Friday, October 2, 2009

# 110 - batasan sabar

Aku geram! Aku marah! Aku bengang!
Aku benci BIROKRASI.
huh >.<"

Izinkan aku meluahkan rasa hati yang dah lama terpendam dalam hati. Akhir² ini, sangat banyak masalah yang aku hadapi. Permohonan aku nak tukar course ECONS-ICT masih belum lulus. Bila nak lulus ni? Permohonan aku yang pertama, aku buat sebelum aku masuk Uni lagi, akhir tahun lepas. Sepatutnya aku dah mula belajar tapi disebabkan sakit, aku terpaksa tangguh satu semester. Pihak Uni kata permohonan itu tidak sah sebab aku belum berdaftar sebagai pelajar. Selaku student baru, aku akuilah statement tu.

Then, timbul pula masalah nak prereg subject untuk semester pertama. Aku tak boleh log in website Uni. Aku kena rujuk pada A&R sebab status aku bukan lagi ex-Matriculation macam student baru yang lain. Status aku "deferred student" agaknya. Puas aku telefon pihak Uni tanya macam mana aku nak register subject untuk semester depan. Pihak Uni kata aku hanya boleh daftar selepas aku register masuk. Aku pun tak faham kenapa status aku tidak diiktiraf sebagai ex-Matriculation walhal diorang pun belum register masuk tapi boleh register subject. Memang aku prihatin sangat isu register subject ni. Maklumlah, aku nak kena berebut kelas yang sikit untuk subject core. Kalau kelas penuh, masalah lain pula timbul. Nak kena isi borang, minta tandatangan sana sini untuk add subject. Untuk apa menyusahkan diri kita kan?

Masalah seterusnya. Masa aku nak daftar masuk Uni. Dalam tempoh aku cuti, pihak Uni ada hantar surat ke rumah menyatakan permohonan aku untuk tangguh satu semester diluluskan. Aku diminta untuk daftar semula pada 28 April 2009. Sudah terang lagi bersuluh. Aku datang daftar pada tarikh tersebut. Seawal pukul 8.30 pagi, aku dengan abah dah sampai di Mahallah Safiyyah untuk register. Aku terkejut besar tengok keadaan bangunan yang sedang direnovate. Memang tiada orang yang daftar di situ. Lepas itu, tanya security guard. Dia cakap semua pelajar yang daftar untuk semester baru akan daftar di Mahallah Asma, Hafsa, Aminah, dll. Isu lain pula timbul bila kami sampai di mahallah. Pihak mahallah kata aku sepatutnya daftar sama macam student lama pada 3 Mei 2009. Apa ni? Aku geram sebab tiada sebarang surat atau makluman pada aku tentang pertukaran tarikh dan tempat pendaftaran.

Dah alang² aku sampai di situ, aku minta untuk daftar dan dapatkan kunci bilik. Masalah lagi. Aku sepatutnya ditempatkan di Mahallah Safiyyah dan nama aku dah tentu tiada dalam senarai Mahallah Hafsa. Pihak mahallah minta kami rujuk pada A&R (Admission and Record) dan STAD (Student Activities Affairs Division). Kami pun bergerak ke sana bersama-sama 2 committee bertugas. Sampai di A&R, kami complain pasal pengurusan. Tak fahamlah macam mana mereka ni buat kerja. Sudahnya, aku dapat matric no. yang baru. Di STAD, kami bincang masalah mahallah ini. Disebabkan bilik aku belum ditentukan, aku pun mohon untuk dapatkan bilik aras bawah dan paling dekat dengan kuliyyah. Hampir tengah hari, baru masalah selesai. Bayangkan berapa lama kami bertapa untuk selesaikan semua ini. Rugi masa.

Semester pertama aku bermula dengan short semester. Masih ikut plan asal, aku cuba mohon untuk tukar course daripada ECONs ke ICT. Yuran pemprosesan (RM100) dah bayar tapi masih tiada khabar berita. Sekarang ni, semester kedua aku pun dah hampir selesai. Sampai bila aku nak tunggu ni? Subjek² elektif dah nak habis aku belajar. Penatlah nak tunggu. Rasa tak berbaloi.

Hari ini, aku tak boleh nak register subject untuk sem II nanti. Access denied! Apa kes pula aku dengan Finance Division ni? Semua yuran aku dah bayar. Payment slip pun aku dah hantar ke office sana. Aku rasa ni mesti kes pihak Finance belum masukkan data bayaran aku dalam sistem. Macam mana diorang ni buat kerja? Memang aku marah sangat sebab benda remeh macam ni bawa masalah pada aku. Aku tak boleh register subject untuk sem depan. Aku rasa kalau korang hadapi perkara ni, korang pun akan geram. Mungkin boleh mengamuk kot. Mana taknya, bukan sekali. Banyak kali masalah ni jadi. Takkanlah sampai nak guna orang atasan pula kan?

Aku penat nak jawab. Kalau ada orang tanya, "Kata nak tukar course, jadi ke?". "Ida dah ambil subject ni ke?". "Kau ambil major ape?". Aku serabut dengan soalan² macam tu. Aku tak marah dengan mereka yang bertanya sebab aku faham diorang tak tahu apa yang berlaku.

Maaf semua. Aku terkilan dengan apa yang terjadi pada diri aku. Aku harap korang pun tak hadapi perkara yang sama. Aku tahu, aku membebel panjang² pun, masalah tak akan selesai. Apa yang aku harap, doa korang untuk aku. Doakan semoga segalanya lancar dan selesai dengan cara yang baik mengikut perancangan.

notahati: aku cuba elak daripada guna perkataan kurang sopan. maaf kalau ada terkasar bahasa.

2 wut say u?!:

NuR kHaiRunNiSa said...

chill ida..bwk2 bersabar..insyaAllah everything's gonna be alright =)

.idahassan. said...

Khairunnisa;

amin.
i hope so.
thank, dear! ;)

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner