Saturday, May 9, 2009

# 62 - Hari Ibu

Salam ceria!
Apa khabar sahabat semua?! Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Alhamdulillah, saya sihat dan gembira bersama-sama keluarga tercinta. *ecece* Memandangkan saya tiada sebarang kelas atau aktiviti kampus pada hujung minggu, peluang ini saya manfaatkan untuk pulang ke rumah. *bukan tiap2 minggu pun balik ke, Ida?!* Minggu ini special sikit sebab saya nak celebrate Mother's Day dengan mama tersayang. Sebenarnya saya tiada idea langsung untuk hadiah Hari Ibu tahun ini. Mama saya bukanlah seorang yang berkira sangat pasal hadiah ini tapi kalau dapat, memang dia tak tolak.
*hahaha. sila mengaku!*

Menjadi lumrah untuk semua stesen tv untuk memutarkan rancangan2 yang bertemakan Hari Ibu sepanjang bulan Mei. Semalam, saya sempat menonton kisah Demi Masa di TV3. Walaupun saya sudah berkali-kali tengok siaran kisah ini setiap tahun dan hafal jalan ceritanya, saya tetap setia menonton sehingga selesai. Kisahnya berkisar tentang seorang anak yang malu untuk mengaku bahawa dia mempunyai seorang ibu yang buta. Nazli, lakonan Iqram Dinzly merupakan seorang anak tunggal yang bijak dan cemerlang, tinggal bersama-sama ibunya yang buta, lakonan Sheila Rusly. Ibunya bekerja sebagai pembantu pengusaha kantin sekolah. Nazli sering mengelak untuk bertemu ibunya kerana malu dengan rakan-rakan. Nazli berhasil melanjutkan pelajaran dan akhirnya bergelar usahawan korporat muda berjaya. Nazli akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya, seorang gadis kaya tanpa pengetahuan ibunya. Hidupnya semakin dirundung malang apabila syarikatnya mengalami kerugian. Nazli pulang ke kampung untuk berjumpa ibunya namun, ibunya telah meninggal dunia. Ibunya ada menitipkan sepucuk surat untuk Nazli sebelum pemergiannya. Nazli mendapat tahu bahawa dia pernah mengalami kemalangan jalan raya ketika kecil sehingga menyebabkan dia kehilangan sebelah mata. Dek kerana mengutamakan masa depan Nazli, ibunya seikhlas hati memberikan matanya kepada Nazli. Nazli menyesal dan berasa amat bersalah terhadap ibunya.

Pengajaran:
Kita harus menghormati dan mengenang jasa ibu bapa. Sesungguhnya, kejayaan kita bukan terletak hanya pada usaha tetapi turut disokong dengan doa ibu bapa.

Selepas itu, saya sempat juga tonton Semanis Kurma di TV9 yang diacarakan oleh Uztaz Wan Akashah dan Dato' Ustazah Nor Bahayah. Saya menjadi penonton setia rancangan ini. Semanis Kurma sering membincangkan tajuk2 rumah tangga dan permasalahan agama. Saya tertarik dengan kemesraan pengacara dalam mengendalikan program kendalian mereka.

Minggu ini Semanis Kurma membawakan tajuk Air Mata Ibu sempena Hari Ibu. Tetamu jemputan pada malam tersebut ialah pasangan anak dan ibu, Sheera Iskandar dan Aznah Hamid. Selain itu, mereka turut mengundang seorang ibu, Puan Atikah yang mendakwa tidak mahu menerima anaknya dunia akhirat. Dia turut bersumpah sekiranya anak tersebut tidak memohon ampun, dia tidak akan memafkannya. Hal ini kerana, anak kandungnya telah merogol dirinya ketika dia tidak sedarkan diri akibat serangan sawan. Astaghfirullah. Pertama kali saya mendengar kejadian seperti ini. Betapa zalim dan kejamnya seorang anak apabila nafsu menguasai diri. Saya pasti semua penonton pada malam itu mempunyai perasaan dan pendapat yang sama seperti saya. Bagi sahabat yang ingin menonton, sila layari http://www.tv9.com.my/ Daftar terlebih dahulu sekiranya ini pertama kali anda log in. Klik Catch up TV dan klik Semanis Kurma.

Selamat menonton!



Buat Mama,

Terima kasih yang tidak terucap buat mama yang telah mengandung, melahir, menjaga dan membesarkan kakak sepanjang susah dan senang. Maaf atas segala salah laku dan kekasaran bicara kakak yang mungkin mengguris hati dan perasaan mama. Adakala bibir kecil ini kekok untuk menyatakan bahawa kakak sayang mama. Namun, ketahuilah bahawa kakak sentiasa sayang mama walaupun ucapan itu susah sekali terucap. Penghargaan buat segala doa mama untuk kakak di dunia dan akhirat. Semoga Allah S.W.T. lanjutkan usia mama dan berikan segala yang terbaik untuk mama.
Thanks, mama! I LOVE YOU MUCH!

notakaki:
memandangkan mixer mama dah hilang, ape kate kita belikan yang baru?!
yeah2. dah tahu nak beli ape. hua3. so, inilah hadiah hari ibu buat mama saya tahun ini ;P



Lagu: Air Mata Ibu
Artis: Siti Nurhaliza


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

( korus )
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

( bridge )
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

notakaki: Kepada semua ibu di luar sana, ketahuilah bahawa anda sangat berharga pada anak-anak anda! Selamat Hari Ibu!

0 wut say u?!:

 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner