudnya awak kena tolak dulu permohonan ni kemudian mohon yang baru". hmm. aku sedih gile!

aku nekad nak pergi Admission and Record Department (A&R) untuk tanya status permohonan tukar kursus tu. aku nak jumpa Sr. Khairunnisa tapi dia tengah oncall. dia minta nama dan matric no. aku kena tunggu kat luar. then, Sr. Khairunnisa call ke kaunter dan cakap dengan aku, "approved. cuba check surat kat rak kaunter". wah!!! aku kembali ceria. kalau dah approved, ada harapan untuk PTPTN. aku minta kakak yang jaga kaunter tolong cari surat aku. cari punya cari, surat aku takde. aku dah pelik, approved ke tak ni? kakak tu masuk dalam office, tanya pada Sr. Khairunnisa. tiba² dia keluar dan cakap, "borang awak belum proses". huh! harapan palsu. habis bila nak prosesnya?. semester depan la jawabnya.

aku tak faham macam mana diorang ni buat kerja. slow la *aku cuba mengawal diri daripada menggunakan bahasa² makian* tolonglah cepat sikit. aku bayar tau untuk tukar kursus ni. RM100 *duit abah. dari sem lepas lagi aku apply. sampai bila aku kena tunggu. kelewatan ni betul² membawa masalah kat aku. masalah subjek yang aku nak belajar. masalah kuliyyah jauh. masalah PTPTN. haih.

permohonan PTPTN kelompok 2 dah tutup. nak kena tunggu semester depan, baru boleh apply semula. JPA bila nak keluar keputusan??!

notahati: aku bosan menanti. penantian suatu penyeksaan!!!

Friday, July 17, 2009

# 80 - transport

.dis is my course schedule for current semester.
  • class starts at 10.00 am everyday
  • 5 subjects with 14 contact hours
  • evening class on Tuesday and Thursday only
  • NO class on Friday ;D
after a week adjusting myself to da schedule, i find dat i just cant bear da tiredness along da day. it's not about da class but its venue. Kuliyyah Economics and Management Sciences (KENMS) is about 20 minutes from my mahallah and it takes me about 30 minutes to walk with my condition. urrgghh! then, i get to rush up to Kuliyyah of Engineering for Islamic Worldview class within 10 minutes before da lecture start. and surely, i will have to carry all thick text books along da way. OMG! just cant imagine how chaos i will in da coming weeks.

i'm thinking of some solutions. i may ride on bus but yet i still have problems. i cant manage to get into bus with those books in my hands. perhaps i need to bring my school bag again. wooooh~
another thing, i need to be more careful. people might accidentally pull or hit me when da bus is full. ouh, how weak i am. lastly, i must aware to da time of bus arrival. i need to be punctual and wait patiently. if i'm late, prepare myself to walk.

next, i can ride a taxi BUT am i too rich to pay for da cost?! dis will be da last choice if i cant get da bus or i dont want to walk. if someone offers me to ride in his/her car, i'll SURELY agree without complain. however, none of my friends have a car yet.

p/s: i wish i get abah's approval to get a driving license. he's too worry to allow me driving by my own. for me, i dun think i'm brave enough but i really need a transport for da time being.

double p/s: when i will get approval to change to ICT?

triple p/s: i want to buy new text books. still considering bout da price.


last p/s: my interest to blogging has fade away. it full of craps lately. plus, i dun have many followers anyway. why dont i say goodbye...
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner