Monday, February 9, 2009

# 28 - PERATURAN 2009

PERATURAN 2009

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada Proton atau Perodua, kami mengandaikan anda telah berada di tahap yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.



b. CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.


c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.


d. CUTI SAKIT

Mulai 2009, kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doktor. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.


e. PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009, setiap orang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan dipam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda pada notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.


f. PEMBEDAHAN

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa sahaja organ dari dalam badan anda. Kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.


g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan bermain games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.


p/s: sekadar hiburan..ngeh3..

Sunday, January 25, 2009

# 27 - Bilakah Damai - Hafiz Hamidun

Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian?

Soalan yang masih tiada jawapan

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: ITO Lara

Selami penderitaan negara-negara Islam yang ditindas yang mengharapkan kedamaian.

# 26 - Lawak Antarabangsa

Lawak #1

Satu pagi di stesen keretapi, seorang makcik bertanya kepada petugas kaunter...

Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas saja..:p



Lawak #2
Seorang pemuda Bangla dan rakannya sedang berbual.
Bangla : Esok saya nak balik Bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah, mesti awak gembira!
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????:)



Lawak #3

Di sekolah tabika.

Cikgu : Amri, awak ada berapa adik-beradik?
Amri : Tiga, cikgu.
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya...:D



Lawak #4

Seorang nurse di hospital sakit jiwa ternampak seorang pesakit sedang menulis surat.

Nurse : Engkau tulis surat kat siapa?
Pesakit : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri.
Nurse : Jadi..apa yang kau tulis?
Pesakit : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Nurse : ????!



Lawak #5

Ada seorang pemuda ke kedai mamak. Dia hanya ada 70 sen ketika itu.

Pemuda : Mamak, berapa harga teh panas dengan teh sejuk?
Mamak : Teh panas 70 sen, teh sejuk RM1.20.
Pemuda : Bagi teh panas satu.
Sampai je teh tersebut, pemuda itu terus minum..
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2, nanti sejuk. Tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

ngeh3..

Friday, January 23, 2009

# 25 - Kisah Ketam Ketip Kuku Kaki

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam?!…kenapa?” Ketam kata, “Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku ketuat… kakakku kata, kalau kuku ketuat, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, “Kadang-kadang kalau kukuku ketuat, ku ketip kenapa keluar kudis?” Ketam ketawa, kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..kuh..kuh..kuh..kuh!! "Kodok..Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?” Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?” Ketam kilas,”Kelakar.” “Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketuk kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk! “, kepala Ketam kehancuran kerana kena ketuk Kodok. Ketam kata,"Kodok! Kenapa kau ketuk kepalaku? Kan kesakitan.” Kesian Ketam...kerana kurang-ajar, kepala kena ketuk.Kuang3.

Tuesday, January 13, 2009

# 24 - Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahir anda ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu berfikir dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.



3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster



4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain di fikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni muzik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang teknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesai masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

# 23 - ~The Beauty of Math~

Hello, everyone! Long time no post, rite?! hm, i'd like to share sumthin' dat i think need to share wif all of you..especially to those who really love Mathematics subject..i got it from my friend's blog..it's really amazing! Fantastic..catch it out~
Behind of da complicated Math there's sumthin' dat we dun even realise.
.:: THE BEAUTY OF MATH ::.
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
---------------------------------------------------------
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
---------------------------------------------------------------
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
987654321 x 9 - 1 = 8888888888
9876543210 x 9 - 2 = 88888888888

Brilliant, isn't it?
---------------------------------------------------------
And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321
------------------------------------------------------------
Now, take a look at this 101%..
From a strictly mathematical viewpoint,
What equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%? What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help to answer these questions..
If A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
is represented as..
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1516 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
and if..

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
and..
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
but
ItalicA-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you..
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that..
While Hard Work and Knowledge will get you close..
and Attitude will get you there..
It's the Love of God that will put you over the top..
ever think of it?? think & see how beauty it is..

Saturday, January 3, 2009

# 22 - k.a.h.w.i.n.





eventhoe cuti skolah dh pn berakhir, tp jemputan kahwin msh x putus2..hr ni,ada 2 jemputan kahwin anak jiran dalam taman perumahan..after a long time 'membusuk' di rumah, at last i got to cheer up again..yet, i'm excitedly ready to join my family to go to the wedding event..bukan ape, i've missed the chance to go to kenduri as i'm warded b4..confidently, my mom said:

"hr ni, ada kenduri kahwin kt rmh Cik Ani kn..jom pergi. lepas ni nak tggu kenduri de lmbt lg sbb anak bongsu lelaki de kecik lg.."

so, my dad pun reminded everyone to rush up..get bath and cloth up sume..coz, we're going rite after Zohor prayer..and it's raining already..even dekat je rumah Cik Ani tu, we decided to ride in car..

to our surprise, there's no kenduri as my mom said and no tent is put up there! hua3..then, my mom backing herself:
"eh, dekat kad bukan tulis 3 Jan ke?..hbs, spe pny kenduri yg 3hb?!!"
kuang3..dgn rse malu sndr, ktorg pn patah balik and proceed to the 'next' kenduri..alhamdulillah, ada lg 1 kenduri..kalau x..hehe~ jd Lebai Malang la ktorg..lbh sdh, kalau my mom kne blk msk utk lunch!..
*hehe*
there're some pics of Mawi and Ekin up there..i'm not really fan of them..i knew and 1st time saw Mawi at computer in warden office when i was F4..hehe~ tgk skali gn warden ye..i'm not the one who misuse the computer..Cik Mastyn had introduced Mawi to me..she's the Mawi fan..haha~ we got to see the prelude concert of Mawi..he sing the 'Seroja' song by Jamal Abdillah..then, i got the chance to watch the final round of AF at rumah cikgu [opps! i forgot her name already...ape pny student le]..she used to teach Kappa and Fiza sbjk Perdagangan]..she 1stly, invited us to have dinner at her house..kebetulan mmg final AF is dat nite. so, ktorg pn amek la kesempatan gk astro kt rmh de..lg pn, it's weekend n no prep!
*ngeh3*

some ppl might anti-Mawi..n doesn't like to know anythg about him..to me, whatever it is we can't judge ppl by his outlook..there must be black and white personality in everyone..
he is he.you is you.and me is me.
do not backbiting! that's it!
*have a pleasant viewing!*

Friday, January 2, 2009

# 21 - s.w.e.e.t.

HAPPY NEW YEAR 2009



hmm~ dh lme x makan kek! Tibe2 perut rse lapar&nak makan kek..alangkah bahagienye hidup kalau dapat sepotong kek

SECRET RECIPE

..alahai~ lebih nikmat lagi, kalu kek tu free..ahaha~

ouh ya, it's quite some time i didn't write rite..really sorry! i'm out of story actually..hehe~
btw, i would like to wish a HAPPY 20th BIRTHDAY to my friends [Izzatul Atiqah&Nawwarah Anis] who celebrate their birthday on the 1st Jan, yesterday..hope they will always happy and success!
to all of you,guys.. HAPPY NEW YEAR! May this new year brings more opportunity in our lives..and wish all your dreams come true! All The Best in everythg you do..what's important..
Kurangkan Kontroversi,
Tingkatkan Prestasi!
yeeha!
 

MELODIES OF HEART. Design By: SkinCorner