Friday, August 7, 2009

# 88 - mission accomplished > wishlist

hye, readers! salam 1 Malaysia ;)
wah! >.<" maaf ye. influensi drpd lecturer BM.


last week, problem pasal buku² semua dah settle. segala kerunsingan dan dilema aku hadapi dah berakhir. aku berjaya beli semua buku yang aku perlukan untuk semester ini. semua buku di bawah adalah ihsan duit biasiswa PAMA akulah. *Papa&Mama. Terima kasih buat abah sebab bagi duit untuk beli buku² ini! sebagai balasan, aku kena jaga buku² ini dengan baik. bagi kawan² yang mengenali aku, mesti korang tahu macam mana aku jaga barang² aku,kan? semestinya aku jaga tip top. nah! aku dah siap balut tau buku² ini supaya tak kotor, tak berlipat-lipat macam kertas bungkus nasi lemak. kemas je aku balut. ada 5 buku semuanya.


ouh, aku nak tanya pada kawan²lah.
apa pendapat korang kalau tengok buku tu cantik je?
apa maknanya?

haa..jawab². sila komen sedas dua.
mesti banyak idea² bernas korang, betul tak?

bukan ape, ada antara kawan² aku selalu kata,
"buku kau ni macam tak berusik je. baca ke tak ni?"


haha ;) kalau nak tahu baca atau tidak, kenalah selak helai demi helai buku aku. kalau nampak page tu berwarna-warni, highlight sana sini, siap ada footnote bagai..maknanya aku bacalah. tapi..

kalau tengok page tu bersih, suci lagi tidak berconteng-conteng, maka faham² sendirilah. bukan tak baca tau..belum khatam lagi namanya ya, kawan².

pada pendapat aku, aku lebih suka baca buku yang cantik sifatnya. maksudnya, buku tu dalam keadaan baik. kalau buku tu terlalu sarat dengan garisan², lakaran kreatif aka conteng sana sini, penuh dengan tatarias kesan pemadam lagi..memang aku tiada selera nak baca. maaflah wahai buku.

lagi satu, sudah menjadi tabiat aku kalau meminjam buku orang, aku akan jaga buku tu bagai menatang minyak yang penuh. *ecece. kalau nak tulis nota ke, minta izin dulu. bukan pakai conteng sesuka hati. aku pun tak faham. adakah sikap ini normal?

kalau orang lain pinjam buku aku pula, aku akan bagi tips² dan panduan² untuk menjaga buku² aku sebelum buku dipinjamkan. aku memang cerewet. jangan itu, jangan ini. kesian diorang, kan? kalau aku nampak sesiapa pun selak buku dengan ganas sampai helaian tu renyuk, hati aku memang menyirap. secara automatiknya, insan itu akan di'blacklisted' daripada senarai peminjam kehormat. kejam tak? hehe ;) fikirlah 8 kali sebelum minta pinjam buku dengan aku. aku tak kedekut tapi aku cerewet. semulajadi! *perfectionist

eh eh. tersasar dari matlamat. aku tanya pendapat korang, kan? bukan pendapat aku!

hah! inilah bilik idaman aku. penuh dengan teddy bears. tapi aku nak tema moden. sekali lagi, bilik idaman. aku belum ada bilik sendiri lagi. istilahnya saja 'bilik aku' tapi dalam bilik penuh dengan almari baju mama dan adik². huh?!

aku ingin privasi. countdown. mama dan abah nak tempah katil dan wardrobe baru. lokasi sasaran adalah bilik aku. aduh! penuh lagilah kain baju dalam bilik. aku nak hak milik penuh atas bilik aku. selamat berjuang!

aku selalu berangan-angan nak dapat tajaan Deco Bersama Eric! cantik woo..kalaulah aku berpeluang, mesti aku pilih bilik aku untuk make over. dapat perabot baru lagi. wah! >.<"

ini lakaran bilik aku. aku google tapi dapat gambar yang betul² kena dengan saiz bilik asal. bezanya, perabot. tiada meja belajar. tiada rak buku. kedudukan pintu, almari dan tingkap memang dah sama. sukalah lakaran ini. kemas dan ringkas.




harapan sajalah. tunggu aku ada duit sendiri nanti, aku beli rumah. kecik pun takpe. janji aku boleh ubah suai interior design rumah tu mengikut citarasa aku. oke. layan gambar lebih best!




korang suka warna apa, ya?

10 wut say u?!:

NuR kHaiRunNiSa said...

saya suka hijau!bilik saya pon hijau!hehehehe..woo,best tu bilik penuh teddybear..tp mimpi je ah..muahahaha=p

hana said...

skali tgk cam rumah the sims plak ek..hihi

.idahassan. said...

Nisa;

yeah! hijau bagus utk mata ;)
mst rse damai je lepak dlm blk en..

.idahassan. said...

hana;

haha ;) tau xpe..
dgn men the sims la kte bole make over bedroom sesuka hati. nk tkr carpet, tkr dinding, tkr perabot sekelip mata je..

best kalo dpt tkr ke realiti =)

ijat said...

aku ske purple ngan hitam ngan merah....
hish byk btol...tamak sungguh....

Lala said...

warna biru memberikan ketenangan...hurmm..

.idahassan. said...

ijat;

wah >.<" byk sgt kaler tu
kalo bole bt stripe border
mst cun la

tp blk neh prlukan pencahayaan yg baik
ltk lampu byk2, biar terang

eh eh
neh da kire consultancy service ni
kne CHARGE!

hahaha ;)

.idahassan. said...

lala;

sebiru air di laut..
bayangkan~
hehehe :)

suraya hani roslan said...

suke merah hitam tuuu

.idahassan. said...

yaya;

nice rite ;)
sponsor plis..
huahuahua >.<"

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner