Friday, May 22, 2009

# 68 - Tahniah kerana berjaya hadir

post ini lewat sehari. kembali ke 21 Mei 2009

HAPPY BIRTHDAY ABAH!
*bagi chance la.letak gambar hensem sket.uwekk*

Semoga abah sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki, dapat bonus lebih..oppss! Hope abah sentiasa bahagia dan gembira bersama-sama keluarga tercinta. You're the BESTlah, abah! *oke, tak boleh puji lebih²,beliau mudah perasan*

----------------------------------------------------------

"Tahniah kerana anda berjaya hadir ke sekolah"

hurm, pernah tak dengar@baca@lihat statement ni. haa, aku jumpa wording board ni kat kantin sekolah adik aku. mula² rasa macam sedikit pelik bila baca ayat ni. ye la, perlu ke ucapan tahniah tu?! pada aku, hadir ke sekolah adalah tanggungjawab setiap pelajar. tapi, bila difikirkan dari sudut yang lain, kata² ini menjadi motivasi kepada mereka yang mempunyai niat untuk tidak hadir@ponteng. kata² ni juga memberi kepuasan kepada kita selepas berjaya mengalahkan nafsu jahat tadi.

aku bagi contoh: *watak pelakon utama: aku*

Hari ini, aku bangun lewat. Jarum jam menunjukkan tepat 8.30 pagi. Kelas akan bermula jam 9.00 pagi. Dengan sisa masa yang ada, aku pun ke toilet. Hati terdetik: "hish.sempat ke ni?! nak mandi lagi..tudung belum gosok. nak jalan jauh pula tu..alahai, malasnye nak pergi kelas.." Berbekalkan pemikiran waras ketika itu, aku nekad untuk tetap hadir ke kelas walau apa pun yang terjadi.

Aku mandi² kambing je pagi tu. Tudung masih elok rasanya, tak perlu gosok. Tengok jam, 8.55 pagi. Alamak. Dengan kudrat yang ada, walaupun kondisi jari kaki dan lutut kurang baik, aku mula melangkah dengan kalimah Bismillah. Perjalanan mengambil masa yang lama..20 minit. Kelas begitu jauh aku rasakan. Langkah dihayun lagi..perlahan-lahan dan berhati-hati.

9.15 pagi. Aku tiba di kelas. Cepat² mencari tempat duduk. Alhamdulillah. Kelas belum bermula. Tiba², "NURUL HIDAYATI". erkk..ambil kertas+markah kuiz da..Alhamdulillah, dapat 4/5 markah. Penat berjalan hilang serta-merta. Hembusan air-cond begitu menyamankan badan yang berpeluh tadi. Lecture bermula.

Selesai kelas, terasa begitu puas. Puas kerana berjaya menundukkan nafsu jahat dan perasaan malas. Puas untuk ilmu dan cerita menarik daripada lecturer. Alhamdulillah.

Tahniah, aku berjaya hadir!

notakaki: Azam nak dapat 4.0 pointer untuk short sem ni. Dean's List juga! Doakan aku berjaya mencapai azam ini. ya Allah, makbulkan permintaan Hidayati. amin

2 wut say u?!:

.Cik Nana. said...

all the best ida...
blaja rajin2 taw..
sifu hana..
sifu wanie ada..
:)

.idahassan. said...

to;

.Nana. - thanks yeah! hope for the best;D

Zetty Illyani - ko mcm la xknl ak. ak kn kuat membebel. ahaha~ ble xde kwn, ak membebel di sini.hehe.

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner