Friday, November 13, 2009

# 117 - i want a miracle

tinggal 1 kertas exam lagi
Financial Accounting hari Ahad
sangat tak sabar nak habiskan exam

ish. kesihatan masih tidak memuaskan.
aku rasa sangat tak selesa nak jawab exam.
secara jujurnya, aku rasa aku tidak dapat buat sehabis baik.
satu²nya sikap aku yang aku paling tak suka.
aku boleh menjadi putus asa sekelip mata
tanpa menghiraukan usaha yang aku dah korbankan sepanjang semester.
aku tahu kesudahannya bila aku hilang harapan.
aku benci situasi macam ini.

ya Allah, tolong berikan aku kesabaran dan kekuatan.
izinkan aku menikmati kejayaan dan kecemerlangan.
janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu.
...aku tak mampu lagi...

Friday, October 30, 2009

# 116 - Exams Schedule

update! yeay ;)
exam week is catching me! can't run anymore >.<"

*klik untuk tumbesaran

UNGS 2040 - Islam, Knowledge and Civilization

dis 1st paper will be a fully essay writing answer. ish! xsuka³! aku sangat risau bab² menulis ni. takut tak sempat siap karangan aku nanti ;( dengan masa yang terhad, aku kena berjuang untuk jawab 5 soalan. 1 soalan, 10 markah. itu belum tentu isi² aku diterima pakai lagi. silap faham soalan, entah apa² yang aku jawab nanti. paling penting, aku kena siap sedia dengan penerangan yang mantap sekali dengan ayat al-Quran. mencabar betul subjek ni. banyak pembacaan, luas pengetahuan. harap² Ustaz bermurah hati menanda kertas aku nanti. jangan sakit hati sudah. *sebab jawapan tak cukup bernas*


LM 2015 - Bahasa Melayu Komunikasi


hah, ni lagi satu kertas yang bahaya juga pada aku. 60%! subjek ni hampir sama dengan SPM lah tapi tahap tinggi. aku risau sebab aku tak boleh nak agak lagi bentuk soalan yang akan keluar. setahu aku, setakat ni semua yang aku belajar dalam kelas BM ni senang. memanglah senang sebab aku hanya mendengar tapi tak banyak buat latihan. ulangan: tak banyak bukan tak ada. aku pun belum dapat lagi carry mark untuk presentation dan kertas kerja. harap² dapat yang tertinggi. *ecece. aku sangat berharap dan berdoa agar dapat A. kalau subjek bahasa tak boleh skor, macam mana nak cover pointer subjek lain. maklumlah, aku banyak kekurangan.

ECON 1140 - Statistical Methods


ouh, subjek ni agak favouritelah. aku memang suka kira-mengira ni walaupun jawapan aku selalu salah. inilah akibat kalau jawab soalan ikut perasaan. syok sendiri. rupa²nya, salah konsep. kadang² rasa macam dah confirm jawapan aku ni betul tapi bila dapat kertas ujian, pangkah paling besar aku dapat. orang guna rumus X, aku buat rumus sendiri. adoilah >.<" aku kena usaha sangat kuat untuk dapat A walaupun macam mustahil je sebab carry mark tak boleh nak tinggi lagi T.T


MGT 2010 - Principles and Practices of Management

subjek ni pun boleh tahan juga cabarannya. banyak prinsip dan teori yang perlu aku bekukan dalam kepala sebelum masuk dewan peperiksaan. sekali lagi, ada soalan esei. soalan MCQ pun ada, 50 soalan. soalan objektif ni bonus sebenarnya sebab kalau tak tahu jawapan pun, masih boleh tembak lagi. kalau betul, untung jugalah. kalau salah 1, lebur markah aku. oleh itu, kena berhati-hati. alhamdulillah, lecturer aku sangat pemurah dalam memberi markah. apa yang penting, fahamkan soalan dan jawab guna ayat sendiri. tak perlu ayat mantap macam buku teks. markah diberi mengikut kebolehan menganalisis dan menghubungkan konsep Management. boleh skor tak ye?

ACC 1001 - Financial Accounting Fundamentals


dalam banyak² subjek, subjek inilah yang paling tragis dalam hidup aku. belum ada dalam sejarah, aku dapat A. setiap kali aku buat latihan, setiap kali itulah aku stress. macam Add Maths la. aku bukan tak minat subjek ni tapi aku tak reti nak jawab. aku akui, aku kurang buat latihan dan pemahaman aku terhadap konsep asas masih lemah. aku akan terus cuba sedaya yang mungkin. apa yang pasti, aku akan bertapa lagi di bilik lecturer sambil buat latihan Accounting. alhamdulillah, Madam sangat sporting dan penyabar layan kerenah student. aku akan buat yang terbaik!

as a conclusion, aku tak letak target tinggi untuk CGPA semester ni. tak dapat nanti, frust pula. apa yang aku harap, aku dapat naikkan CGPA lagi. teringin nak dapat Dean's List macam kawan². jom study!

Wednesday, October 28, 2009

# 115 - only wishes

Assalamualaikum :)

actually, nothing to update bout myself. i juz wanna wish HAPPY BIRTHDAY to my dearest friend, .CikNana. for her 20th birthday celebrations. really sorry coz i can't join u on dat night >.<" btw, she is so kind to keep a piece of her Secret Recipe cake for me ;) love it, seriously! thank you so much, Nana.

next, wanna wish HAPPY CONVOCATION DAY to my beloved dad. he is graduated for da third times. congratulations from me as behalf of the family ;)

dear everyone, hope all of u having a great time and enjoy ur day. keep smiling ;)

i'll update the pics later. gtg. bye²!

Saturday, October 24, 2009

# 114 - still standing?

Assalamualaikum ;)

alhamdulillah. terasa sangat lega bila berjaya mengharungi minggu² yang begitu sibuk dan meletihkan. tahap tekanan dalam diri pun semakin berkurang. minggu lepas, aku ada 2 presentation yang agak berat dan semestinya pentinglah kan. pembentangan kertas kerja perniagaan untuk subjek Bahasa Melayu Komunikasi dan case study presentation untuk subjek Principle & Practice of Management. macam biasa, pastinya aku nak buat yang terbaik. bila kita nak present sesuatu topik, kita perlu tahu sepenuhnya tentang topik tu. maklumlah, kita mesti akan ditanya dengan soalan² bernas daripada lecturer dan classmates. mereka yang suka bertanya selalunya dalam kalangan pelajar asing (foreigner). jadi, aku dan teammates perlu well-prepared dengan segala kemungkinan yang datang.

aku sangat tak sabar nak habiskan baki 1 minggu kuliah sebelum final exam weeks. memang risau sebab exams dah dekat but it's not da point here. aku rasa sangat penat bila kelas pagi ditukar jadi kelas petang pukul 5 hingga 7 malam. serius, aku hilang fokus nak belajar sebab badan dah letih, mata pun kuyu dengan otak tak berapa cekap nak berfikir. aku tak suka keadaan macam ini. bila habis kelas, balik bilik dengan muka masam, moody dan mulalah mulut membebel itu ini. at last, hilang selera nak makan. btw, thanks to my roommates for their understanding, concern and support. sorry to all my friends if I did ignore y'all. I didn't mean it.

next week, another test for Statistics and last quiz on Accounting's last chapters. ouh, UNGS presentation about Imam Abu Hanifah. again, whoa! aim for the best. i dunno whether i can maintain my CGPA for dis sem. i pray i can. insyaAllah, i'll work for it and dat what i'm doing all dis while. dearest, pray for me too yeah!

Monday, October 12, 2009

# 113 - Convest Mascot

Assalamualaikum ;) hello there! hope u're doing fine. juz wanna share some information bout da IIUM Awards. after read da 2nd edition of Convest bulletin, i really feel inspired to achieve at least one of it. read it loud, AT LEAST an award! insyaAllah ;) i hope u feel da same too. let check it out!

UNIVERSITY LEVEL AWARDS


1. THE ROYAL EDUCATION AWARD sponsored by Majlis Raja-raja
Awarded to Malaysian students who have shown outstanding performance in academic and co-curricular activities.

2. IIUM AWARD for Outstanding Academic Achievement
Excellent academic performance is taken as the sole criterion for selection of its recipient.

3. BEST STUDENT (Overall)
Awarded to the overall best student.

4. PRESIDENT'S AWARD
(Excellent Performance in Co-curricular Activities at International Level)
Awarded to any student who is excellent in academic and has international level achievements in co-curricular activities.

5. RECTOR'S AWARD
(Excellent Performance in Co-curricular Activities at National Level)
Awarded to any student who is excellent in academic and has national level achievements in co-curricular activities.

6. IIUM GOLD MEDAL AWARD for Comprehensive Excellence
Awarded to any student who obtained a minimum CGPA of 3.6 and has international level achievements in co-curricular activities reaching at least the grand final of the event, and is ineligible to receive any other award conferred during the convocation.

7. BEST STUDENT OF THE TAHFIZ AWARD
As recognition to student, who has performed well in his/her studies and at the same time, is able to memorize al-Quran within the spesific period.

8. SPECIAL ACHIEVEMENT 'ABDULLAH IBNU UMM MAKTUM' AWARD
Awarded to 'Special' students for their perseverence and determination in seeking knowledge, despite of their disability.

our hard work will surely paid by getting those awards, rite? let make our parents proud of us. prove dat we can do it in any way.

MOJAQIST - "a live seed that can move!"

the icon on the up side is the mascot of Convocation Fiesta. it is named Mojaqist which symbolizes a seed, 'nurturing'. the tagline of the event is nurturing the ummah.

report by IdaHassan on Convocation Fiesta,
live for TV3. ahaks :P

Final Exam Week is just around the corner. timetable is out already and i'm still here, blogging >.<" how can I achieve any of those prestigious award? *wondering* i need to make a move now. yeah. now. what more? MOVE!!!! to study ;)

notahati: opps! bye, everyone ;)

# 112 - IIUM Convocation Day

hye, peeps!
maaf lama tak update blog. sangat banyak quiz, assignment dan presentation sejak 2 minggu ni. minggu ni, masih ada test II untuk subjek Accounting. duh! risau betul. terlalu banyak perkara nak diuruskan akhir² ni. hidup tak seceria dulu. badan mula rasa tak sihat, malas nak pergi kelas, latihan bertimbun-timbun nak disiapkan. itulah, simptom hujung semester bila final exam dah dekat. macam mana pun, kita tak boleh lari daripada masalah. itulah kehidupan seorang pelajar, betul tak? kita kena harungi semua perkara ni sebelum bergelar graduan. *ecece*

ouh, hujung minggu lepas adalah Hari Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). aku tak terlibat dalam apa² bahagian pun. hanya jadi tukang sibuk je. bagi sesiapa yang telah tamat belajar atau menghadiri majlis konvokesyen, pasti tahu macam mana meriahnya meraikan hari bersejarah bagi semua penuntut universiti. aku pun tumpang gembira. melihat kegembiraan dan kebanggaan setiap graduan dan ibu bapa mereka. sesuatu yang aku tunggu² untuk menyarung jubah konvo di badan sendiri. best woo!
aku sempat tengok bermacam-macam ragam manusia di majlis tu. biasalah, hari bahagia diorang kan. tangkap gambar sambil baling mortar, gambar terlompat-lompat, macam² lagilah. nak lagi extreme, photographer sampai terbaring atas rumput semata-mata nak dapatkan shot yang cantik kot. hahaha ;) gelak besar aku tengok. suka hati korang lah. aku tahu, nanti aku pun macam tu juga. hehe >.<"

sepanjang hujung minggu ni juga, ada Convest (Convocation Fiesta) di UIAM. banyak booth pameran dan gerai makanan dibuka. jalan sekitar memang jammed. parking pun nampak sesak. maklumlah, semua orang bertumpu nak ke sana sebab kafe dan kantin di hostel diarah tutup. maka berjalanlah kami ke Convest Hill untuk membeli makanan. haih. jauh tahu tak.

aktiviti pun banyak. ada pertunjukan grafitti, nasyid. aku pun tak ingat. so far, sambutan sangat menggalakkan. tiada gambar untuk aku letak dalam blog sebab aku belum habis explore semua gerai di Convest. nanti sajalah ye.

aku ada kelas. entah bila aku boleh update lagi pun aku tak pasti. serius, tak sabar nak tunggu cuti akhir semester. bulan November, final exams. i need to manage my time properly. lots of things to be handled and i have to be well prepared before the final day. wish me luck dan pray for my success yeah! i hope u're doing fine too. da~

notahati: peeps, jom jawab survey nuffnang di sebelah kanan blog. klik² nuffnang tu yep. do comments too ;)

Monday, October 5, 2009

# 111 - updates

Justify FullKlinik > Kelas Statistics > Kafe Econs > Finance Div. > Bilik

8.45 pagi

Aku kurang sihat beberapa hari ini. Tadi, pergi klinik. Doktor bagi nebulizer sebab aku ada simptom sesak nafas. Lega sikit. Dapat MC juga.

10.00 pagi
Hati tetap nak pergi kelas Statistics. Belajar tajuk baru hari ini. Tak nak ketinggalan. Hari Rabu ada kuiz.


11.25 pagi
Kelas Management. Aku dah mencungap balik. Niat ke kelas dibatalkan. Terus ke kafe untuk sarapan. Lasagna+Teh tarik=RM4. Kenyang. Tenaga bertambah sedikit.


11.45 pagi
Jalan perlahan-lahan sebelum singgah ke Finance Division. Nak tanya perihal prereg yang bermasalah. Ambil nombor giliran. 1145?! Kena tunggu lebih 50 orang sebelum dilayan. Tiba², ada seorang student yang problem dengan prereg juga. Nombor dia 1089. Apa lagi, tumpang giliran dialah ;) Cepat sikit. SAH!!! Finance belum key in payment into system. CIS!


12.30 tengah hari
Aku berjalan lagi ke bus stop. Tunggu bas untuk balik ke *mahallah. yeay! Bas berhenti. Bas terus ke mahallah Asiah. Tak berhenti depan mahallah Asma seperti kebiasaan. Aku pun tak sempat nak cakap turun. Akhirnya, jalan kaki patah balik ke mahallah Asma.

*mahallah=asrama

12.50 tengah hari
Sampai di bilik. Kepenatan dan sesak nafas. Tugas belum selesai. Prereg subject. Ambil laptop dan prereg. Banyak section closed. hish >.<"

Reserved je la. Harap² ada kekosongan.

notahati: Alhamdulillah, satu masalah dah selesai. Masih menunggu result change of program (COP).

gtg. da~

Friday, October 2, 2009

# 110 - batasan sabar

Aku geram! Aku marah! Aku bengang!
Aku benci BIROKRASI.
huh >.<"

Izinkan aku meluahkan rasa hati yang dah lama terpendam dalam hati. Akhir² ini, sangat banyak masalah yang aku hadapi. Permohonan aku nak tukar course ECONS-ICT masih belum lulus. Bila nak lulus ni? Permohonan aku yang pertama, aku buat sebelum aku masuk Uni lagi, akhir tahun lepas. Sepatutnya aku dah mula belajar tapi disebabkan sakit, aku terpaksa tangguh satu semester. Pihak Uni kata permohonan itu tidak sah sebab aku belum berdaftar sebagai pelajar. Selaku student baru, aku akuilah statement tu.

Then, timbul pula masalah nak prereg subject untuk semester pertama. Aku tak boleh log in website Uni. Aku kena rujuk pada A&R sebab status aku bukan lagi ex-Matriculation macam student baru yang lain. Status aku "deferred student" agaknya. Puas aku telefon pihak Uni tanya macam mana aku nak register subject untuk semester depan. Pihak Uni kata aku hanya boleh daftar selepas aku register masuk. Aku pun tak faham kenapa status aku tidak diiktiraf sebagai ex-Matriculation walhal diorang pun belum register masuk tapi boleh register subject. Memang aku prihatin sangat isu register subject ni. Maklumlah, aku nak kena berebut kelas yang sikit untuk subject core. Kalau kelas penuh, masalah lain pula timbul. Nak kena isi borang, minta tandatangan sana sini untuk add subject. Untuk apa menyusahkan diri kita kan?

Masalah seterusnya. Masa aku nak daftar masuk Uni. Dalam tempoh aku cuti, pihak Uni ada hantar surat ke rumah menyatakan permohonan aku untuk tangguh satu semester diluluskan. Aku diminta untuk daftar semula pada 28 April 2009. Sudah terang lagi bersuluh. Aku datang daftar pada tarikh tersebut. Seawal pukul 8.30 pagi, aku dengan abah dah sampai di Mahallah Safiyyah untuk register. Aku terkejut besar tengok keadaan bangunan yang sedang direnovate. Memang tiada orang yang daftar di situ. Lepas itu, tanya security guard. Dia cakap semua pelajar yang daftar untuk semester baru akan daftar di Mahallah Asma, Hafsa, Aminah, dll. Isu lain pula timbul bila kami sampai di mahallah. Pihak mahallah kata aku sepatutnya daftar sama macam student lama pada 3 Mei 2009. Apa ni? Aku geram sebab tiada sebarang surat atau makluman pada aku tentang pertukaran tarikh dan tempat pendaftaran.

Dah alang² aku sampai di situ, aku minta untuk daftar dan dapatkan kunci bilik. Masalah lagi. Aku sepatutnya ditempatkan di Mahallah Safiyyah dan nama aku dah tentu tiada dalam senarai Mahallah Hafsa. Pihak mahallah minta kami rujuk pada A&R (Admission and Record) dan STAD (Student Activities Affairs Division). Kami pun bergerak ke sana bersama-sama 2 committee bertugas. Sampai di A&R, kami complain pasal pengurusan. Tak fahamlah macam mana mereka ni buat kerja. Sudahnya, aku dapat matric no. yang baru. Di STAD, kami bincang masalah mahallah ini. Disebabkan bilik aku belum ditentukan, aku pun mohon untuk dapatkan bilik aras bawah dan paling dekat dengan kuliyyah. Hampir tengah hari, baru masalah selesai. Bayangkan berapa lama kami bertapa untuk selesaikan semua ini. Rugi masa.

Semester pertama aku bermula dengan short semester. Masih ikut plan asal, aku cuba mohon untuk tukar course daripada ECONs ke ICT. Yuran pemprosesan (RM100) dah bayar tapi masih tiada khabar berita. Sekarang ni, semester kedua aku pun dah hampir selesai. Sampai bila aku nak tunggu ni? Subjek² elektif dah nak habis aku belajar. Penatlah nak tunggu. Rasa tak berbaloi.

Hari ini, aku tak boleh nak register subject untuk sem II nanti. Access denied! Apa kes pula aku dengan Finance Division ni? Semua yuran aku dah bayar. Payment slip pun aku dah hantar ke office sana. Aku rasa ni mesti kes pihak Finance belum masukkan data bayaran aku dalam sistem. Macam mana diorang ni buat kerja? Memang aku marah sangat sebab benda remeh macam ni bawa masalah pada aku. Aku tak boleh register subject untuk sem depan. Aku rasa kalau korang hadapi perkara ni, korang pun akan geram. Mungkin boleh mengamuk kot. Mana taknya, bukan sekali. Banyak kali masalah ni jadi. Takkanlah sampai nak guna orang atasan pula kan?

Aku penat nak jawab. Kalau ada orang tanya, "Kata nak tukar course, jadi ke?". "Ida dah ambil subject ni ke?". "Kau ambil major ape?". Aku serabut dengan soalan² macam tu. Aku tak marah dengan mereka yang bertanya sebab aku faham diorang tak tahu apa yang berlaku.

Maaf semua. Aku terkilan dengan apa yang terjadi pada diri aku. Aku harap korang pun tak hadapi perkara yang sama. Aku tahu, aku membebel panjang² pun, masalah tak akan selesai. Apa yang aku harap, doa korang untuk aku. Doakan semoga segalanya lancar dan selesai dengan cara yang baik mengikut perancangan.

notahati: aku cuba elak daripada guna perkataan kurang sopan. maaf kalau ada terkasar bahasa.
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner